Aku Pencinta Wanita!!! Mahu Jadi Pencinta Bahasa!!!

Kamu tahu kan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan rasmi bagi empat buah negera Asean; Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Tapi dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu secara realitinya hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei saja yang melakukannya.

Kalau kamu ke Singapura misalnya, kamu berbicara bahasa melayu mungkin mereka agak kurang memahami dan kalau kau bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris walaupun dalam nahu yang berterabur dan kosa kata yang tidak sesuai mungkin mereka lebih memahami berbanding kau berbicara dalam bahasa Melayu. Itupun, berdasarkan pengalaman aku sehari di sana semasa berjalan-jalan di kota Singa itu. Walaupun tidak semua mereka begitu. Itu aku akui. Sebilangan mereka yang bukan Melayu saja dan ada juga Melayu. Sama seperti semasa aku menjadi guru yang sedang dalam latihan mengajar. Pertama kali aku baru pernah berjumpa murid yang tidak langsung mampu bertutur dalam bahasa Melayu apatah lagi memahaminya. Perlu rakan mereka untuk menterjemahkan dalam bahasa mandarin. Itu sebenarny hakikat berlaku masa ini di dalam Malaysia. Percayalah.

Bila aku membaca satu entri dalam blog Tokrimau yang bertajuk Soalan Bodoh; terfikir juga aku perihal soalan yang dia ingin ajukan itu. Ada benarnya.

Benarkah Dewan Bahasa dan Pustaka kini sudah hilang taringnya? Aku rasa benar. Undang-undang tidak begitu dikuatkuasakan.

Bahasa Melayu itu punya nilai ekonomi dan komersil yang begitu rendah dan amat rendah. Sebagai contoh, resit di kedai, restoran, dalam lif juga mengunakan bahasa Inggeris: “UG, G, 1st…

Tapi kalau kamu kerap menaiki kapal terbang; kamu akan bisa mendengar pengumuman dalam dwibahasa dan di dalam sesetengah penerbangan, ada tiga atau empat bahasa. Syarikat penerbangan MAS dan AirAsia pun sudah mampu berbuat demikian dan ketua pramugari akan memberikan penerangan keselamatan dalam dwibahasa juga kapten kapal terbang. Mengapa syarikat-syarikat dan sektor swasta yang lain tidak ke arah ini? Lihat saja pada laporan tahunan syarikat hanya mengunakan bahasa Inggeris dan sesetengahnya Inggeris-Cina saja. Itu realiti yang berlaku, terbukti bila kalian ada melihat di dada-dada akhbar. Tidak pun pada prospektus tahunan syarikat. Jarang yang ada memaparkan laporan dalam dwibahasa.

Justeru, apakala melihat sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran tertentu. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu tambah pudar dan implikasinya pada masyarakat yang mana mereka lebih berpendapat dengan cara itu saja bidang ilmu pengetahuan akan lebih cepat berkembang. Khususnya dalam pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Walaupun baru-baru ini menunjukkan peningkatan pada matapelajaran tersebut. Pun begitu, tidak seperti negara Jepun; mereka lebih mengutamakan bahasa mereka berbanding bahasa asing yang lain. Mereka banga dan kita sebagai rakyat Malaysia tidak mempunyai perasaan betapa peri pentingnya bahasa kita. Jiwa kita. Bangsa Kita! Tamadun kita!

Itu realiti dan juga sebuah mitos.

Hakikatnya, aku ingin lagi belajar menulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Walaupun sejak dari bangku sekolah rendah sampailah aku masuk ke tingkatan enam aku mengambil matapelajaran bahasa Melayu dan masih lagi tidak mampu menulis dengan baik. Salah satu faktor, aku sendiri kurang punya minat membaca. Sekarang baru nak mula minat membaca buku. Tapikan, aku rajin baca blog!

Tags:

22 Responses to “Aku Pencinta Wanita!!! Mahu Jadi Pencinta Bahasa!!!”


  1. 1 nashrex December 4, 2006 at 8:51 pm

    bahasa aku lintang pukang..
    English ke.. Melayu ke.. kalau suruh karang, mmg kelam kabut…

    jgn jdkan blog ku sbgai contoh ayat utk diikuti..
    kompem menyesatkan~
    haha

  2. 2 rasso December 4, 2006 at 10:08 pm

    ahahaha…
    nash aku pernah juga terikut dengan frasa2 dlm blog ko…
    ekekeke

  3. 3 ikoko December 4, 2006 at 10:19 pm

    jika diberi pilihan, aku lebih suka berbahasa melayu. dulu, aku selalu cemburu dengan mereka yang petah bertutur dan pandai membuat penulisan yang bombastik dalam Bahasa Inggeris.. Namun, aku sendiri seperti MALAS untuk menulis dalam BAHASA MELAYU dengan baik..

    Itu aku akui..

    Bahasa blog, kebanyakannya adalah berbentuk emosi. Dan tak semuanya berbentuk emosi. Ada juga memang berbentuk informasi dan menjaga tatabahasa bila menulis.

    Dulu, aku masih ingat dengan wujudnya blog syaiful. Sy41ful.weblogscenter.com .. dia yang berusaha membangunkan weblogscenter.com .. dia juga menulis dengan penuh teliti, seperti seorang editor.

    Aku harap aku boleh menulis begitu.

    Rasso, terima kasih sebab tulis sesuatu yang bermakna ini.🙂

  4. 4 dk December 4, 2006 at 10:19 pm

    x salah pembelajaran dlm english..
    cuma bila berckp ke..
    interview ke…
    dlm bahasa melayu dh aa..
    ni nak english..
    lepas tu kalo ada mandarin lagi
    mudah ambik keje.. apa kes..
    tahun depan time aku interview…
    awal2 aku nak sound..
    “i feel very stupid if i talk in english with malaysian.”
    aku nk tgk apa kata interviewer aku.. heheh…

  5. 5 dinswok December 4, 2006 at 10:20 pm

    Dulu cikgu aku panggil aku “Pakar Bahasa” sebab aku “power” BM & English. Tapi sayang, aku sudah tidak lagi mempraktikkan kepakaran tersebut dalam penulisan “blog.”

  6. 6 rasso December 4, 2006 at 10:48 pm

    ikoko; Terima kasih atas komentar saudari ikoko..
    kadang-kadang manusia itu akan berubah dari semasa ke semasa. Sebab itu adakalanya dalam penulisan juga berlaku sedemikian. Kalau dulu, saya sendiri akui menulis lebih pada perihal diri. Ada juga mencampurnya secara rojak. Mungkin sebab ‘mood’.

    tapi tak kisah lah.. terpulang pada individu itu sendiri…
    janji jangan lupe tamadun sendiri… alalalala…

    dk; Betul tu dk. Aku sendiri pernah kene temuduga untuk mendapatkan biasiswa negeri aku. Aku mati-matilah malam tu studi dalam bahasa Inggeris soalan-soalan yang bakal ditanya. Kau tahu tak, ape yang ditanya? Sepatah bahasa Inggeris pun aku tak cakap. Tiada pertanyaan langsung dalam bahasa itu. Keseluruhan semasa temuduga itu kami berbual dalam bahasa Melayu Sarawak. Akhir temuduga baru aku tahu mereka nak nilai aspek kenegerian. Samaada aku ini betul-betul orang Sarawak ke tidak. BAHASA kadangkala boleh dijadikan jati diri seseorang.

    Kalau ko berani tanya tukang temuduga macam tu. Aku sangat kagum akan dikau. Percayalah. Ada berani??

    dinswok; aku rasa ko silap ambil kursus di UNIMAS.
    Patut ko ambil kursus bahasa. Lalalalala…

  7. 7 nur_kasih December 4, 2006 at 11:26 pm

    Hhmm…mane2 bhsa kte ckp pn tak de yg salah. Cuma paham xpaham je, tul x? Negara kite negara berdemokrasi, plhan terletak pd rkyt, kn? so, rakyat patut amk opportunity ni dgn bijak dan bernas. Tp, ikut pada keadaan r, klo ceremony tuu perlukn bhse ibunda kte…kne laa kte gne. tp klo gne english, gne r…kesimpulannya, kte kne laa expert utk ke2 due bhse ni…nsib baik kerajaan xtmbh satu lg bhse ; bhse arb. klo x…kesain rkyt m’sia. english pun ntah ke mane, malay pn ke mane, inikn plak nk ckp arb, tul x?heheheeee

  8. 8 rasso December 4, 2006 at 11:40 pm

    nur_kasih; Memang Malaysia negara berdemokrasi..
    tapikan dalam perlembagaan Malaysia sendiri penekanan dalam beberapa perkara mengenai peri pentingnya bahasa Melayu.

    kalo soal xpert rasanya penerapan dalam pengajaran dan pembelajaran dah pun mula dari tadika lagi.. malah ke peringkat U.. tapi biarlah memartabat bahasa sendiri. Mengapa negara seperti seperti Jepun, France dan beberapa negara lagi boleh bangga dengan bahasa mereka. Bagi saya penggunaan dwibahasa dalam acara-acara tertentu tidak menjadi masalah.. ehehehe

    heehee.. sebaiknya dalam diri bukan hanya ada dwibahasa kalo boleh lebih dari itu. Itu sebaiknya. Tak gitu cik adik syng! ekekeke

  9. 9 dk December 5, 2006 at 1:57 pm

    hahahahha ko ingat kata2 aku ni..
    aku akan tanye…
    paling kurang sekali seumur idup kekekekeke….
    tunggu thn depan… around dis.

  10. 10 mazudi December 6, 2006 at 8:24 am

    Kita adalah peniru yang hampir berjaya. Kota Singa adalah peniru yang paling berjaya.
    Untuk jadi peniru yang berjaya, kita kena guna bahasa orang yang kita tiru teknologinya.

    Dengar kabar, kita menuju kearah negara maju yang akan menghasilkan teknologi yang dicipta sendiri. Untuk menjadi pencipta teknologi, kita sepatutnya mengharapkan orang lain akan menggunakan teknologi kita. Adalah lebih baik sekiranya teknologi yang kita cipta itu, disebarkan dalam bahasa kita supaya nanti, mereka yang ingin belajar teknologi kita terpaksa belajar bahasa kita. Itu yang dilakukan oleh Jepun.

    Jadi, siapa sebenarnya kita sekarang? Peniru atau Perekacipta.

  11. 11 azreen December 6, 2006 at 9:08 pm

    mcm mengada jek org mlysia tak reti ckp melayu!
    hmmph…buang je dia kat negara afrika :p

    bersyukur lah bahasa melayu ni senang and mudah nk paham.
    =)

  12. 12 rasso December 7, 2006 at 9:20 am

    mazudi; Singapura berjaya kerna rakyatnya…
    adakah anda maksudkan peniru itu sebagai yang membuat plagiatisme teknologi??? Atau pembeli dengan kekayaan mereka??😀

    Kita sebenarnya masih lagi ke arah itu. Andaikata ada yang sedemikian mungkin mereka itu merupakan mereka yang dah berjaya..😛

    azreen; mereka mengada sebab mereka pandai berlakon. (ko tau maksud aku kan)
    wei kat afrika pun ada bahasa melayu.. tapi agak berbeza sikit sebab percampuran bahasa itu sudah berlaku di sana dengan bahasa tempatan mereka.

  13. 13 rasso December 7, 2006 at 12:00 pm

    Kalau kalian lihat pada beberapa contoh negara lain terutama di negara-negara dunia ketiga di mana bahasa ibunda tidak wujud sebelum merdeka, maka negara yang baru merdeka terpaksa mempergunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Sebagai contoh, Ghana, Kenya, Tanzania, Uganda dan Nigeria. Kalau di Indonesia umpamanya di mana bahasa ibunda telah wujud sebelum merdeka, bahasa Belanda akhirnya mengalah kepada bahasa Indonesia. Di Filipina, bahasa Inggeris masih dominan kerana bahasa Tagalog tidak berkembang sepesat yang dapat melayakkannya mengambil alih peranan bahasa Inggeris.

    Di India, bahasa Inggeris masih berpengaruh dan dominan kerana ia dari sejak sebelum merdeka berupa bahasa pengantar kaum elit yang memperjuangkan kemerdekaan dan juga kerana rakyat India sendiri tidak sepakat menentukan dan memastikan bahasa apakah yang harus menjadi bahasa ibunda mereka. Sebab itu, kalau anda ke India, anda akan dapat melihat akhbar-akhbar harian berbahasa Inggeris subur berkembang di India.

    Lantaran itu, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berasa sangat bertuah dengan perkembangan semasa yang dialimi oleh negara. Walaupun timbul pelbagai polimek dalam soal isu ini masih lagi tidak dapat diselesaikan walaupun ada jalan penyelesaiannya. Cuma, tiada siapa yang sanggup mendukung perjuangan itu.

    SEMACAM TIADA PENGHUJUNG!

  14. 14 Azhar Ahmad December 15, 2006 at 1:23 pm

    Teheheheh, bahasa melayu…… Pernah menjadi Lingua Franca… Bila lagi untuk mengembalikan kegemilangan itu?

  15. 15 rasso December 15, 2006 at 4:26 pm

    Zaman ini bisa kembali andai komitmen khalayak Malaysia sedar peri pentingnya Lingua Franca itu….

  16. 16 drusoft December 16, 2006 at 3:08 pm

    Empat buah negara tu kenapa ada 2 Indonesia? Indonesia Timur & Indonesia Barat? Oh.. Brunei rupanya.

  17. 17 rasso December 16, 2006 at 8:37 pm

    drusoft; hahaha…
    silap bro… ko memang teliti..
    jap lagi betulkan…

  18. 18 rasso December 20, 2006 at 11:45 pm

    Agenda untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam dunia IT telah bermula.

    Sila ke laman web INI untuk mengetahui cara-cara untuk menyertai projek murni ini.

  19. 19 anasxz December 26, 2006 at 8:35 am

    saya baru celik mengenali bahasa Melayu apabila gagal dalam percubaan SPM… setakat ini boleh menulis menulis dan membaca BM.

    DBP hari ini tidak sama dengan DBP dulu…

  20. 20 rasso December 26, 2006 at 6:34 pm

    [quote comment=”7078″]saya baru celik mengenali bahasa Melayu apabila gagal dalam percubaan SPM… setakat ini boleh menulis menulis dan membaca BM.

    DBP hari ini tidak sama dengan DBP dulu…[/quote]

    Samalah, saya hampir gagal dalam BM bila percubaan PMR.
    paling teruk antara semua kelas…

  21. 21 sakura January 14, 2007 at 12:51 pm

    i think that correc in japan we can develob without language but in but now we learn english to talk with much more people

  22. 22 Sy41ful November 12, 2007 at 10:10 pm

    Alamak…. ikoko pujian tu terlalu berlebihan…..

    Saye pun kekadang pun cakap lintang pukang gak… semua kalau menulis artikel jerk saya berusaha lebih formal jer.

    Upsss mungkin dah terlalu lambat buat komen ini…. setelah sekian lama tak blogging…. bahkan blog saya sendiri pun tak update😛

    So.. round², terjuma pulak blog nie…. taksangka ikoko pun ada komen kat sini…. yeah.. memang dah lambat… tapi belum terlambat untuk menyokong perjuangan menaikkan martabat bahasa melayu kan?

    Trus trang, saya paling lemah dalam BI, yeah, mungkin saya dibesarkan dalam keluarga yang kurang mampu sehingga saya hanya sekolah sampai darjah dua jerk… pernah satu ketika ketika saya di gelakkan oleh kawan-kawan dengan mengatakan,

    “takkan seorang administrator weblogscenter community tak tahu bahasa english…. ”

    Masa tu Allah saja yang tahu betapa saya malu…. tapi berkat sokongan kawan-kawan lain, saya urut dada dan hentikan melayan karenah “orang bijak tapi yang angkuh”.

    Dan terjumpa topik ni, saya masih yakin, masih ada yang mengutamakan bahasa melayu walalupun melayu itu (saya) sendiri tak pandai bahasa penjajah tersebut….. Namun saya bangga, saya dah pun keliling dunia dengan bahasa english yang masih lintang pukang…. Sesungguhnya Allah Maha Sempurna dan Maha Mengerti akan hamba²Nya

    Namun begitu saya masih tetap belajar bahasa english walaupun terkial-kial.. sebab bijak pandai ada mengatakan,

    “Untuk menguasai bangsa lain…. terlebih dahulu kuasailah bahasanya…”

    Thanks pada yang empunya blog ini….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




December 2006
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,621 hits

%d bloggers like this: