Gadis itu suka makan ubi kentang dan buah tomato?

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/142/352925617_c1742127c1.jpg”></center&gt;
Saya menunggang motorsikal saya dari tempat tinggal saya ke bilik kuliah petang itu. Bicara kawan saya masih lagi saya ingat semasa kami makan nasi kerabu di salah sebuah kafe di kampus yang lazim kami pergi apakala tamat kuliah.

Selesai makan kami berbicara panjang sementara menanti hujan berhenti turun. Namun, tanda-tanda mahu berhenti itu tiada langsung waima hari ini hujan itu turun tanpa henti sejak dari semalam lagi. Waktu makan selalunya mata saya akan menjadi sedikit nakal. Maksud saya sibuk memerhati khalayak keliling yang lalu lalang khususnya para gadis. Sebab itu, saya makan terlalu perlahan bila mana berada di khalayak orang.

Sungguh saya tidak tipu. Saya.

Bila sahabat saya bercerita tentang khasiat ubi kentang dan buah tomato, saya mula tertarik untuk mendengar walaupun apa yang dikatakannya itu ada suatu yang tersirat. Kawan saya yang seorang lagi hanya tersenyum kerana dia faham apa yang disampaikan. Dan saya masih terpinga-pinga tidak mengerti.

“Kau tahu mengapa gadis-gadis yang pulang dari timur tengah punya buah yang mekar?” tanya sahabat saya itu. “Uik.. mana lah saya tahu.” Saya. Dia hanya tersenyum lebar. Saya tanya lagi padanya, “bagitau lah apa rahsianya”. “Makanlah kentang dan buah tomato banyak-banyak, sebab di sana mereka banyak makan buah-buah tersebut dalam makanan mereka. Sebab itu badan menjadi.” Sahabat saya.

“Kamu biar betul?” tanya kawan saya seorang lagi seolah tidak yakin.

Saya sedikit nakal memandang. Tersenyum melihat awek berbaju warna pink yang duduk bertentangan itu. Mungkin benar, bisik hati saya. Sebab awek yang pakai baju pink itu dalam pinggannya terdapat kentang dan tomato di dalamnya.

Sebenarnya, sahabat saya itu baru saja bernikah dan tidak memberitahu kepada saya bahawa dia sudah berkahwin. Patutlah kawan saya seorang lagi tersenyum sinis. Rupanya dia sudah mengetahui status sahabat saya ini. Patutlah cerita-ceritanya sedikit dewasa apabila bertemunya. Mungkin sebab berjauhan dengan isteri. Rindu katakan. Alahai.

Tags:

18 Responses to “Gadis itu suka makan ubi kentang dan buah tomato?”


  1. 1 dk January 12, 2007 at 2:28 pm

    dimanakah simboliknye ubi kentang dan buah tomato..
    ish ish…

  2. 2 rasso January 12, 2007 at 2:40 pm

    dk; simbolik menda.. bukankah dalam menda tu ada bahan-bahan kimia yang boleh merangsang tumbesaran… hahahahahha

  3. 3 al-Marbawi January 12, 2007 at 10:28 pm

    hoo.. baru aku tau khasiatnya.. ish.. buleh la suruh awek aku makan banyak-banyak ni.. hehehe..🙂

    p/s: anyway, jom xchange links..

  4. 4 rasso January 12, 2007 at 11:05 pm

    al-Marbawi; hahahaa… hanya gadis yang berada di Timur Tengah.. ker ko dok di mana?? kalo awek ko dok tempat sejuk2 mungkin sukses.. 80%…

  5. 5 iEn January 13, 2007 at 12:56 am

    ien pon suka makan ubi gark!!

  6. 6 nashrex January 13, 2007 at 7:46 am

    ien.. adakah kamu menjadi? wahahaha~

    laki xleh makan byk2.. nanti badan ‘terjadi’. haha

  7. 7 rasso January 13, 2007 at 8:09 am

    iEn; Kamu mesti mantap… lalalala

    nashrex; nakal betul kamu… hahaha
    kalo tang tu menjadi ape salahnya….
    Kalo aku yang kurus ni takpe makan banyak2… memang tak ‘terjadi’ gak..
    sungguh!

  8. 8 Azhar Ahmad January 13, 2007 at 8:14 am

    Adehlah, kenapa ubi kentang menjadi isu? Setuju dengan pendapat Rasso, kentang dapat melipatgandakan penghasilan hormon progesteron. Juga, lemak2 yang tersembunyi. Seperti saya… Siapa? Sayalah ubie!

  9. 9 mohdismail January 14, 2007 at 3:38 pm

    o ye?hermm..ada orang yang akan digalakkan makan ni..ngahaha

  10. 10 chot January 15, 2007 at 2:36 pm

    mmm aku kurang faham sebenarnya ni..

  11. 11 Fuad January 15, 2007 at 7:25 pm

    Ko ckp camtu teringat kat nenek aku. Dia suka mkn ikan keli. Datuk aku ckp makan ikan keli byk2 kulit jadik licin.. Dia cakap.. Kulit x licin pon takpa. Janji leh bangun x nyusahkan orang.. Dia lumpuh, kene strok.

    Takkan tomato ngan kentang jek. Ada orang bagitau aku betik. Hormon estrogen gak. Mana satu yang betul nih.

  12. 12 azreen January 16, 2007 at 12:37 am

    laaa…yeke? hehehe…org tak ske makan tomato and ubi!
    eiikk…

  13. 13 rasso January 16, 2007 at 1:54 am

    Azhar Ahmad; Terima kasih atas info tersebut bro.. maklumlah biologi saya tak seberapa jer… ini pun dapatan berdasarkan pragmatisme orang lain… yang terbukti ia benar..

    mohdismail; kalau kamu sudah punya tunangan.. bisa aja digalakkan… hahaha…

    Fuad; Itu saya kurang pasti… nanti saya tanyakan pada yang pakar… Betik?.. aku terfikir lain pulak! hahaha

    azreen; iya la… kamu kene makan itu umbisi.. nanti bisa cepat besar…

  14. 14 shutterspeaks January 16, 2007 at 9:37 am

    aku dengar kau sudah bertukar dari pencinta wanita ke lelaki buaya darat, boleh tahan kamu ya akakaka

  15. 15 rasso January 16, 2007 at 12:53 pm

    shutterspeaks; mana de… saya bukan ‘buaya darat’ tu….memang masih pencinta wanita…. kadang-kadang apa yang ditulis itu bukan selalunya yang benar.. gaya bahasa bahasa dan ayat yang membuatkan orang jauh berfikir… maksud saya frasa-frasa nya.. akakka.. layanzzz

  16. 16 azreen January 16, 2007 at 6:57 pm

    wakakakakakang… buaya byk mendarat skrang ni time musim2 banjir😛

    newayy, ubi mmg membesarkan bdan😀

  17. 17 anasxz January 24, 2007 at 10:30 am

    rasanya gadis2 yang balik dari timur tengah, ada juga kena mengena dengan tomato dan ubi kentang. betul murah, mudah didapati dan selalu dimakan.

    diorang sihat sebab selalu dok rumah.. tak aktif bersukan.

    tapi saya tak jadi apa2 pun makan benda2 tu.. banyak mana makan pun macam tu la jugak.. tak sihat pon.

  18. 18 rasso January 26, 2007 at 8:03 am

    anasxz; saya maksud yang lain tu besar.. ehhehehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




January 2007
M T W T F S S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: