KONFESI

Dah masuk minggu ke-13 aku berada di tempat latihan mengajar dan minggu hadapan adalah minggu terakhir; aku di tempatkan dalam tempoh 14 minggu ini. Hari itu, muridku ada yang dah berani bertanya padaku perihal diriku kerana selama berada di sekolah tersebut aku hanya mengenalkan diri aku pada mereka hanya pada nama dan tidak mengenai perihal latar belakang termasuk statusku yang masih aku tidak ceritakan walaupun ada cubaan untuk bertanya namun dengan seberapa pantas akan ku tukar topik lain waima di dalam kelas atau di luar kelas. Ada suatu masa di dalam bilik darjah muridku dengan lantang bertanya; Cikgu dah kahwin? Muridku. Dah, belum ada anak. Aku. Dengan wajah yang serius dan menyakinkan jawapan ku. Hahahaha… aku berbohong… aku berbohong sebab nak mencapai aras-aras objektif pengajaranku pada masa tersebut.

Bukan apa; aku bukan contoh terbaik untuk anak-anak muridku walaupun aku tahu dalam usaha mentarbiyyah itu perlu menampilkan nilai-nilai baik pada diri sendiri untuk diteladani oleh orang lain. Justeru, konfesi aku; aku bukanlah guru yang baik dan hanya ke arah menjadi yang terbaik. Mungkinkah?

Aku bukan orang yang suka sangat berterus-terang… itu kata seorang sahabatku memandangkan aku lebih gemar menyimpan dalam hati. Betulkah? Bagi aku segala yang peribadi biar diri sendiri saja yang tahu dan tidak perlu diceritakan sana dan sini. Itu sebab, bila masa aku membuat panggilan dalam telefon aku lebih banyak mendengar dan kurang bercakap. Dia tanya sepatah; aku jawab sepatah.

4 Responses to “KONFESI”


  1. 1 CypherHackz October 7, 2006 at 3:49 pm

    mesti sadiskan nak meninggalkan anak2 murid yang kite kenal? huk3.

  2. 2 rasso October 7, 2006 at 6:03 pm

    CypherHackz; entah aku tak rasa pe2 sekarang ini..
    tak sabar nak bercuti sebenarnya…😀

  3. 3 kerol October 12, 2006 at 3:34 pm

    haha…ko memang…
    leh lak ko kate tak rase paper…hehe

  4. 4 rasso October 12, 2006 at 4:18 pm

    entah kerol… aku perlu terapi kot.. ekekeke😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




October 2006
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,621 hits

%d bloggers like this: