MURIDKU BACA BUKU BATU HIKMAT

Dua hari yang lalu aku telah diselia oleh guru pembimbing di tempat aku menjalani latihan mengajar sebagai seorang guru. Haru betul hari tersebut bila makmal yang aku pinjam untuk sesi pengajaran dan pembelajaran tiada komputer riba pada makmal tersebut. Dah lah masa hanya satu waktu. Sepuluh minit juga aku kaku di depan pelajarku dan guru pembimbingku. Alahai. Bukan setakat itu, suaraku tidak langsing bilamana aku terpaksa bersaing dengan bunyi rintisan hujan yang turun dengan lebatnya. Adush… Akhirnya tamat juga p & p tersebut. Tak tahu berapa markah yang aku perolehi dalam sesi terakhir penilaian bersama guru pembimbingku ini. Itu cerita di awal pagi di sekolah. Aku jadi lapar akibat menjerit ketika mengajar.

Lain pula cerita di kelas seterusnya, ada pula anak murid aku ni yang khusyuk membaca buku cerita Inggeris yang telah dialih bahasa ke bahasa Melayu. Tajuk buku tersebut batu hikmat. Kalian mesti dapat agak apa cerita tu. Tak lain buku Harry Potter edisi pertama. Waktu tu aku mengajar pelajarku bahagian ibadah; tajuk Tayamum. Alahai, khusyuk murid perempuanku ini membaca buku tersebut; teringat zaman sekolah dulu masa di SMKA SHOAW dan SMKAL. Aku juga buat perkara yang sama semasa cikgu mengajar. Baca buku lain masa cikgu ku mengajar. Adakah ini balasan yang aku terima atas perbuatan ku dulu. Adilkan???

10 Responses to “MURIDKU BACA BUKU BATU HIKMAT”


  1. 1 shamil September 30, 2006 at 8:47 am

    ^_____^ jika itu kesilapan kita yang lalu.. elakkan lah dr ia berlaku lagi buat dirinya. pengalaman telah mengajar kita

  2. 2 rasso September 30, 2006 at 8:49 am

    tul tu..
    aku hanya tersenyum pada muridku..
    bila terkenang masa lalu.. alahai~

  3. 3 iziana September 30, 2006 at 2:03 pm

    haku bawu tau ko cikgu la
    ko ajar subjek agama ke?
    hwaaa….sejuk ati dengar
    go! rasso go!
    smoga jd cikgu yg besh dan disukai ramai
    tp klu ko dpt stun=dent mcm haku, died la…
    miahahah!~

  4. 4 nashrex October 1, 2006 at 1:02 am

    ko jgn tepikat ngan anak murid plak.. huhu

  5. 5 iziana October 1, 2006 at 2:29 am

    durjana sungguh komen si nash
    haha!~

  6. 6 rasso October 1, 2006 at 9:57 am

    iziana; hehehe…. murid2 aku tak suke sngat ngan aku.. hahaha.. sebb tak hensem…

    nashrex; huhuhu tak berani aku nak berchenta ngan anak murid ni… ngaji aku pun tak tamat… PMR, SPM pun mereka tak lulus lagi… uhuhuhu… dan aku bukan cikgu yang jalang

  7. 7 nashrex October 1, 2006 at 10:51 pm

    oooo gitu..
    kalau ko hensem..
    mesti lain ek kesnya..

  8. 8 Tok Rimau October 2, 2006 at 4:27 pm

    rampas buku tu. Aku suka rampas komik. Banyak koleksi komik aku.

  9. 9 rasso October 2, 2006 at 5:05 pm

    Tok Rimau; Kecian tok.. buku harry potter tu.. lagi pun dulu masa kat sekola masa cikgu ngajar aku… dia tak rampas buku tersebut… jadinya aku kene berlaku adil pada anak muridku juga…
    aku tak gemar baca komik makanya aku just buang dalam tong sampah…šŸ˜›

  10. 10 Gg October 3, 2006 at 11:27 am

    ermm..yalah..dolok2 x pandey nak hormat cikgu..hhuhu..ktk sik sound ka stdnt ya? Mmg ustaz yg ‘sporting’ la ktk tok:P


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




September 2006
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: