Balik Kampung

Esok jam 1335 aku akan bertolak dari Johor Bahru ke Miri menaiki kapal terbang AirAsia. Di Miri bapa saudara aku ambil kat airport. Dari Miri ke Limbang kene naik kereta plak. 3 jam; paling pantas 2 jam. Kene masuk Brunei baru sampai ke Limbang. Penat tu. Flight ke Limbang takde, bukan tak de tapi hanya 3 je penerbangan hari tu. Kalo nak balik naik flight kene gak tido semalam di Miri. Malasnya aku. Barang satu pun tak packing lagi. Dua bulan cuti tu. Banyak benda yang aku nak buat bila sampai kat rumah nanti. Pertama, makan. Ya makan. Aku dah teramat rindu banget dengan masakan emak, nenek dan seangkatan dengannya. Kat sini, kalau nak makan kat kedai or restoran, kedai mamak antara pilihan kalbu. Masakan dapur rumah kat kampung lain feel dia dari dapur kat kedai tu. Aku siap sms kat bapa saudara aku. Aku minta dia buatkan laksa sarawak bila aku balik nanti. Maklumlah laksa kat Arena Food Court kat Jaya Jusco bukan laksa Sarawak betul. Tak sedap langsung; aku makan pun sebab tahap mengidam sangat.

Kedua, aku nak jelajah Limbang. Buat aktiviti menembak. Jumpa kawan-kawan. Pergi shot tempa tumpah darahku. Alahai.. dan yang penting tembak family foto masa raya ni. Al-maklumlah dah tiga kali raya beraya di perantauan tidak termasuk masa zaman sekolah dulu. Kali ini biarlah bersama keluarga.

Ketiga, aku nak menenangkan fikiran yang buntu. Buntukah fikiran ku sekarang ini? Entah aku sendiri tak tahu.

Keempat, balik kampung ni nak dok layan tv puas-puas. Maklumlah asyik layan internet je. Tapi, aku balik ni susah lah nak akses internet. Adui. borink nye. Kene gi hotspot lah pagi petang kat KFC. Malam kene cari port lain untuk akses tenet. Lagipun, minggu lepas ada member aku kat Limbang bagitau, kat hospital Limbang ada 2 akses point untuk wireless. Ini sudah cukup baek. Malam-malam or after subuh leh lepak surfing. Alahai… dua bulan tu nak tempuh aktiviti sebegitu. Aduhs…

Kelima, … ( dalam perancangan lagi – aku tidak berkahwin cuti ini ya nak cari calon lol )

p/s: Malas tul nak packing… tolong wa packing!!!

8 Responses to “Balik Kampung”


  1. 1 CypherHackz October 15, 2006 at 2:17 pm

    berapa ek tiket airasia gi miri? aku tak pernah lagik naik kapal terbang. besh nyer…

    btw bile kau nak kahwin nanti, announce r kat blog kau neh. leh la aku gi. he3. tu pun kalau di jemput la…

  2. 2 nashrex October 15, 2006 at 4:58 pm

    smoga slamat pegi dan balik..
    smoga dapat shot gambo cun2…

  3. 3 Exabytes October 15, 2006 at 10:46 pm

    Hello, nice blog you have here. I could see that you have a lot of visitors and why not take the opportunity to join our affiliate program and earn RM 78 per hosting sale?

    Check it out here : http://affiliate.exabytes.com.my/

  4. 4 rasso October 16, 2006 at 5:10 am

    CypherHackz; AKu beli tiket rm206 kalo naik AirAsia, if MAS JB-Miri RM560. uhuhuhuhu
    anti aku nak kawin aku anounce… ekekekeke

    nashrex terima kasih incik…

  5. 5 azreen October 16, 2006 at 11:24 am

    laksa srwak mmg debomm!!!!
    nak gakk!!~~~
    huhu..pastu, p0skan kuih lapis..ermm..

    slamat berangkat ke limbang~
    (kem salam kat awek lama..) ekekeke..

    p/s: jgn makan ulat sagu…geliw..

  6. 6 rasso October 16, 2006 at 11:42 am

    azreen; huhuhuhu… tak janjis..
    awek lama plak… statusku masih single dan tak berpunye… ekekke
    wa tak makan ittew ulats…
    wa makan ikan je yang tinggi protiennya… walaupun ittew ulat protien juga tinggi…

  7. 7 kerol October 16, 2006 at 12:59 pm

    haha..dlm pjg2 artikel ko..sume menarik…tapi yg paling menarik..
    part yg ko nk carik calon..haha
    mintak2 la ko dapat calon..amin…ha

    weit..ko cuti 2 bulan ke..takder xm ker..
    pergh..best giler..jeles nih..
    so biler ko balik sini..sem akan datang la ek..
    weit..jgan lupe bwk limbang-made makanan..hu..nak gak try

  8. 8 rasso October 18, 2006 at 10:04 am

    kerol; huhuhuhu… aku tak de calon lagi…
    amcm… kat tempat ko ada yang sesuai ke…kekekekekekh…
    terima kasihan atas doa ko tu… AMIN

    yurp aku cuti 2 bulan… xm tak de..sbb praktikal
    memang best… jangan jaki
    aku mayb balik 19hb 12 ni…
    ermmm… ape ko nak?? aku tak tau barang made in Limbang
    yg boleh menjd pujaan ko…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




October 2006
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,621 hits

%d bloggers like this: