Hari Pertama di Universiti Kaki Gunung

Aku mengajar di Universiti itu hanya untuk beberapa hari. Sambil menyedut jerebu yang begitu tebal yang tidak mengizinkan mataku melihat permandangan indah gunung berdekatan dengan tempat aku mengajar itu. Kalau dulu; dari kaki gunung itu punya pemandangan indah; seawal 6 pagi. Kabus bak awan di tengah-tengah gunung itu bisa kau lihat. Cuba kau bayangkan betapa indahnya pemandangan itu. Nescaya kau akan termimpi-mimpi oleh pemandangan itu.

Itu realiti, bukan mitos lagi!

Tapi, sepanjang tempoh itu aku langsung tidak berpeluang untuk melihat saat indah itu dan dirakamkan melalui corong lensa ku itu akibat jerebu yang menyerang tempat itu. Aduhai.

Sambil berjalan-jalan sebelum masuk mengajar. Damn! (bagi mereka yang membakar hutan itu)

Muridku seorang saja pada waktu itu. Subjek yang aku akan ajar berkaitan dengan teknologi maklumat. Kalau aku disuruh mengajar subjek ini mungkin akan jadi guru cemerlang (cewah) tapi kene tengok juga faktor-faktor lain yang memungkinkan kecemerlangan itu terkesan.

Dulu aku dan anak muridku pernah sama-sama berbengkel bersama untuk mendalami bidang itu. Tapi, setelah 5 tahun aku terpaksa pula mengajarnya sambil menolong anak muridku itu menyiapkan tugasannya. Mungkin pelajaran dulu tidak dipraktis mendorong seseorang itu lupa. Dan baru-baru ini juga anak muridku itu telah diminta untuk berkursus kembali. Sekembalinya berkursus, muridku itu meminta aku mengajarnya semula; pula akibat kursus yang dituruti itu sudah jauh ke depan (advance level).

Jadinya, aku kenelah mengajar dari mula. Kembali pada asas dan sedikit juga pengenalan kepada pengajaran multimedia. Alahai.

Pada hari pertama, di universiti itu aku hanya berjalan-jalan. Sambil bertemu rakan-rakan dulu kala yang masih berada di sana. Ada juga mengimbas kembali kisah lama sewaktu di sana. Tapi banyak persoalan pragmatisme perihal diriku ditanya. Ada soalan yang sinikal aku terima, aku hanya menjawab dengan sinis juga dan kadangkala senyum tawa saja sebagai jawapan.

Bersambung…

Esok aku bersama dengan emak, nenek, pak usu dan adikku akan ke Miri untuk bersiar-siar menemani mereka untuk satu malam. Sebenarnya aku hanya ada sepuluh hari saja lagi berada di rumah halaman sebelum kembali ke Selatan Semenanjung.

 

Tags:

13 Responses to “Hari Pertama di Universiti Kaki Gunung”


  1. 1 Muzri aka Muyie(Kamrient) December 8, 2006 at 7:42 pm

    elop..lan….
    ape cite..
    boleh kite tukar link ke…

    New World-kamrie
    http://www.kamrieworld.blogdpot.com

  2. 3 ikoko December 8, 2006 at 9:59 pm

    🙂 teringin nak jadi guru kepada mana-mana anak murid, tapi belum lagi berkesempatan.

    harap suatu hari nanti, ada peluang macam rasso.

  3. 4 shutterspeaks December 8, 2006 at 11:29 pm

    kau mungkin boleh jadi guru bahasa aku jugak, anak saudara sering bercakap loghat sarawak, dan seringkali aku hanya mengerutkan dahi dan angguk-angguk atau geleng-geleng.

    kamek sek tahu…

  4. 5 iwan December 9, 2006 at 10:42 am

    oit oit…
    aku pun akan ke miri jugak (ahad sampai kamis…)

    *kau mahu cari tempat wanita mandi berkemban?
    jom ikut aku… haha
    nnt aku tunjukkan,
    tapi sbg ganjarannya.. kena shoot posing gedix aku…

    deal? huhu

  5. 6 dk December 10, 2006 at 7:09 pm

    ko tinggal 10hari je lagi?
    sebab apa? bukan ke cuti 2bln??
    sedih tul cuti kejap2 ni…

  6. 7 rasso December 11, 2006 at 12:03 pm

    ikoko; cik ikoko akan merasanya nanti..
    tunggu je saat itu tiba…
    akan terasa bahana nya nanti..

    iwan; uhuhu.. aku dah balik dari Miri..
    hanya semalam saja aku di Miri…
    alahai.. rugi lah aku tak leh jumpe ngan ko…

    nanti aku ikut ko.. allalala
    aku no hal shot gedix ko…😀

    dk; memang cuti aku dua bulan.. start bulan 10 hari tu. Aku hanya ada baki 8 hari je lagi berada di kampung halaman aku. Aku lama-lama aku terasa bosan pulak. Ni cuti nak habis baru aku terasa sedih.

  7. 8 mazudi December 12, 2006 at 10:37 am

    Pernah kah kau terfikir untuk menjadi pengajar pada guru kau?
    Ini berlaku pada aku bila salah sorang student aku adalah cikgu aku masa sekolah dulu.

    UNIMAS ker? Itu gunung Santubong ker? Damn! Aku suka gunung tu.

  8. 9 rasso December 12, 2006 at 12:06 pm

    mazudi; Bukan Unimas bro…
    Gunung Serapi….
    gunung santubung itu saya sendiri belum pernah memanjatnya…
    memang suka juga itu gunung!

  9. 10 Azhar Ahmad December 15, 2006 at 1:21 pm

    Wahhh, bahasanya juga sudah berubah. Univ apakah di Kaki Gunung. Setahu saya, UMS bukannn

  10. 11 rasso December 15, 2006 at 4:23 pm

    Bro.. ingin lebih pragmatik dewasa ini…
    universiti kaki gunung itu sebuah metafora…
    tempat belajar zaman dulu kala!

  11. 12 anasxz December 20, 2006 at 1:48 am

    erm.. dah mengajar di U.

    tapi mungkin ada lebih dari itu. saya kurang memahami… kena baca 2 atau 3 kali lagi…

  12. 13 rasso December 20, 2006 at 3:16 am

    anasxz; tidak lah… itu hanya kinayah kalau saya tidak silap dalam bahasa arabnya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




December 2006
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: