Saya dan seorang sepupu saya-Kadal bersama rakannya-saya tidak ingat nama beliau, kebetulan sebenarnya bertemu dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri; yang mana mereka ini sedang menanti penerbangan balik ke Limbang manakala saya akan kembali ke Selatan benua Semenanjung Malaysia. Sepupu saya dan rakannya itu baru saja kembali dari Kuala Lumpur dari menghandiri kursus asas perpustakaan.
Kami duduk di ruang belepas; sambil berbual-bual mendengar pengalamannya semasa mengikuti kursus itu. Kadangkala aku tertawa mendengar ceritanya. Maklumlah kota Metro Lumpur itu, katakan.
Di sebelah tempat duduk saya sebenarnya kosong tiada orang yang duduk dan saya berbual secara bertentangan memandangkan dia sendiri sibuk melihat jadual penerbangan dan menanti panggilan masuk ke balai belepas. Tetiba ada gadis duduk disebelah saya. Raut wajahnya seperti melayu; tidak seperti Su yang dulu. Amoi Mix itu; mungkin kamu ingat.
Kali ini kelibat wajahnya, maksud saya gadis yang duduk di sebelah saya itu lebih jelas walaupun saya hanya menjelingnya sekali. Itupun, jelingan itu timbul akibat gaya pakaiannya yang cukup enak untuk mata saya memandangnya. Dari leher hingga ke paras dada itu tampak jelas; putih dan menampakkan lurah gunungnya yang masih muda memekar. Menjeling sambil berkhayal!
Mata saya tetiba melihat wajah seseorang kawan lama. Dulu masa di sekolah menengah. Senior saya setahun. Lepas habis SPM dia masuk ke Universiti Teknologi Petronas. Antara model pelajar yang terbaik lepasan sekolah saya dahulu.
Lantas, saya bangun dari tempat duduk dan menyapanya. Dia sendiri agak samar-samar untuk mengenali akan diri saya. Saya sendiri mengenalkan diri dan bersalaman dengannya. Dia jeda. Tapi hanya seketika. Dia masih ingat lagi tentang saya. Mata saya sempat juga melirik ke sebelah saya itu. Mungkin dengan berdiri tampak lebih jelas. Tapi hampa.
Saya kembali duduk ke tempat tadi dan kali ini saya bertentangan dengan senior saya itu. Duduk bercerita tentang life masing-masing.
Saya sempat bertanya padanya tentang dirinya ketika kami berbual; katanya, dia sekarang dah bekerja dengan Petronas setelah 5 bulan menganggur baru diterima bekerja di Miri. Oleh sebab atas urusan kerja, jam 4 suku petang ini dia kene ke Kuala Lumpur dan pergi ke Port Dickson. Saya pula ke Johor pada jam 4 juga tapi pada monitor jadual penerbangan itu, memaparkan penerbangan AK5741 saya itu telah ditunda. 2210 malam. Damn ! Suara kecil aku.
Awek tadi masih lagi di tempat duduk tadi. Mungkin penerbangannya ke Kuching. Tak lama lagi lah tu. Aku dah tidak sabar menanti. Lantas saya meninggalkan balai belepas itu keluar dari sana dan duduk sambil menonton televisyen dan kadangkala tertidur-tidur ayam.
Sebenarnya saya sendiri rasa tertekan terlalu lama menanti di lapangan terbang ini. Mungkin terasa tidak sabar untuk kembali ke Kota Selatan itu. Atau mungkin, kecewa <s>hampa</s> kerna tidak sempat menyapa gadis sebelah tempat duduk tadi.
Tags: Miri Airport Limbang Sarawak Gadis Awek Kota Selatan
kesian…
penah je dulu..
delay smpai satu hari..dari pukul 10 pagi ke 11 mlm..
flight kk-penang
relek jek tunggu kat golden lounge…ekekeke..
bro, gmba2 ko sume lawa la
aku suke tgk
ko mmg ada blaja ambik gmba ke?
azreen; Cis… Golden Louge tu.. tatahan!
aku hanya mampu tunggu di surau jer..
kejap2 kat orang ramai… duduk tengok manusia..
iziana; tenQ… kerana suka tengok..
gambo orang baru belajar yang ambik….
belajar2 kat forum je.. itu pun dulu ambik 1kredit utk belajar fotografi.. walaupn kursus yg aku ambik nie pun ada belajar tapi teori belaka.. praktisnya kurang..
mana gamba aweknya bah, kempunan saya gini.
shutterspeaks; sori bro.. nda ada gambarnya..
malas kan ngeluarkan kamera…
cuci mata saja.. š
lan, airport dan kapal terbang dah jadi benda biasa bagi ko yang duduk di borneo… walaupun cepat ke sana dan kemari, tapi nak menunggu nak terbang punya la lama… sebelum depart, sejam atau dua jam sebelum tu dah kena ada kat situ.. kalau delay plak time tu.. lagi tension..dah la tiket mahal..
awek tu nak tunjuk.. tengok la.. tak rugi..
anasxz; Benar… agak lazim..
kalo di Semenanjung pula… yang lazimnya pengangkutan darat kereta atau bas untuk bergerak ke sana ke mari … Mulanya saya sendiri kurang yakin.. mungkin di borneo pengangkutan basnya agak teruk… sbb tu saya kurang yakin.. lagipun saya sendiri cepat mabuk (itu dulu sekarang tidak lagi). Tapi ianya melesat semata.. memang selesa walaupun tidak dinafikan ada kalanya tidak.
Memang nak tengok… (“Janganlah paksa saya, malew lah saya”<--Ayat Sinchan) š
gambar hutan itu lawa..
tp kalau hijau dia terang sket.. lagi cantik..
nashrex; Incik nashrex, itu bukan hutan… tapi kebun getah yang terbiar.. di bawahya maksud saya tu lereng bukit tu ditanam padi bukit… di bawah lagi padi sawah.
BIKIN WEBSITE DAN ISENG-ISENG CARI TEMAN, PACAR, DIBAYAR DOLLAR?
Itulah bisnis social network YUWIE. Kamu akan mendapatkan up to $1000 jika kamu bisa mendapatkan teman 3 yang register via situsmu dan 3 temanmu punya 3 teman lagi dan strusnya.
Bukan cuma itu kamu buka situsmu aja dibayar, kirim coments, blog, rate dibayar juga pokoknya smua dibayar deh. Enak kan?
Daftar aja GRATIS disini
http://profile.yuwie.com/pray88
Lumayan daripada di FRIENDSTER gak dibayar mending di YUWIE cari temen,jodoh,selingkuhan, istri muda, tante, om-om, cowok bule dibayar $$$. Sst..st.. BTW aq dah dpt $68 lho..