Tuan Kontilanak yang Feminisme dan Lesbianisme

 

Semalam saya dan Putri Arya pergi ke Tebrau City untuk berjumpa dengan kontilanak. Saya berkesempatan berjumpa dengan Sam dan juga Agong. Kali ini saya pergi bersama dengan putri kesayangan saya. He.Di dalam perjalanan ke sana. Saya sempat mengusik Arya dengan menakut-nakutkannya. Tapi semasa menonton filem tersebut di pawagam di Jusco Tebrau City tu perkara sebaliknya pula yang berlaku. Saya pula yang terusik. Damn! Saya tidak suka genra seperti ini. Tambahan lagi bila menonton bersama seorang gadis. Seolah saya ini penakut. Tapi itu sebenarnya tindakan refleksi otak saya. Bukan bermaksud saya ni seorang penakut.

Pertama sekali, filem ini punya unsur yang seram. Filem Indonesia. Telah mendapat kelulusan untuk ditayangkan di Malaysia setelah dilulus oleh Lembaga Sensor Negara di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Itu yang saya nampak sebelum tayangan wayang itu bermula.

Apa yang saya dapat setelah menonton filem tersebut;

Perempuan cantik yang menjadi aktor itu sememangnya cantik. Punya daya penarik yang kuat untuk saya yang mudah menjiwai suatu cerita ini untuk terus kekal menatap skrin layar. Punya rumah tumpangan yang cantik dan mengoda saya, cewek-cewek yang menjadi aktor juga memang cun-melecun belaka, pokok besar dengan kubur-kubur orang yang telah mati memberikan efek pada pokok besar itu. Seram.

Terdapat unsur klise dalam filem ini, maksud saya filem ini masih mampu untuk memberi keseraman yang mengujakan kepada saya tatkala menontonnya hingga tidak selesa duduk di kerusi panggung itu. Kerusi panggung boleh jadi tidak panas kerana punggung sentiasa beralih. Sungguh saya tidak tipu!

Dasar pokok filem ini adalah perempuan, kuasa dan emansipasi atau kebebasan seorang perempuan. Sungguh perempuan itu memang cantik. Mata pasti tidak beralih dari layar bila mana ia berada di tempat tertentu. Pastikan kalian menonton. Baru kamu tahu apa maksud saya. Selain, seorang gadis yang mencari kebebasan. Meninggalkan keluarga dan tinggal di tempat asing.

Kuasa feminisme dan lesbianisme turut ditunjukkan dalam filem genra jenis ini. Itu sudah pasti. Kalian sememangnya cukup lazim dengan cerita jenis ini berbanding saya. Apa yang digambarkan dalam kontilanak ini bila mana rumah itu punya cermin yang ganjil. Cermin untuk kontilanak keluar. Kalau kalian perasan, Sam dalam filem tersebut selepas beliau menyanyikan dikir kala separuh sedar yang bertujuan untuk memanggil kontilanak keluar dari cermin tersebut. Sebelum itu dia pasti akan memuntahkan akan ulat-ulat yang masih hidup daripada mulutnya. Ini menunjukkan bayangan simpton beliau hamil, dan cermin tersebut dibayangkan keluar masuk kontilanak dari vagina ibu. Jadinya, tusukkan mani sudah tidak perlu. Kalau kalian perasan. Perempuan lebih berkuasa.

Sebenarnya ini merupakan pengalaman pertama saya menonton filem genra seram tahap banget di pawagam. Mungkin ini yang terakhir kali. Sebab otak saya terlalu menghayati sesebuah tayangan yang ditayang pada skrin yang besar.
Tags: , , , , , , , , , , ,

<blink>IKLANEKA!</blink>

Tempahan blook JAKUN-Ini bukan panduan penyembelihan sudah dibuka pada khalayak blogger seantero dunia. Andai ada yang berminat untuk menjadikan blook JAKUN sebagai koleksi peribadi bolehlah mula membuat tempahan dari sekarang. Sila klik banner di atas untuk maklumat selanjutnya.

18 Responses to “Tuan Kontilanak yang Feminisme dan Lesbianisme”


  1. 1 shutterspeaks January 26, 2007 at 10:22 am

    tags kamu banyak sekali😀

    aku harus akui, semakin sukar mengikuti bahasa2 kau yg semakin meninggi, lantas meninggalkan aku menggaruk2 kepala sekali-sekala, cuba untuk memahami.

  2. 2 Fuad January 26, 2007 at 7:57 pm

    Sungguh kamu memikir sampai begituan. Aduh2.. X rugi kalo nk blanje ko tgk wayang.. Mendapat jis2 cerita sehingga ke titisan terakhir. Kesimpulan dia, apa walk away message cite tu chief?

  3. 3 azreen January 27, 2007 at 12:32 am

    ermm…arya tu abg ijato kah?
    huhuhu..org2 kata citer ni best..
    tapi malas laa lagi😀
    (nak tnggu ghost rider)

  4. 4 rasso January 27, 2007 at 1:33 am

    shutterspeaks; ya memang banyak… uhuhu
    Garu lah kepala supaya cepat faham… ehehehe

    Fuad; uhuhu… hanya terfikir.. maksudnya terbayang!
    ko nak belanja ako? boleh jer… kesimpulan? ermmm… kamu kene tonton dulu!

    azreen; arya bukan ijato san!
    gadis yang masih purify dalam minda rasso san!
    memang best… tapi saya tidak suka genra macam ini…
    nak ikut nonton ghost rider… lalallala

  5. 5 ~inilah saya~ January 27, 2007 at 11:25 pm

    Salam,

    Saya rasa saya patut menonton cerita ini.

  6. 6 azreen January 27, 2007 at 11:53 pm

    ermm..bulan 2 if not mistaken. jommmmm….!!!~

  7. 7 al-Marbawi January 28, 2007 at 1:46 am

    best bangat?? hm.. nak kena tengok nih.. tapi fulus n bajet lari la.. huhu..

  8. 8 ND January 28, 2007 at 7:31 pm

    Betul punya best ke cerita Kuntilanak ni?..Nak tgk jugak la nanti…akan ku tonton!

  9. 9 mrkm January 29, 2007 at 12:13 am

    Sungguh menarik tesis filem Kuntilanak kamu sampai ku pusing mikirkan nya. Asyiikkkk!🙂

  10. 10 rasso January 29, 2007 at 1:29 am

    ~inilah saya~; Memang patut tonton! ehehe

    azreen; okey… set!

    al-Marbawi; uhuhu… bagi aku best… ala ko simpan wet cari yang pirate jer… Jimat kos.. ehehe.. (saya bukan mengalakkan)

    ND; Bagi gwe filem ini best banget.. sbb 1st time tonton filem genra sebegitu di pawagam…. Jemput tonton!

    mrkm; apa yang kamu pusing?? hahahaa…. gwe pun asyik!

  11. 11 Azhar Ahmad January 29, 2007 at 8:16 am

    Waduh2 nggak serem dong….

  12. 12 saharil January 29, 2007 at 12:16 pm

    amboi! pandai pulak mengistilahkan cara seksual. layaklah meminta sijil sertifikasi dari freud, haha.. tetapi cerita2 seram memang azali seksual – lihat hollywood, genre horror penuh dengan seks dan payu dara. haha.

    anyway [mode cikgu bahasa] sepatutnya feminis dan lesbianis sahaja, menambah isme bukan menunjukkan kata sifat [habis mode cikgu bahasa].

  13. 13 rasso January 29, 2007 at 4:10 pm

    Azhar Ahmad; bagi kamu memang… tapi gwe nggak tahan dong!

    saharil; ehehehe
    saya tidak suka nonton yg seram2 gitu.. nak tngk buah yang mekar mungkin nak.. ehehe

    owh… saya kene ngaji lagi…
    terlalu banyak frasa yang memeningkan kala ini…

  14. 14 drusoft January 30, 2007 at 7:30 am

    Seram benar kah?
    Hmm.. Terfikir untuk menonton atau download saja.
    Pastinya takda sapa yg mau ikut menonton sama..

  15. 15 Bukunota January 31, 2007 at 9:39 am

    aku malas nak tengok filem hantu melayu & indonesia. hantu2 kita semuanya histeria2. hak hak hak

  16. 16 cikgu azleen January 31, 2007 at 10:52 pm

    wahh.. btul seram ni.. nak kene tengok jugak ni.. besok boleh kot.. takpun sabtu.. kene booking ticket dulu..

  17. 17 anasxz February 7, 2007 at 6:20 am

    tinggi gak bahasa ko lan. aku kurang faham. cuma pointnya cerita seram lakonan perempuan.cukup kan pemahaman saya tu?

    jalan balik dari kontilanak banjir ka?

  18. 18 rasso February 7, 2007 at 7:51 pm

    drusoft; seram.. kalo ko punya operandi untuk donlot lepas pantas lebih baik ko muat turun saja akan ia…

    Bukunota; setuju.. tp hantu indon lain sikit.. ekekeke

    Cikgu Azleen; hahahha

    Anasxz; uhuhuhu… hampir tepat.. tp point sebenar ngenai aktor perempuan yg belakon itu chantek.. sy sangat teruja melihat mereka… maklumlah…

    itu gambo masa sy buat liputan ke kawasan banjir di Batu Pahat. member yg shot gune kamera dia…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




January 2007
M T W T F S S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: