Malam tadi hujan turun dengan lebatnya, pada aras penglihatan yang tidak jelas ketika kami di dalam kereta untuk menuju ke destinasi.”Kamu pandulah Anna” ketika keluar dari rumah. Saya sengaja menyuruh Anna memandu, pada jarak sepuluh meter penglihatan saya sememangnya tidak jelas apatah lagi tika hujan turun ni.
Malam itu juga, mungkin sebab cuaca yang sejuk akibat hujan seharian saya dan Anna pergi keluar mencari makan malam. Kami lalu di depan Tungku Impian, kedainya penuh sebab pelanggan-pelanggan mereka yang berteduh di dalam. Kami pergi ke Wakaf Singgora, sana tutup pula. Terus kami ke Jusco, “Kita makan kat McD or KFC saja lah” kata saya kepada Anna. Anna menganggukkan saja sambil meneruskan pemanduan ke Jusco.
Kami jumpa tempat letak kereta kosong. Terus ke McD, tapi ramai pula. “Kita makan kat KFC lah” kata saya kepadanya. Kami bergerak lagi. Malang betul. KFC dah nak tutup pula. Burger saja lagi yang tinggal.
Jom ke Pizza Hut! Teriak Anna.
Jom. Saya.
Alamak! Mahal la pula. Bisik Anna kepada saya ketika melihat menu di depan kedai Pizza Hut tu. Kami terus meninggalkan tempat tersebut sambil perut bernyanyi. Lagu Dong Dang Sayang.
Hujan malam; aku terkenang tika aku bersama si dia menanti hujan berhenti. Sebelum fajar siddiq baru kami pulang ke rumah masing-masing pada waktu itu. Sekarang dia sudah tidak seperti dulu. Itu kisah lama.
Tags: Hidup Hujan Makan UTM Jusco Johor Skudai
lawa giler gamabr tu!! guna brp shuttle, aperture bagai?
eh, layang layang tu sakit la. dulu tiap kali masuk, sure namapk entry yg sakit tu
wenkt;
Exposure: 30 sec (30)
Aperture: f/22
Focal Length: 28 mm
Exposure Bias: 0/6 EV
layang-layang sakit?? entri yang sakit?? tak faham.
Jatuh cinta kat gambar ni….
ujan2 laa sedap…
sedap… tido… :p
mimi; Jom turun ke Kota Singa kite shot kat tempat itu… 😀
dk; hahaha
ako setuju..
lagipun masa tu hujan.. ako tak leh pulang ke rumah.. kene tunggu hujan berhenti..
tiada payung apatah lagi baju hujan…
tapi itu dulu… 😛
^__^ bes jugak baca tulisan awk ni…. terhibur ckit malm ni…
teringat kenangan dulu kedangkala menyeronokkan, menghiburkan… asalkan jangan terlalu asyik dengan kenangan lama… (ps utk diri sy sndiri, huhu)
cantik gmbar… patutlah dok tilek lelama, still tak tau tmpat ni kat mana, rupanya kat Kota Singa ^__^
ayusafura; sungguh… kenangan lalu juga bisa jadikan diri ini menitiskan airmata… janji tidak terlalu asyik… betul kata kamu…
alahai.. cik ayu.. meh la join.. turun di Kota Selatan lantas kita ronda-ronda di Kota Singa… kamu tidak mahu?
ko nick ym tulis updated..
tp sama je.. ish..
[quote comment=”7617″]ko nick ym tulis updated..
tp sama je.. ish..[/quote]
Aku dah tukar status aku…
ekekeke
Sorry, but your comment has been flagged by the spam filter running on this blog:
kesian aku :((
Hujan masih belum berhenti.
Risaukan bah naik lagi.
my comment marked as spam 😦
shutterspeaks; bro saya dah recover balik ur IP.. saya sendiri tidak tahu mana silapnya.. kalo bro tak bagi msj dlm peti jerit tu mungkin saya tidak tahu.. jarang buka spam karma tu.. 😀
akhirnya, jeritan aku didengari jua heheh…