Tak Tidur

Sudah dua hari aku tidak tidur langsung. Kalau tidur pun, masa dengar khutbah semalam. Itu pun terlelap sekejap. Tidak lah mengantuk sangat. Tapi fikiranku melayang begitu jauh. Mungkin akibat kepenatan yang melampau-lampau setelah dua hari tak tidur. Pertama, ada laporan yang aku perlu siapkan. Kedua, ada projek yang aku perlu selesaikan sebelum aku balik ke Sarawak walaupun tempoh aku berada ditempat itu telah pun berakhir semalam. Kalau ianya tidak siap, maka aku tak akan balik lah Isnin ni. Aku nekad tak balik raya ni. Lantaklah.

Laporan aku dah siap dengan jayanya. Tapi, bila nak siapkan projek tu aku rasa begitu terbeban. Kalau aku tak siapkan, markah aku digantung. Sedangkan projek itu adalah sumbangan ikhlas aku pada sekolah tersebut. “Saya tidak kira, kalau awak tidak siapkan keputusan awak saya gantung”. Aku tersentak bila ada cikgu yang kata macam itu. Sedangkan rakan-rakanku yang lain tidak lah diberikan projek untuk dibuat dan hanya aku seorang saja yang terkapai-kapai lagi di sekolah itu. Apa jua keadaan aku kene juga siapkan hari ini kerja tu. Bak kata seorang rakan, just fikiq positif Lan.

Berus, cat… menanti di sana lagi hari ini.

6 Responses to “Tak Tidur”


  1. 1 nashrex October 14, 2006 at 7:04 am

    ko mesti blk raya nyer..
    so.. slamat jalan yer bro..
    ehhehe

  2. 2 ise October 14, 2006 at 1:39 pm

    Selamat Hari Raya Bro.
    X blk kg ker?
    Meh la join x blk raye..huhuhu..

  3. 3 CypherHackz October 14, 2006 at 3:04 pm

    siapkan je dulu keje tu. siapkan awal2. then leh la balik. ni raya beb. bukan cuti2 biase.

  4. 4 rasso October 14, 2006 at 6:25 pm

    Yahuuuuuu….. kerja ngecat dah siap…
    nampaknya aku kene balik raya…
    buat ise; sori aku tak leh join hang…
    kalo raya tahun lepas boleh la.. ekekkeeke
    Isnin aku dah fly….

  5. 5 kerol October 16, 2006 at 12:41 pm

    hu….ko dh balik raye…best giler
    raye kene balik..mesti balik…ko dah bape cuti..skip tak balik umah.
    ni ko kene balik gak…
    anyway..slm aidilfitri dri aku tuk ko and keluarga

  6. 6 rasso October 18, 2006 at 10:07 am

    Kerol; yurp… aku dah berada di Pulau Borneo…
    kali ni mesti balik… tak nak aku beraya di kolej or di Taman U..
    Asyik makan kat kedai mamak je…
    bukan ada pun orang jemput aku beraya ke rumah mereka…keh keh keh…
    lalalalla~~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




October 2006
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,621 hits

%d bloggers like this: