ANTARA CITA-CITA

Macam mana aku boleh terjebak ke bidang pendidikan. Bila aku imbas kembali masa lalu. Cita-cita aku masa di sekolah menengah ada bermacam-macam. Bila masuk tahun 6, cikgu aku tanya mahu menjadi apa bila besar nanti? Pilihan pertama cikgu. Aku. Tapi saat itu masih di alam sekolah rendah. Bila masuk sekolah menengah pula, aku nak jadi jurutera perisian; itu masa di tingkatan 5. Ada tercatat dalam masalah sekolahku pada majalah al-Misbah 2001. Tatkala berada di tingkatan 6, aku berazam untuk memilih bidang perundangan sama ada undang-undang sivil ataupun syariah dan juga jurnalism. Tapikan, bila borang UPU keluar antara pilihan pertama hingga ke-4 ku adalah bidang pendidikan dan yang baki adalah perundangan dan juga kewartawanan. Kisah dulu.

Aku sendiri tidak tahu mengapa aku terdorong memilih profesion perguruan. Sebab pertama mungkin doa aku semasa sekolah rendah tu. Maklumlah doa itu makbul. Cita-cita nak jadi ustaz. Buktinya sekarang aku ke arah itu. Alahai.

Jurutera perisian, penguam, wartawan?? Aku ada juga belajar bidang ini. Tidaklah mendalam sangat tapi cebisan ilmu itu ada ku perolehi dan ku manfaatkan walau sedikit. Kat UTM aku diajar membuat perisian pendidikan, kat UTM juga aku ada belajar perihal undang-undang Islam & sivil, undang-undang antarabangsa, kat UTM juga aku belajar lebih mendalam mengenai fotografi yang boleh menjuruskan aku ke arah photojurnalisme. Itu sekarang.

Perjuangan aku masih belum selesai dan baru bermula sebenarnya.

RASSO: TERUS MENANTI

9 Responses to “ANTARA CITA-CITA”


  1. 1 gie October 2, 2006 at 6:36 am

    ko ni photogrrapher fakulti pendidikan ke..?erm…aku minat gak jadi cikgu…tapi skang amik landscape…jauh tul dari cikgu…

  2. 2 rasso October 2, 2006 at 6:56 am

    gie; erm.. aku bukan photograher fakulti pndidkn.. studnt fakulti tu je.. aku shot pun freelance je kat fakulti tu.. itu pun gambo masa shot konvo hari tu.. shot studio…

    hahaha… bile dah praktikal kat sekolah baru aku rasa mcm ne jd cikgu sebenarnya… percayalah…

  3. 3 esis October 2, 2006 at 11:07 am

    tahniah. jadiah ustad yang hensem… hohho

  4. 4 rasso October 2, 2006 at 3:44 pm

    esis; hehehe… ensemkah aku?? mungkin betul. Tadi masuk kelas form 4 budak ompuan kata “cikgu hensem lah”. Hilang serius aku; malu tul tadi kat kelas relief tu.. nasib aku tak ngajar mereka…😉

  5. 5 fara October 3, 2006 at 10:26 am

    Askum…en.Rasso ni agak perasan jg kan….uwekkkkkkkk…tak malunyer…masuk bakul angkat sendiri….hihihiihihihiih….

  6. 6 Gg October 3, 2006 at 11:22 am

    salam..lamak dah sik mencoret dlm komen ktk tok..
    Dlok ada juak asa mok jd cikgu..tp impian tgl mimpi. Sebab ‘terminat’ jd surveyor..asa2 kagum x pompuan jd survey0r? hehe..
    Okie, ustaz jgn nakal2:)
    Take k~

  7. 7 rasso October 3, 2006 at 4:15 pm

    fara; Wslm… heehehe.. saya memang mudah terperasan.. tidak kira di mana jua saya berada… sebab tu lambat mallew…

    Gg; Salam juga..
    Sila lah mencoret…
    Uhuhuhu.. percayalah.. mungkin apa yang anda tempuh itu lebih baik bagi diri anda…
    Kmk kagum… eheheheh😀
    Nak nakal juga…

  8. 8 Azhar Ahmad October 3, 2006 at 11:24 pm

    Yang dah berlalu biarkan berlalu, wujudkan azam yang baru di hari mendatang…

  9. 9 rasso October 4, 2006 at 6:04 pm

    Azhar Ahmad; Ehehehe…
    azam baru.. cari baru…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




October 2006
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: