Teka-teki tarikh pilihan raya Sarawak

Bile agaknya aku boleh mengundi untuk ADUN tempat aku ni… tak lama lagi usia aku dah nak masuk dua puluh satu tahun… tapi aku lum lagi mendaftar sebagai pengundi… cikgu aku kata pilih-pilihanraya macam ni banyak yang wat something corrupt…. in term of politician… memanglah permainan politik macam tu… semua orang yang bertanding kene main kotoq sikit… tak semua mereka clean…

Oleh BORHAN ABU SAMAH (Wartawan Utusan)

MANDAT kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak sebenarnya masih lagi sah sehingga tahun 2006, tetapi teka-teki tentang pilihan raya itu akan diadakan lebih awal telah bermula.

Apatah lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula telah mengadakan pertemuan dengan pihak media baru-baru ini seolah-olah menggambarkan tarikh pilihan raya sebenarnya semakin hampir.

Pemerhati politik pula memberi dua tarikh kemungkinan diadakan pilihan raya itu ialah sama ada akhir tahun ini atau pada bulan Mac tahun depan.

Bagaimanapun petunjuk yang diberikan oleh SPR seolah-olah pilihan raya itu akan diadakan pada Mac tahun depan.

Ini adalah kerana SPR memberi jaminan bahawa pengundi yang mendaftar sebagai pemilih sehingga Disember tahun ini akan layak mengundi pada pilihan raya akan datang, kerana proses menyiapkan senarai pengundi mengambil masa tiga bulan.

Namun bagi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti biasa beliau gemar membiarkan orang ramai membuat tekaan masing-masing termasuklah pihak media.

Pada 17 Ogos lalu ketika ditemui pemberita di Santubong, soalan sama yang berkali-kali ditanya, ditanyakan sekali lagi kepada beliau dan dengan berseloroh beliau menjawab “Nantilah kita tengok feng-shui”.

“Saya tidak tahu. Saya belum fikirkan lagi tentang pilihan raya. Awak yang putuskan bagi pihak saya,” kata Abdul Taib.

Sebenarnya memang pilihan raya negeri semakin hampir kerana ibarat `sudah terang lagi bersuluh’.

Jika parti tonggak BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu menangguhkan perhimpunan tiga tahun sekali yang sepatutnya diadakan pada bulan depan dan menggantinya kepada perhimpunan memperingati perjuangan parti itu, tentulah alamatnya pilihan raya semakin hampir.

Satu lagi komponen BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga mengikut langkah PBB menangguhkan pemilihan parti berkenaan bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri.

Bagaimanapun agak pelik kerana pada kebiasaannya parti politik tidak akan menangguhkan perhimpunan, sebaliknya mengadakan perhimpunan tanpa melibatkan pertandingan jawatan tertinggi atau tiada pertandingan bagi semua jawatan.

Mungkin perhimpunan PBB bulan depan, satu mesyuarat luar biasa diadakan bagi mendapatkan kebenaran semua ahli dan pemimpin parti itu untuk melanjutkan mandat yang telah tamat sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Apa pun ketika teka-teki tarikh pilihan raya baru bermula, pihak pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Parti Reformasi Negeri (Star) awal-awal lagi telah memukul gendang perang.

Tiga parti itu membuat pakatan tanpa melibatkan Pas yang dilihat terlalu lemah untuk memberi impak kepada gabungan pembangkang di Sarawak.

Dalam hal ini DAP dilihat lebih lantang kerana mereka satu-satunya parti pembangkang yang memenangi kerusi pada pilihan raya negeri lalu iaitu Dewan Undangan Negeri Kidurong dan pada pilihan raya Parlimen mereka memenangi kerusi Parlimen Bandar Kuching.

Bagaimanapun penglibatan parti-parti pembangkang itu dan calon-calon Bebas pada pilihan raya di Sarawak dilihat sekadar pelengkap kepada proses membentuk kerajaan sahaja.

Harapan untuk pembangkang menang terlalu tipis kerana BN merupakan parti lengkap yang diwakili oleh pelbagai etnik di Sarawak.

Bak kata seorang pemerhati politik, walau dibuka kawasan pilihan raya baru di mana sekalipun, walaupun di gunung pasti akan ada calon BN yang akan tampil bertanding.

Namun perkara yang menarik untuk diperhatikan pada pilihan raya negeri akan datang ialah apakah BN mampu menyapu bersih kesemua kerusi dipertandingkan?

Malah, mungkinkah pilihan raya kali ini adalah yang terakhir buat Abdul Taib yang menceburi politik sejak tahun 1968 dan menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 26 Mac 1981.

5 Responses to “Teka-teki tarikh pilihan raya Sarawak”


  1. 1 er_or August 19, 2005 at 10:09 pm

    leh tau ..ko nak undi saper nih…ala kat u pun..tak penah nak gi undi..hehe

  2. 2 rasso August 20, 2005 at 10:05 am

    wei… jangan tuduh sebarangan… aku dah beberapa penggal orang-orang kat MPM tu aku vote… kalau tak undi aku yang sebutir… nescaya mereka tak akan berdiri menjadi orang penting di hep dan sewaktu dengannya… ko memang hamperghhhh… sapa wakil pelajar kat fakulti ko…huhuhuhuhuu….

  3. 3 er_or August 21, 2005 at 4:02 pm

    hehe..sorila…
    oo..ko la rupenyer yang mengundi diorang tu ek..hmm…
    hampergh…pe jek yang diorang wat tuk kiter…
    kat kolej pun takder internet…

    u lain satu u dah der coverage..utm..name jek teknologi..tapi hampergh…

    aku pun taktau saper la yang jadi wakil fakulti aku…hari undi pun kene pakse..
    tak demokrasi langsung..kat u pun..dah camnih..taktau tahap kebangsaan camner lak..huh

  4. 4 mafalda rosa November 1, 2005 at 3:40 pm

    hai……………aku ingin berteman dengan anda
    nama saya mafalda
    ttl Timor leste

  5. 5 xixix December 21, 2005 at 10:17 am

    best juak ko pun web OOO….
    dah ada idea uku nak buat juak…heheh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




August 2005
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: