Kunjungan ke Gereja St Vincent de Paul

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/169/394904825_7df8d3689d.jpg”></center&gt;
Untuk kelas Muqaranah al-Adyan (perbandingan agama) kami diminta untuk keluar membuat kajian lapangan mengikut tajuk yang telah diundi. Kumpulan kami kena membuat kajian untuk agama Kristian Katolik.

Malam tadi, kawan saya menghantar pesanan ringkas ke dalam telefon genggam saya; Salam! Jom ke gereja jumpa paderi esok. Malam ini datang ke bilik ana. Saya jeda membaca pesanan ringkas itu. Lantas, saya membalas; Wasalam! Ok! Kamu yakin ker nak ke sana esok? Ana dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Skudai lani. Esok saja kita bertemu.

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/152/394904081_8f1632485f.jpg”></center&gt;
Setelah itu saya tidak usai memikirkan perihal itu. Terasa berdebar dan kusut. Entah. Saya tidak tahu mengapa. Lagipun saya tidak bersedia apa-apa lagi untuk perjumpaan tersebut.

Memandangkan hari ini hari Ahad, memang sesuai untuk ke sana (gereja). Saya dan kawan saya pergi menaiki motosikalnya. Alahai!

Gereja di tempat kawasan berdekatan dengan kampus kami tutup pada hari ini sebab tahun baru Cina agaknya. Kawan saya terus memberikan pilihan kedua untuk pergi ke gereja di bandar Johor. Saya hanya mengiyakan. Kami bergerak lagi.

Di dalam gereja itu penuh sesak di dalamnya. Di luar juga sama. Saya dengan selambanya masuk ke dalam meninggalkan teman saya itu pabila sampai ke pintu gereja. Sambil mengambil beberapa gambar untuk acara yang sedang berlangsung di dalam. <s>(Sambil mata liar memerhati amoi-amoi yang cun. Cewah!)</s>

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/187/394925668_cb03a49124.jpg”></center&gt;
Memandangkan hari ini adalah tahun baru cina, selesai acara ang pow dan buah limau diberikan pada pengunjung gereja. Malah saya juga diberi tapi saya menolak. Mereka sangkakan saya seorang cina yang kristian. Saya akui. Mata saya memang sepet.

Kami akhirnya berjaya berjumpa dengan Father Michael setelah bertanya pada sister atau rahib perempuan. Selasa ini kami kena datang semula ke sana untuk temujanji dengan beliau untuk mendapatkan maklumat sebagai responden kajian kumpulan kami.

Risau sungguh nak ke sana lagi. Mungkin saya tidak pergi kali ini.
Tags: , , , , , ,

8 Responses to “Kunjungan ke Gereja St Vincent de Paul”


  1. 1 mohdismail February 19, 2007 at 2:11 pm

    apa rasa ye masuk ke gereja?
    aku…
    dulu pergi sekolah..
    naik beskal..
    mesti lalu depan kuil hindu…
    aku akan pening pala tiap kali…
    entah..
    hu

  2. 2 orched February 19, 2007 at 2:33 pm

    ke gereja?? Gerun saya membaca nya..
    Melalui gereja suhdah cukup menaikkan bulu roma saya…Bukan apa, kerana saya melihat patung2 father dan mother mereka..Tah la..mmg pelik..Cubalah lalu di gereja apa tah namanya di seremban..terletak betul2 di tgh bandar..Besar…Tapi sy tak suka jalan disitu..huhu..

  3. 3 nashrex February 19, 2007 at 4:23 pm

    korang borak apa ngan father smua tu?
    citer laa lebey lanjut..

  4. 4 cikgu February 19, 2007 at 6:34 pm

    Pernah masuk ke Norte Dame, gereja famous di dunia ,di Paris. Gelap gulita, kecuali sedikit cahaya berwarna dari kaca tingkap yang berwarna,tak nampak apa sangat…..kecuali binaan luaran gereja yang ‘mengkagumkan’…
    Being a Sarawakian, we are used to have church around…..kan?
    Do what u have to do, and do it properly….n continue on with your life….

  5. 5 rasso February 19, 2007 at 8:00 pm

    mohdismail; bagi saya macam biasa saja…
    di tempat saya, maksud saya di Limbang Sarawak tidak ada kuil hindu..
    makanya, saya tidak punya pragmatisme perihal kehinduan…

    orched; Apa yang kamu nak gerunkan…
    tempat-tempat itu sama seperti bangunan-bangunan yang lain. Mungkin kamu tidak pernah masuk ke perkarangannya membuatkan kamu perasaan semacam.. justeru.. silalah buat lawatan sosial kamu ke sana…

    nashrex; kitorang jumpe semata hendak mengatur temujanji dengan father tu.. memandangkan masa itu dia punya rencana lain…esok baru punya rencana mau berbincang dengannya… perihal sejarah dan teologi mungkin… tengoklah…

    cikgu; ada gambo ker cikgu leh share! ehehehe
    I agree with you… being Sarawakian helped me a lot… lot of people inside the church think i’m chinise…. hahahha… if i can speak mandarin.. huh!


    Nie ker yg cikgu maksudkn…. ehehe

  6. 6 chamito February 19, 2007 at 11:52 pm

    Harap aktiviti perbandingan agama ini bakal membuahkan sesuatu yg cukup menambah ilmu kita semua. Tak sabar rasanya nak dgr cerita panas dari Rasso…=)

  7. 7 anasxz February 20, 2007 at 12:51 am

    penah masuk gereja.. memang takut…

    saya skang duduk dekat ngan gereja.. kalau tengok ke tingkap pasti akan nampak gereja.. gereja tu lak terbesar di benua afrika katanya…

    cadang nak try masuk gak gereja tu.. nak tau apa ada..

    bagus2 lan.. kita orang Islam kena tau cara2 diorang bukan Islam, diorang pun tau tentang kita..

  8. 8 cikgu February 20, 2007 at 3:09 pm

    Yep…masa tu lampu-lampu di tiang tak banyak dinyalakan….Agaknya nak buat confession lebih selesa kot…org x nampak…
    U Chinese?…ada la sikit, blajar le mandarin pulak…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: