Si Gadis itu Rela Mengisap

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/185/391044386_18ac671c8b.jpg”></center&gt;
Kejadian ini berlaku di Universiti Selatan Tanah air. Petang itu sekejap hujan, sekejap tidak. Beberapa rakan saya di komuniti digital wilayah selatan telah merencanakan aktiviti ilmiah demi menyahut cabaran untuk membuat poster Comersial Product Shot DSLR.

Kami mula dengan aktiviti menembak produk yang hendak dijadikan poster. Kali ini produk tersebut diambil secara outdoor. Tepi tasik berdekatan dengan pejabat pengawal Universiti Selatan. Kalau tak silap pukul 6 petang kami mulakan aktiviti tersebut secepat yang mungkin. Maklumlah, aktiviti tersebut bukan dibuat pada hujung minggu. Ada kekangan masa sedikit.

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/187/391044464_b491169819.jpg”></center&gt;
Untuk menampakkan produk itu tampak ganas kami perlu mengunakan kreativiti kami. Selain kompossi semasa mengambil gambar, efek-efek perlu juga dimasukkan bersama dengan produk selain teknik pencahayaan (lighting) dan teknikal dalam bermain CLS (cretive lighting system).

Daripada semua yang hadir, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan kami ada seorang gadis. Justeru, untuk menghasilkan efek tersebut kami perlu menghasilkan asap untuk ditiupkan pada produk. Mengikut perancangan.

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/134/391127635_6855ab845f.jpg”></center&gt;
Usaha untuk menghasilkan asap jadi buntu. Apabila asap daripada lingkaran nyamuk tidak mencukupi. Lantas, kotak rokok Dunhill keluar dari poket seluar ketua kumpulan yang pastinya dia seorang yang bukan perokok. Hendak membuka kotak rokok itu pun dah mengambil masa. Mungkin tidak seorang pun dari 6 orang termasuk seorang gadis itu bukan perokok.

Setelah berhasil membuka, masalah paling besar melanda pula. Semua dalam kumpulan tidak mahu menghisap rokok tersebut. Saya sendiri menolak sekeras-kerasnya. Akhirnya, si gadis merelakan dirinya untuk menghisap rokok tersebut. Saya jeda dengan episod tersebut. Lantas membantunya memetik api pada batang rokok. Alahai!

Sebenarnya, hati ini teringin juga nak menghisap batang rokok itu. Tapi emak tak kasi.

Tags: , , , , ,

16 Responses to “Si Gadis itu Rela Mengisap”


  1. 1 chamito February 19, 2007 at 11:50 pm

    Situasi yang mungkin tak lama lagi akan jadi kebiasaan.. Agaknya si gadis tidak ingin hipokrit terutamanya pada saat yang dirasakan sgt2 diperlukan. Cuma kita tak mungkin menyangkakan perelanya adalah perempuan! Namun bukan bererti kita semua menghalalkan atau setuju dengannya, tak gitu? Pernah berlaku sewaktu patik berkunjung ke klcc, sewaktu sedang berehat2 di luar klcc, terserempak dgn sekumpulan pekerja keluar dari klcc yg semua nya perempuan. Alangkah terkejutnya apabila melihatkan masing2 keluarkan rokok sorang satu lantas menghisapnya tanpa segan silu! Termaksuk pekerja yang seakan sebaya ibuku sendirik!! Erk…!

  2. 2 orched February 19, 2007 at 11:51 pm

    ish…
    jgn isap rokok…tak elok…
    sbb tu mak tak bagi..hehe

  3. 3 novatech February 19, 2007 at 11:57 pm

    alahai.. kesian gadis itu..
    ape la anda2 semua, isap je la..tapi jgn dalam2 haha!
    tak pun bakar je rokok tu sekali ngan kotak..sure berkepul2 asap

  4. 4 mohdismail February 20, 2007 at 12:29 am

    uhuu…
    kesian pulak bila dikenang..
    tapi tu la..
    keadaan da memaksa bukan?

  5. 5 anasxz February 20, 2007 at 12:39 am

    Terpengaruh dengan apa? Apa Sebab terkuat untuk kita katakan gadis-gadis kini sudah berani menghisap rokok?

    Bagi aku pengaruh media..

  6. 6 rasso February 20, 2007 at 12:49 am


    Kawan-kawan, ni adalah final poster hasil dari asap rokok tadi..
    ekekeke

  7. 7 rasso February 20, 2007 at 6:57 am

    chamito; masing-masing punya pengalaman sendiri. dia bukan perokok sebenarnya… dia membantu pembelajaran kami demi menghasilkan yang terbaik… walaupun kami tahu dia tidak tahu macam mana menghisap rokok dengan cara yang betul… ehehehe

    orched; Baek! Saya memang tak isap rokok… Belia menci ROKOK! Cewah!

    novatech; kalo bakar kotak rokok tu mesti kami tak boleh bermain efek-efek asap.. sebab tak de seorang pun nanti yang mahu pegang… last2 nanti pak guard datang…”Kamu buat pembakaran terbuka ni!” Percuma ako kene saman… ahahhaa

    mohdismail; yup memang memaksa dan terdesak… saya tidak rela paru-paru saya dicabul dan dinodai.. ehehehe

    anasxz; Media di Mesia sudah tidak lagi menayangkan iklan-iklan rokok.. iklan TAK NAK ada lah.. tp saya sedikit setuju, media memainkan peranan juga dalam menyebarkan habit tidak sihat ini.

  8. 8 Tok Rimau February 20, 2007 at 1:49 pm

    Lain kali ambil gambar asap exzos motor je la.

  9. 9 cikgu February 20, 2007 at 3:04 pm

    Ugh! Its disgusting! I agree wth Tok Rimau…..

  10. 10 dk February 20, 2007 at 5:01 pm

    macho gile awek tu..
    bekorban demi kawan2…..
    idupla awek tu demi kawan2…

  11. 11 nashrex February 20, 2007 at 6:39 pm

    dulu masa aku dip.. 90% bukan perokok..
    tp biler aku sambung degree… 90% perokok..
    dan aku menjadi sedih.
    karena aku menghisap racun2 mereka secara tpaksa..
    redha je laaa…

    btw cun laaa poster itu!

  12. 12 novatech February 21, 2007 at 1:01 am

    oOooO.. macam ni poster …. ingatkan poster macam zaman kanak2 tu.. poster anti dadah hehe :p nampaknya akunye poster kena wat balik.. -_-”

    nak tanya.. print poster size A3 berapa juta rupiah perlu diperuntukkan dan dimana?

  13. 13 rasso February 21, 2007 at 1:14 am

    Tok Rimau; hari tu motor tak leh bawa tepi tasik tu.. akakaka
    kalo leh bisa aja tok…

    cikgu; alahai cikgu….

    dk; hahaha…. ako paham.. kata Linda Onn dlm radio era.. “Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!” ehehehe

    nashrex; ko jd mcm tu mungkin sbb ko tertekan buat degree ko tu.. dr tak kuat jd kuat.. hahaha… nasib ako tak terjerumus lagi ke lembah berasap tu.. wkakakka

    novatech; uhuhuhu.. nie product nye poster.. kire mcm tu la hasilnye.. ekekeke
    ermmm….
    A3 = RM10
    A2 = RM20
    I Print satu baris ngan rainbow…. kau tahu?

  14. 14 novatech February 21, 2007 at 10:14 am

    pergh.. -_-” kemahalan…
    oooh, rainbow kedai alat tulis tu.. thx

  15. 15 chot February 22, 2007 at 1:47 pm

    dasyat2…aku hampir tertipu dgn tajuk entry ko ni…hehe

  16. 16 rasso February 22, 2007 at 7:58 pm

    [quote comment=”12995″]dasyat2…aku hampir tertipu dgn tajuk entry ko ni…hehe[/quote]

    hahaha
    ako faham ikuiri ko sebenar..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: