Tiong Itu Pandai Berfrasa

Dalam rumah di tepi dusun belantara itu leka seseorang menonton siaran televisyen satelit di dalam kamar itu. Tetiba ada suara yang memberi salam didengari olehnya. Lantas keluarlah ia dari kamar itu dan membuka pintu rumah.

Tiada seorang pun di luar. Orang itu masuk semula ke dalam kamar itu. Selang berapa minit, ada lagi suara itu memberi salam. Dibiarkannya seketika, tapi ada lagi bunyi suara itu. Ehem.. dia berdehem. Dalam benak fikirannya mungkin ada makhluk yang cuba bermain-main dengannya. Kalau aku sendiri mungkin akan bersangka sedemikian apatah lagi rumah itu dekat dengan dusun belantara.

Siapa tahu; ada makhluk yang sedang memerhati. Kalau bukan benda itu, apakah? Hendak berlari orang itu. Takut! Alahai.

Tapi sangkanya meleset, rupanya ada burung tiong yang memberi salam. Petah sungguh burung itu berfrasa. Memberi salam macam orang yang sedang bercakap, malah ada saja bunyi frasa yang keluar dari mulut burung tiong itu dari frasa salam, bunyi remote kereta, bunyi chain-saw dan butir-butir frasa yang aku sendiri tidak mengerti. Maklumlah bahasa burung, tapi berfrasa manusia. Rupanya burung itu menjadi teman nenek di rumah kala tiada anak-anaknya.


Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu bahawa bapa saudara aku itu ada memelihara seekor burung tiong yang bisa berfrasa. Sejak hari itu, semasa aku sedang sibuk menolong ayahku membancuh simen tatkala azan zohur dilaungkan; ada juga suara lain turut ber’bang’. Burung tiong itu rupanya bisa meniru laungan azan zohur itu juga. Terkejut dan merasa kagum aku akan kebesaran tuhan bilamana burung itu melaungkan ‘Allahuakbar’ sama seperti suara muazin pada waktu itu. Subhanallah.

Tags:

7 Responses to “Tiong Itu Pandai Berfrasa”


  1. 1 nashrex December 4, 2006 at 12:43 am

    tringat zaman aku skolah rendah..
    ada lagu burung tiong…
    huhu

  2. 2 rasso December 4, 2006 at 8:16 am

    nahhrex; nash.. tulis sikit lirik lagu tu..
    aku macam tak ingat pun lagu tu…
    kalo lagu terbang lalat ada lah juga dalam memori aku ni…
    ahahhaaha…

  3. 3 nashrex December 4, 2006 at 8:50 pm

    aku pun tak hingat lagu tu…
    melodi dia ala-ala sedih laa jugak..
    huhu

  4. 4 shutterspeaks December 8, 2006 at 3:15 pm

    mau tukar jadi pemuitis ka bah?

    begitu enak sekali puding kelapa.

  5. 5 rasso December 8, 2006 at 9:26 pm

    nashrex; alahai~
    aku baru nak belajar ngan ko…

    shutterspeaks; uhuhuhu…
    dulu aku pernah jadi pujangga…. itew dulu…
    sekarang entah…

    Puding kelapa?? huh~

  6. 6 Azhar Ahmad December 15, 2006 at 1:24 pm

    Hummmm, memang best sebenarnya… Tapi, cuba bayangkan, burung tiong yang tidak mempunyai akal, mampu meniru suara azan. Kita, manusia yang ada akal, berapa kalikah melaungkan azan? Waaaaa, nak pi cari sejadah, solat taubat! Waaaaa

  7. 7 rasso December 15, 2006 at 4:29 pm

    huhuhu…
    gi solat tobat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




December 2006
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: