KELAS 1.8 & 1.9

Sabarku hilang lagi di bulan yang mulia ini apabila mengajar di satu kelas yang pernah dulu aku dipanggil oleh anak muridku bab*, bod**, pergi mat* dan mcm2 lagi. Kali ini berulang lagi, tapi murid yang lain pulak. Ini dah minggu terakhir aku berpraktikal. Mereka masih berperangai macam tu. Aku semacam gagal. Sememangnya. Aduh.. aku pergi kat budak tu pegang lehernya semacam mencekik dia terus ku tolak dia dari tempat duduknya. Jatuh bergolek dia dari tempat duduknya. Kalo aku masih kat tempat tu memang sepak terajang juga sampai ke badan budak tu. Tapi aku terus ke depan kelas dengan tangan yang menggeletar bile mana tindakan itu di luar kawalan. Aku geram sangat bila rasa hormat mereka tidak ada pada guru yang mengajar mereka. Masa aku jadi pelajar dulu pun; aku tidak lah berperangai sebegitu.

Tapi, aku bertanggungjawab dengan tindakan aku tersebut. Walaupun aku tahu ianya amat menyalahi.

Walaubagaimanapun, aku cukup bersyukur bila diberikan pengalaman mengajar murid-murid semacam ini. Mereka ni tidak mahu belajar bila datang sekolah. Tak bawa buku bila ke sekolah. Tak ada pen nak menulis. Rasanya cikgu yang masuk asyik marah je kat mereka. Kalau mengajar pun pada mereka yang betul-betul nak belajar. Hingga aku sendiri semacam tunggul bila mengajar kat depan kelas. BBM pun tak gune kalau mengajar mereka. Last-last chalk and talk juga aku gunakan bila mengajar mereka.

Apapun, aku doakan mereka akan sedar dan berubah di suatu masa nanti. Tinggal dua hari saja lagi aku berada di sekolah itu. Jumaat ini hari terakhir berpraktikal. Adeh… sedih ada gembira pun ada.

0 Responses to “KELAS 1.8 & 1.9”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




October 2006
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: