MAKAN DURIAN; AKU MABUK

Tempohari, di hari minggu yang lalu pergi menonton wayang bersama rakan-rakan di Jaya Jusco Tebrau semata untuk menonton filem Superman the Return a.k.a. Superman sudah kembali. Ini kali kedua aku pergi menonton wayang sejak menjejakkan kaki ke bumi Semenanjung. Itulah satu-satunya peluang aku bersantai menikmati masa lapang selain duduk di rumah melayari internet dan juga tidur sepanjang tempoh cuti dua bulan ini. Memang lepak lah masa tu. Dah lama tak rasa aktiviti santai macam tu.

Balik dari menonton wayang pergi makan malam di Singgora kat Taman U. Seperti biasa; oleh sebab siangnya aku makan nasi, jadi untuk makan malam aku orderlah kew teaw goreng bersama setin Coke Cola. Jadi berbalik pada tajuk tu.

Oleh sebab dah lama tak makan buah durian, ketika makan di Singgora, rakan sekelas mengajak datang ke rumah beliau untuk makan buah durian yang baru saja di punggut di dusun buah nenek beliau. Malam itu, aku nikmatinya dengan selahap yang boleh. Tanpa mengambil kira minuman bikabonat yang telah ku minum sebelum tu. Disebabkan aku minum coke sebelum makan buah durian; kesannya aku jadi pening, mual nak muntah dan rasa terhoyong hayang. Balik je ke rumah aku terus tido akibat kemabukan makan buah durian. Hahahahahaha… padan muka aku. macam fobia pulak nak makan durian pas ni.

RASSO: JANGAN MINUM COKE & BUAH DURIAN PADA WAKTU YANG SAMA

15 Responses to “MAKAN DURIAN; AKU MABUK”


  1. 1 dk July 4, 2006 at 6:40 am

    hehe… aku dh lama x mkn durian.. setiap kali cuti winter balik msia confirm bukan musim durian.. aaaa rindu2 nk mkn durian…

  2. 2 rasso July 4, 2006 at 6:57 am

    dk; kat tempat aku durian begitu bernilai.. tapi kat Johor ni durian begitu murah semacam tiada nilai… sama lah kita dah lama tak makan durian, bile dah makan terover pula hingga jadi mabuk dibuatnya…

  3. 3 lila July 4, 2006 at 11:02 am

    lila: demam sbb makan durian aiskrim ;p

  4. 4 zz July 4, 2006 at 1:48 pm

    mmg la mabukkkk….aduiii…byk sgt campuran yerr..hehehe

  5. 5 halogamora July 4, 2006 at 4:45 pm

    Yo rasso! selalu nampak lu lalu lalang kat blog member lain so kali nih saje nak jenguk blog lu.

    pasal durian nih…..wa mmg pantang, pantang jumpe sure mkn tak ingat.

  6. 6 rasso July 4, 2006 at 7:46 pm

    lila;
    tak suka makan eskrim durian… buah durian simpan dalam freezer wa suker gamat…

    zz;
    chimistry yg terover.. tu pasal mabuk…

    halogamora;
    wa pun tak hingat… tempat wa kat Limbang buah durian begitu mahal… tu pasal melantak sehabis baik.

  7. 7 rinnchan July 5, 2006 at 2:15 pm

    K rin pun hantu durian gak. Tambahan pulak rumah mak mertua di BalikPulau, Penang. Hmmmm..tgh musim durian lah skrng ni..Eat till u drop !!! tapi tak der lah sampai mabuk. Petua sikit..Lepas abih makan durian, isikan air masak biasa ke dlm pangsa durian (tempat ulas-ulas durian)and drink direct from there. InsyaAllah tak hangat badan dan mabuk durian…heh heh heh…

  8. 8 sai July 5, 2006 at 6:12 pm

    saya pun bwat lawatan sambil belajar gak..😛 ..saya suka durian..

  9. 9 ise July 5, 2006 at 6:13 pm

    pos laa ckit ke sini…huhuhuhu

  10. 10 zamdee July 5, 2006 at 7:17 pm

    aku rasa, lepas nie cuba ko minum tuak dulu pastu makan durian.. mana ler tau leh ‘terbang’ mcm Superman lepas nie, hahaha..

  11. 11 rasso July 6, 2006 at 4:49 am

    Kak Rin;
    Memang sy minum air kat dalam pangsa durian tu. Itupun member paksa saya minum. Mereka tengok muka saya dah jadi lain macam. uhuhuhu…

    Sai;
    Thax atas lawatan anda… durian memang fav sy gak..

    Ise;
    Susah nak pos.. nanti kene embargo sebab bau durian yang terlalu kuat.

    Zamdee;
    Tuak itu haram. Jadinya tidak wajar untuk aku meminumnya. Lepas ni aku nak jadi anak superman yang anti kriptonite.. hahahahah

  12. 12 esis July 7, 2006 at 4:48 pm

    hahaha mabuk freee. ok lah tu. hehe

  13. 13 Cikgu July 8, 2006 at 8:47 pm

    Dah dapat kurma? Shafiq jadi posman…takut dia lupa.Mabuk durian?Knapa tak ambil gambar muka masa tu, kan best letak dlm blog ni..di rmh ni cuma Adam saja yang suka durian…yg lain bau pun tak tahan.

  14. 14 mohdismail July 8, 2006 at 11:52 pm

    haha..aku pon xmakan durian da..aku sendiri tak paham kenapa hidung aku da takleh nak terima bau durian..*ayat berlagak..

  15. 15 rasso July 9, 2006 at 12:07 pm

    esis;
    tak suke mabuk memeningkan kepala…

    cikgu;
    Lum dpt lagi. Shafiq tak dapat dihubungi. Memang mabuk makan durian, tak sempat nak snap muke sendiri sbb terus landing tido.. Wah ajak adam datang johor… durian sini murah.. ekekeke…. termasuk cikgu ke tak pandai makan durian ni..ehehehe..rugi2

    mohdismail;
    ko mcm adik aku lah… tp aku untung ada adik yang tak suke makan n bau durian… sbb aku leh makan lebih…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




July 2006
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: