Lembutnya Tangan yang Menyentuh Itu

Terasa SK-2 yang lembut itu menyentuh seperti tangan ayu wanita Jepun pada zaman dulu kala yang mengunakan ramuan asli yang menjadikan mereka yang tampak tua pada raut kulit itu lembut dan licin menyentuh dengan rakusnya.

Tapi, pada suatu hari ianya terpaksa menyentuh sesuatu yang keras dan panjang untuk ditolak dan ditekan kuat ke depan dengan momentum yang kenyal dan kadangkala tak kenyal. Malah inersia juga ada berlaku; kasus itu hanya kadangkala. Mungkin kamu ngerti apa yang dimaksudkan.

Tatkala matahari hari itu sudah kian terik memancar; aku semakin penat. Kerap juga aku terduduk kepenatan, lelah mengangkat, kemudian menyorong lagi, kemudian menolaknya lagi. Alahai~ muda-muda dah cepat penat.

Aku sebenarnya telah dikerah untuk membantu ayahku membancuh simen bagi menyiapkan rumah kami yang masih lagi dalam pembinaan. Oleh sebab itu, tanganku yang lembut bak SK-2 itu telah mengerutu dan mengeras, ianya tidak lagi selembut dahulu. Itupun kalau kau pernah berjabat tangan dengan ku nescaya kau merasa betapa lembutnya tangan ku ini namun apakan daya sekarang tidak lagi seperti dahulu. Lagipun, dalam cuti dua bulan ini bukan ada kerja sangat pun yang aku bisa buat selain membantu mereka. Pun begitu, aku dah lama sebenarnya tidak mengeluarkan sebarang peluh. Apatah lagi untuk bersukan dan bersenam, itu pun sejak basikal ku dicuri 6 bulan yang lalu. Biarlah sekali sekala aku membantu.

7 Responses to “Lembutnya Tangan yang Menyentuh Itu”


  1. 1 zara November 24, 2006 at 10:51 pm

    wahh SK2! heheeh..tapela..sekali skala kluarkan peluh.. leh menyihatkan badan ye tak?
    =)

  2. 2 dk November 25, 2006 at 11:24 pm

    hahaha…
    baru bancuh2 simen…
    aku part time job bancuh simen aaa…
    dpt la sehari around rm80 kekekeke..

  3. 3 rasso November 26, 2006 at 2:58 pm

    zara; SK-2 with patera…
    memang sihat… tapi sakit wooo…
    tangan n tulang belakang… angkat itu dan ini..

    dk; perghhhh…
    lumayan sungguh pendapatan ko ittew…
    dengki aku..
    aku xdpt sehinggit pun semata nak tolong..
    sbb taun depan aku tak balik sarawak dh… 😦

  4. 4 dk November 26, 2006 at 11:27 pm

    hahahah yeke..
    aku keje dgn tokey cina..
    atau indon…
    dpt laa..
    kalo tlg ayah aku simen kat umah tu…
    x dptnye… hehehe…
    ari tu balik separuh ari gak aa
    menyimen lantai kolam ikan ayah aku hehe..

  5. 5 ikoko November 29, 2006 at 10:56 am

    Selamat membantu ayah, ok?
    πŸ™‚

    takmau balik semenanjung lagi ke incik?

  6. 6 Azhar Ahmad December 15, 2006 at 1:27 pm

    Basikalmu dicuri? Sik cita sama kita ya!

    Ingatlah, tangan yang mengacung penyodok simen, bakal menggoncang rotan di dunia pendidikan!!!!

    Nguahahahahhahahahahahhaha

  7. 7 rasso December 16, 2006 at 9:34 pm

    ikoko; terima kasih cik Ikoko

    Azhar Ahmad; Iye bro.. basikal ku sudah dicuri…
    hahaha… sepanjang barada di latihan mengajar tempohari… rotan tidak berani digunakan langsung!
    Oleh sebeb guru praktikal lum dapat lesen tak boleh pegang rotan…
    cubit n ramas ganas mungkin iye…πŸ˜›


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




November 2006
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,621 hits

%d bloggers like this: