Tulisan Abdullah Ahmad yang dikagumi

Tatkala pertama kali sampai ke UTM untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Minat untuk membaca dan membeli buku mahupun majalah merupakan aktiviti yang begitu menghairahkan hingga ke hari ini. Cuma, setalah berada di universiti; aktiviti ghairah membeli buku dan majalah masih tertanam. Namun, minat untuk membaca sedikit kurang mungkin akibat begitu aktif berforum dan berblog. Pembacaan lebih pada maklumat bersifat digital. Kurang memegang buku, kalau pegang pun hanya sekitar merujuk muka surat tertentu saja.

Tadi sebelum turun ke masjid untuk berterawih, ku ambil sebuah buku untuk ku baca. Masih tersimpan elok lagi buku tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad; Pandangan dari Tudor City, New York di rak buku. Terdetik hati untuk membacanya sekali lagi. Pertama kali keluar dari kepulauan Borneo, ini lah buku yang pertama di beli dan termahal memandangkan semasa berada di Kuching pada tahun 2004 dulu, penulis bersama dengan seorang rakan membeli buku tersebut ketika berjalan-jalan di kedai buku di Crowne Plaza Kuching sebelum bertolak ke Johor.

Abdullah Ahmad merupakan salah seorang tokoh yang penulis amat gemar membaca tulisan beliau. Mengenali beliau dari penulisan beliau di kolum-kolum akhbar BM dan NST. Kalau dulu, seringkali penulis memotong keratan di kolum dalam Berita Minggu yang ditulis oleh beliau. Tapi, setelah beliau dipecat dari NST atas beberapa isu mengenai tulisan beliau; sehingga kini penulis tidak membaca lagi tulisan beliau. Hanya koleksi buku pandangan dari Tudor City, New York masih menjadi koleksi peribadi yang masih tersimpan. Seringkali penulis mencari perkembangan terkini penulis dalam ruangan siber, tapi tiada. Kalau ada pun hanya beberapa isu yang berkaitan dengan beliau dan juga beberapa teks ucapan yang disampaikan oleh beliau dalam beberapa seminar. Tulisan beliau terdapat coretan pengalaman beliau, unsur-unsur humor dengan pantun seloka seringkali mengambit hati penulis untuk terus membaca dan memahami secara literal apa yang cuba disampaikan. Oleh sebab itu, penulis begitu kagum dengan beliau.

Sebenarnya, kalau tidak memilih profesion perguruan mungkin penulis dah mengambil bidang kewartawanan. Lagipun, cita-cita sebagai guru ini dah terdetik sejak dari sekolah rendah lagi. Harap perjuangan aku sebagai pendidik selepas tamat pengajian ini akan dapat ku tempuh dengan sebaiknya.

2 Responses to “Tulisan Abdullah Ahmad yang dikagumi”


  1. 1 dk October 19, 2006 at 11:34 am

    mencabar seh jadi cikgu ni..
    aku kalo leh jadi prof. nak la..
    tu pun xmau full time haha..

  2. 2 rasso October 19, 2006 at 3:49 pm

    dk; ermmm… memang mencabar
    perghhh.. ko bercheta2 jd prof…
    suspek lah… ekekekeke

    p/s; wei… tolong servey kamera Nikon D200 baru sana berapa??
    ada murah ka??? lalalalala…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




October 2006
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: