Layang-layang yang Terbang Melayang itu Boleh Membawa Maut

Sekarang musim main lelayang di tempat aku. Kalau kalian berada di jalanraya pastikan anda memandu dengan cermat. Juga pastikan anda ada memakai topi keledar dan memasang tali pinggang keledar bersama. Jangan leka memandang kanak-kanak yang seronok bermain layang-layang itu. Walhasil, orang yang berusia lebih tua yang lebih-lebih bermain layang-layang di tempat aku.

Itu berlaku dalam masa cuti sekolah ini.

Bukan apa, musim lelayang ni bawa motor dengan cermat pun boleh cedera akibat terkene tali layang-layang yang telah putus talinya. Semalam, pak usu aku cedera pada kakinya dan seliparnya hampir putus akibat tali layang-layang yang putus ketika sedang membonceng motosikalnya. Aku pulak, calar di atas kening akibat ada tali layang-layang yang putus tersangkut di jalan raya.

Dua hari yang lepas, orang kampung aku yang membonceng motosikalnya bersama isterinya ditimpa kemalangan; si suami, kulit pada tangannya hampir separuh terkopak akibat terkene tali layang-layang yang tajam yang disalut dengan kaca yang telah dihancur-hancurkan. Si isteri pula, jatuh daripada motosikal yang dibawa oleh si suami.

Kesian mereka itu. Itupun, semasa mereka ditimpa musibah; khalayak yang bermain dan menonton orang yang bermain lelayang itu hanya memandang saja. Daripada semua mereka, hanya seorang saja yang datang membantu. Alahai.

Tadi, semasa aku memasak bubur di dapur. Emak bercerita pasal kisah tu. Emak kata; dah ada orang Limbang yang ke Hospital Miri cedera akibat terkena tali layang-layang putus. Kene jahit lagilah. Aku terkejut mendengar cerita emak. Sebab itu, aku dah tak me’rempit’ petang-petang bila keluar dari rumah dengan motosikal aku itu. Takut terkena tali layang-layang yang putus.

Tags:

17 Responses to “Layang-layang yang Terbang Melayang itu Boleh Membawa Maut”


  1. 1 shutterspeaks December 14, 2006 at 9:39 am

    layang2 terbang melayang.

    salut benang dengan kaca merupakan satu taktik kotor menjatuhkan layang2 orang lain. tak sangka masih digunapakai sehingga hari ini.

    syukur kau hanya cedera ringan.

  2. 2 anasxz December 15, 2006 at 3:55 am

    hai rasso,
    lama tak jengok kat sini..
    guna k2 ya..

    huhu..

  3. 3 rasso December 15, 2006 at 9:19 am

    shutterspeaks; taktik tu sebenarnya taktik yang halal…
    memandangkan semua pemain mengunakan tali tangsi yang disalut dengan kaca. Cume, ianya akan membahayakan orang lain andai tali yang putus itu tersakut di tiang-tiang letrik atau pada pokok-pokok. Sebab itu ada yang parah terkena. Mujur keningku saja yang calar.

    anasxz; hye anasxz..
    thax bagi 50MB hr tu…
    yurp gune K2…
    uhuhuhu…
    Penin kat rumah gune dial up saja…

  4. 4 Azhar Ahmad December 15, 2006 at 1:18 pm

    Testing komen testing komen

  5. 5 Azhar Ahmad December 15, 2006 at 1:19 pm

    Yeahhhhh, clap2, akhirnya dapat juga mengomen, selepas hampir sebulan tidak dapat menomen, malah membuka projectrasso… Terima kasih pawerruttt….

    Ekekes, berangin ya dia sana? Teringat taufan durian!

  6. 6 dk December 15, 2006 at 8:42 pm

    apa kes cite sms ko.. cite benar ke reka???

  7. 7 rasso December 16, 2006 at 2:52 pm

    Azhar Ahmad; tahniah bro!

    dk; itu kisah benar lah incik dk..
    aku amat kuciwa atas trajedi itew!

  8. 8 dk December 16, 2006 at 3:14 pm

    ala sedihnye….
    sian ko…
    xpe2 byk lagi wanita2 pilihan lain…
    ihiks :p…
    awek sarawak cun2 pe..

  9. 9 rasso December 16, 2006 at 8:25 pm

    dk; terima kasihan atas simpati ko…
    memang awek sarawak cun2 tapi aku gagal memikat hati2 mereka..
    andai ada cewek Korea mungkin aku berubah haluan selera ku…
    dk.. ko usha ler seorang utk aku.. junior2 ko ker… goreng pun sedap…

  10. 10 pablo December 16, 2006 at 9:03 pm

    aa kedatangan aku terlihat. sejak bila engkau meletakkan plugin user online itu

  11. 11 rasso December 16, 2006 at 9:21 pm

    pablo; sudah lama ku letak..
    cume template ini jer yg support..
    alalalala~

  12. 12 mazudi December 16, 2006 at 11:28 pm

    Ko berenti motor bagi penampar jer kat budak yg main layang layang kat atas jalan tu. Nanti boleh buat entri baru cerita pasal ko penampar budak pulak kat dalam blog ko.
    Haha.

  13. 13 rasso December 17, 2006 at 3:01 pm

    mazudi; Bro…
    saya adalah lelaki budiman…
    tidak wajarlah saya menampar mereka..
    kerna ada di kalangan mereka itu bukan budak-budak, maksud saya orang dewasa!
    hehehe

  14. 14 dk December 19, 2006 at 12:05 am

    ooo jr2 aku… kalo aku leh ayat confirm aku ambik dulu..
    masalahnye jr2 aku.. huhuhu x terayat… hati kering… hehe ko je la tolong carikan awek sarawak seorang dua :p

  15. 15 lilalillulu December 19, 2006 at 6:26 pm

    uii..tak sangka sampai camtu efek main layang kat sana..tali layang2 pun bahye ye..apsalnye asik putus jek..

  16. 16 rasso December 19, 2006 at 8:31 pm

    dk; alahai!
    ko memang kasanova.. kasi chan lah kat aku ni…
    tak nak cari gadis2 sarawak.. nanti aku cepat sangat kawin!

    lilalilulu; putus sebab layang-layang di awangan itu dilayangkan untuk memutuskan layang-layang lawan… sebab itu yang pandai bermain, layang-layang mereka terbang lama.. yang tak pandai.. putuslah ia😛

  17. 17 anasxz December 20, 2006 at 1:27 am

    ya.. itu kisahnya.. menarik.. xpenah lak dengar sampai macam tu.. dasat2..
    mujur kat kg aku xdak macam tu..

    lan, 50MB sikit la..

    peh.. K2 lawa.. blue woo.. suka..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




December 2006
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: