MINGGU KE-3 LATIHAN MENGAJAR

Minggu ini merupakan minggu ke-3 aku dalam latihan mengajar di sekolah berdekatan dengan tempat aku melanjutkan pengajian. Dua minggu pertama memang banyak dugaan yang telah aku tempuh bersama dengan rakan-rakan sepraktikal aku selain bersama dengan murid-murid di sekolah yang punya banyak ragam dan garam.

Hari ini aku berkesempatan bertemu dengan penyelia yang mana sudah 2 kali aku pergi nak berjumpa dengan beliau dan hari ini baru kesampaian.

Rasso: Asalammualaikum ustaz!
Penyelia: Walaikumsalam! (sambil berjabat tangan) Ye, ada apa.

Rasso: Ana nak jumpe ngan ustaz lah. Ana ada masalah ngan sekolah dan pelajar lah ustaz.

Penyelia: Erm… apa masalah?? Sebenarnya ana hari ini nak pergi menyelia enta kat sekolah. Mungkin esok kot. ROS enta dah siap. Ada bawa?

Rasso: Ustaz… last week budak ajak ana gaduh dalam kelas, siap panggil ana babi, bodoh pulak tu. Aduh ustaz.. mcm ne ni.. ROS ana tak siap lagi lah ustaz sebab ana baru tau dalam minggu ni kene wat dalam jawi.

Penyelia: R… itulah cabaran enta menjadi guru. Budak tingkatan berapa??

Rasso: Tingkatan 1.

Penyelia: Kalau budak tingkatan satu enta tak boleh nak handle macam mana pula dengan tingkatan lain.

Rasso: (tersentak dalam minda) Memang lah ustaz. Tapi ana ni baru first time kene panggil mcm tu. Tak pernah-pernah. Selamba je mereka panggil macam tu.
Penyelia: Enta kene terima semua tu sebagai cabaran. Nanti enta akan jumpe lebih teruk lagi. Enta cuba rapat dengan budak-budak tu. Ajak mereka pergi kantin, belanja mereka makan.

Rasso: (Rapat ngan budak?? belanja makan??? Kang kene pijak kepala)

Penyelia: Oklah… ana ada kelas sekarang ni. Jumpa enta kat sekolah hari Jumaat ni. Jadual enta dah bagi kan.

Rasso: Ok ustaz, hari Jumaat saya ada tiga masa.

Itu cerita berjumpa dengan penyelia; belum lagi dengan karenah budak-budak. Dua minggu pertama memang agak tertekan. Rancangan mengajar kene disiapkan. Minggu ke-2 tu juga kene bagi ceramah berbentuk tazkirah untuk budak-budak. Aku pun main tibai je cakap kat depan. Semberono. Tapi aku agak hairan. Minggu pertama aku kat sekolah masa program pembangunan insan tu semua bising je tapi bile kene turn aku dewa bagai sepi gempita. Budak takut kat aku ke???
RASSO: TAK SUKA DISELIA

1 Response to “MINGGU KE-3 LATIHAN MENGAJAR”


  1. 1 rasso July 27, 2006 at 12:51 am

    Pic 1; Rakan-rakan sefakulti yang menjalankan latihan mengajar di tempat yang sama

    Pic 2; Rasso & Khairul di kantin, shot oleh Ling

    Pic 3; Bangunan sekolah tempat rasso LM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




July 2006
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: