Belajar Mantiq? Logika?

Kalau dulu, saya belajar mantiq semasa berada di pra-universiti dalam bahasa Melayu walaupun frasa-frasa dalam pengajian tersebut masih lagi mengunakan terma-terma (frasa) dalam bahasa Arab. Kali ini cukup berlainan. Semacam saya sedang belajar nahu bahasa Melayu pula.

Baru-baru ini juga semasa hari pertama kuliah tersebut, rakan seguruku bertanya akan soalan pada tuan guru. Nada soalannya semacam kurang setuju. Seolah tidak setuju metod pengajaran matapelajaran tersebut diajar dalam bahasa Melayu. Walaupun dahulu semasa mengambil matapelajaran usuluddin dan mantiq adalah salah satu matapelajaran yang perlu dipelajari dalam usuluddin, frasa-frasa dalam pengajian saya dahulu secara generalisasi adalah dalam bahasa Arab; maksud saya istilah yang diguna pakai itu sahaja.

Penyampaiannya kekal dalam bahasa Melayu.

Tapi, kali ini kami diajar lebih kepada pendekatan yang praktikal dan frasa yang digunakan adalah jarang kami didengari. Itu kata tok guru saya. Sungguh. Semacam belajar bahasa Melayu pula sebab sebelum ini dalam bahasa Arab. Itu pun oleh sebab modul yang digunakan adalah dari salah satu universiti di Indonesia. Oleh sebab itu juga frasa-frasa tertentu terpaksa kami translasi dari bahasa Indonesia ke bahasa Inggeris kemudian baru ke bahasa Melayu.

Akhirnya, rakan seguru saya akur dengan jawapan tok guru. Dan tadi semasa bertandang ke kamar rakan seguru, dia sendiri mengatakan merasa seronok belajar dengan cara itu.

Kadang-kadang yang seronok itulah yang akan mengundang duka nestapa pada dalam diri ini. Logikanya, saya masih teringat pada putri Arya yang pergi meninggalkan saya walaupun kami hanya pernah bertentang mata sekali sahaja. Dulu.

Tags:

13 Responses to “Belajar Mantiq? Logika?”


  1. 1 dk January 17, 2007 at 2:57 am

    penaklukan mantik ke?
    ermm aku teringin subject apa tu eik..
    mcm aku penah blajar ms f4 or f5…
    hheheheh..
    tp x ingat pasal apa..
    dr ko cite mcm bab2 agama ke alam semesta..
    oo aku confius..

  2. 2 chot January 17, 2007 at 4:31 pm

    impresif sunggoh blog kamu ini…salam kenal rasso..

  3. 3 Azhar Ahmad January 17, 2007 at 7:51 pm

    Adakah seperti…

    Premis 1 : Roslan berdarah panas
    Premis 2 : Katak berdarah sejuk
    Premis 3 : Ikan paus berfarah panas,

    Kesimpulan : Roslan adalah Ikan Paus dan bukannya katak…

    Macam tu ke?

  4. 4 Fuad January 17, 2007 at 9:19 pm

    Aku jugak memeliki kekonfiusan yang sama. Cara ko explain seolah2 subjek berkaiatan bahasa & kesasteraan. Bukan penakkulan mantik?

    Jika A adalah C, Jika B adalah C, Maka A adalah C.
    Tenuk adalh Cipan, Tapir adalah Cipan, Maka yang manakah paling ayu, cipan, tenuk atau tapir?

  5. 5 chubbychubba January 17, 2007 at 9:48 pm

    Penaakulan mantik satu subjek yang ruwet untuk difahamkan, bagi sayalah. Tetapi saya sendiri sudah keliru, tidak pasti samada ia ada kaitan dengan semantik bahasa. Macam mana neh.

  6. 6 azreen January 17, 2007 at 11:59 pm

    ilmu mantik ni mcm ade dlm maths jek..ermm… penin2..

    [quote comment=”8532″]Adakah seperti…

    Premis 1 : Roslan berdarah panas
    Premis 2 : Katak berdarah sejuk
    Premis 3 : Ikan paus berfarah panas,

    Kesimpulan : Roslan adalah Ikan Paus dan bukannya katak…

    Macam tu ke?[/quote]

    contoh tatahan😀 agagagagaga

  7. 7 dk January 18, 2007 at 12:37 am

    ooooooooo…
    kalo cmni maksud penaklukan mantis..
    baru aku ingat.. subject ni aku fail..
    n xkan jawab.. kekeke

  8. 8 rasso January 18, 2007 at 4:07 am

    dk; Itu kaedah… salah satu metod yang digunakan dalam ilmu Mantik..
    Sebenarnya ilmu mantik ini digunakan dalam menyebarkan dakwah Islam dalam usaha untuk mebidas hujah-hujah ahli falsafah Yunani yang mengunakan akal mereka menentang penyebaran Islam suatu tika dulu. Sebab itu ada ulama mengunakan ilmu ini untuk berhujah.

    Ini subjek Mantiq.

    chot; Salam kenal buat kamu juga…

    Azhar Ahmad; Boleh digunakan bro..
    Semacam mencari kebenaran.. sebab premis-premis tersebut mempunyai batas konotasi dan denotasi tertentu.. saya bagi contoh lain:-
    -manusia
    -manusia berkulit kuning
    -manusia berkulit kuning itu bangsa Malaysia
    -manusia berkulit kuning itu bangsa Malaysia yang berjaya
    -manusia berkulit kuning itu bangsa Malaysia yang belum berkahwin

    Justeru, tiap baris mengandungi denotasi baris berikutnya, pengertian pada setiap baris bertambah menyempitkan denotasi. Sebaliknya, setiap baris mengandungi konotasi baris sebelumnya. HUH!

    Fuad; Sebenarnya saya menulis mengenai subjek Mantik. Memang. Dalam mempelajari ilmu mantik kaedah panakulan mantik turut dipelajari… tapi tidak seperti dalam kelas matematik dulu.
    Mari bermain bahasa.

    chubbychubba; Setuju dengan pendapat itu. Subjek yang rumit untuk difahami andai tidak faham maksud yang disampaikan. Memang ada berkait rapat dengan semantik.

    azreen; itu kaedah jer ren…mantik bukan saja digunakan dalam math.. tp ahli falsafah seperti al-Kindi mempelajari dan mempelajari ilmu mantik atau Logika Yunani secara khusus dan al-Farabi mengkajinya secara lebih rinci. Tujuannya hanyalah satu iaitu menguji kaedah-kaedah mantik dalam proposisi-proposisi kehidupan kita seharian untuk membuktikan benar salahnya. Seperti contoh yang diberikan oleh bro Azhar Ahmad tu.

    dk; aku time SPM dulu math tak cemerlang! huhuhuhu

  9. 9 nashrex January 18, 2007 at 7:05 pm

    btul.. penaklukan mantik aku tau aaa.. mantik2 bahasa aku tak mengerti

  10. 10 dk January 18, 2007 at 9:29 pm

    ooooooooooooooooo…
    patut aku mcm penah tau ilmu mantik tu apa…
    ic…. xpe2.. belajar baik2..

  11. 11 mohdismail January 19, 2007 at 12:54 pm

    hadoi…tak boleh pergi dalam2..kepala saket…saket…

  12. 12 drusoft January 21, 2007 at 12:52 am

    Satu perubahan perlukan masa.
    Mantik? Oh my…

  13. 13 anasxz January 24, 2007 at 10:04 am

    roomate aku ada menyebut tentang mantik. aku turut pening. tetapi mantiq ini adalah ilmu logika. apa sahaja ada logiknya. logik menggunakan akal. kata-kata yang tak betul boleh dikatakan tidak logik.

    anda memang boleh menerima bahawa sesuatu itu adalah logik dan sesuatu itu tidak logik. tafsiran logik hanya pada akal. jika bukan pada akal bermakna ia tidak logik.

    kita melihat sebuah kereta bergerak. secara logiknya mesti ada seseorang yang memandu. logikkan?

    pergerakan alam ini siapa yang control? mesti ada pengontrolnya. siapa yang control, Allah swt yang control. sbb apa kita kata Allah yang control, sebab tiada sebarang benda yang dapat control. logikkan?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




January 2007
M T W T F S S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: