Buah Epal Jambu itu Sedap

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/174/391691176_cf9ea1445e.jpg”></center&gt;
Di tanah Tinggi Cameron Highlands kalau saya tidak silap di Rose Centre sekitar jam 6.22 pm buat pertama kalinya saya merasa buah-buahan yang belum pernah dirasa di lain-lain tempat; selain strawberi, yang pertama kalinya saya memakannya semasa saya berada di tahun satu di Universiti Selatan. Dulu. Itupun ketika salah seorang kawan saya kembali dari Cameron Highlands setelah mengadakan gathering kelas mereka semasa dia di pra-U bersama rakan-rakannya.

Ketika itu, tanggapan saya setelah merasa buah tersebut sememangnya tidak sedap. Sungguh. Tapi hakikatnya bila saya sendiri berada di sini maksud saya di tanah tinggi ini baru saya tahu yang mana benar dan palsu. Dulu lain. Sekarang lain. Saya juga lain tidak seperti dulu lagi.

Tapi kali ini bukan strawberi, bila seorang gadis yang menjadi juru jual itu menyuruh saya merasa buah epal jambu itu. Saya sedikit teruja dengan keenakkan buah epal jambu yang berwarna hijau muda itu. Juru jual itu sendiri memotong buah itu untuk saya. Huh. Cuba kamu bayangkan buah epal jambu itu dicecah dengan asam boi. Seperti cecah jambu batu dengan asam boi. Alahai.

Kepala saya semakin buntu sekarang. Aduh. Maklumlah cuti dah habis.

Tags: , , , ,

18 Responses to “Buah Epal Jambu itu Sedap”


  1. 1 dk February 21, 2007 at 12:54 am

    buah epal jambu tu buah apa?
    bentuk jambu rasa epal ke?
    bentuk epal rasa jambu?

  2. 2 orched February 21, 2007 at 12:56 am

    buah epal jambu? benda yg baru…
    nah, kini sy cuba bayangkan buah epal jambu di cicah dgn asam boi…

    Mmm..mmg sedap…
    huhu..teringin mencobanya…

  3. 3 chubbychubba February 21, 2007 at 5:14 am

    wujud varieti buah jambu epal?
    epal jambu versus jambu epal.
    ai, bioteknologi skrg sudah boleh buat macam-macam.

  4. 4 rasso February 21, 2007 at 7:10 am

    dk; tak silap kata penduduk tempatan itu merupakan buah tempatan….
    luaran macam epal tapi buahnya besar dan rasanya macam jambu…
    kalau ko dah pylang ke Malaysia marilah kita ke Cameron Highlands bersama-sama… jangan lupa bawa asam boi!

    orched; rasanya bukan baru.. bagi saya saja baru.. di tanah tinggi buah itu sangat popular…

    dahsyat sungguh kamu membayangkan.. membuatkan saya teruje je…

    chubbychubba; hahahaha…
    tul kata hang bro…
    walhasil… siapa sangka akan datang ada buah lain yang bisa dicantum lagi…

  5. 5 gempaq February 21, 2007 at 11:03 am

    epal jambu… meriah bunyinye… pastinya best… 1st time dengar ni… cam strawberry tu… tak tau kenapa… waktu kat atas rasanya manis… tapi bila dah bawa pulang terus jadik masam… rasanya kerana perubahan cuaca kot…

    boleh tak kita buat link exchange…. btw saya dah add blog awak kat blog saya…

  6. 6 chamito February 21, 2007 at 12:15 pm

    Padaku buah epal jambu tu tetap tak sedap! hua hua…=P
    Dah hakikatnya daku tak suka tomato!

  7. 7 rasso February 21, 2007 at 12:39 pm

    gempaq; saya dah add saudara.. terima kasih

    chamito; apa plak kene mengene ngan tomato?
    kamu fikir lain ker?
    har har har!

  8. 9 Baru balik dr cameron February 22, 2007 at 11:29 am

    sebenarnya kewujudan jambu epal tu pembohongan semata2. Saya baru balik dr cameron dan betul2 jatuh hati dgn keenakan jambu epal tsbt. jadi saya beli banyak2. masa rasa kat sana bukan main lagi sedap, tapi bila bawa balik, sedikit demi sedikit warnanya berubah.. baunya masam macam jeruk. pakcik saya pegawai pertanian di UPM, bila pakcik saya tengok buat tu, dia kata confirm, kita semua dah kena tipu. sebenarnya jambu epal ni adalah jambu batu biasa yg telah dibuang kulitnya, supaya bulat cantik dan telah dijeruk dgn perasa epal, menyebabkan rasanya seakan epal dan warnanya hijau cantik.. tapi bila bawa balik, sehari dua warnanya berubah ke arah hijau perwarna, dan baunya jadi agak masam macam jeruk.
    Jadi kita semua, rupa2nya telah tertipu oleh peniaga cina cameron. Jambu batu yg harganya lebih kurang seringgit tu, diubah rupanya dan dijeruk dan dijual dgn harga rm5 sebiji. Mereka akan kaya dgn sekelip mata dgn hasil jualan jambu epal ini. Jadi hati-hatilah mereka yg akan ke cameron, jgn tertipu lg.

  9. 10 rasso February 22, 2007 at 12:09 pm

    Ermmm…

    Nie suatu yang menarik…
    tpkan… mengapa buahnya besar dan bujur…
    takkan lah jambu batu biasa macam tu kan…

    apa pun thanks for the info…

  10. 11 Baru balik dr cameron February 22, 2007 at 2:48 pm

    kan, jambu biasa memang bulat bujur sikit.. cuma kulitnya agak menggerutu… jambu epal kulitnya bulat bujur licin, sebab kulit yg menggerutu tu telah dibuang…

  11. 12 rasso February 22, 2007 at 6:21 pm

    [quote comment=”12999″]kan, jambu biasa memang bulat bujur sikit.. cuma kulitnya agak menggerutu… jambu epal kulitnya bulat bujur licin, sebab kulit yg menggerutu tu telah dibuang…[/quote]

    uhuhu.. td sy membuat sedikit pembacaan dan pertanyaan pada mereka yang duduk di sana… memang betul apa yang digambarkan oleh saudara…
    sebenarnya yang menjual buah tersebut tidak tahu apa nama sebenar buah tersebut. Mungkin masa saya membeli hari itu yang menjualnya adalah cewek2 indon yang berkerja dengan tauke cina.

    Daripada maklumat yang saya perolehi nama sebenar buah tersebut adalah “HONEY PEAR” dan ia bukanlah buah tempatan dan merupakan buah yang diimport. Itu kata salah seorang pegawai mardi di stesyen tanah tinggi…
    harap tidak timbul kecelaruan mengatakan buah tersebut buah yang telah dikupas kulit..😀

  12. 13 Baru balik dr cameron February 23, 2007 at 9:41 am

    jadi, maksud awak buah tersebut memang asalnya begitu yg diimport dr luar? saya macam tak percaya. dari pemerhatian saya selama 3 hari dan pengalaman saya daripada merasa drp penjual, membeli, membawa balik dan memakannya selepas 3 hari dibeli, saya tetap berpendapat bahawa buah tersebut adalah buah jambu biasa yg telah dikupas kulitnya dan direndam/jeruk dgn pewarna perasa tertentu.

    melainkan jika buah yg dibeli oleh anda dan saya adalah buah yg berbeza, mungkin yg anda beli buah original honey pear, tetapi yg saya beli adalah palsu.

  13. 14 fysal February 23, 2007 at 9:12 pm

    tapi sayangnya epal itu tidak tahan lama, bila aku bawa turun ke bidor..epal itu akan menjadi masam dan berlendir,,tapi bila di bekukan semula..barulah sedpa dan manis isinya..cantik gambar dalam ni..guna kamera model apa??

  14. 15 rasso February 24, 2007 at 12:11 am

    Uhuhu…
    Saudara yang baru balik; sebenarnya buah tersebut tidak dikupas kulitnya dan sememangnya buah honey pear juga… cuma, buah tersebut direndam dengan air gula. Sebab itu bila saudara bawa turun dari tanah tinggi akan terasa lekat pada kulit buah tersebut. Persis saudara membeli buah yang dibungkus dengan plastik kan… dan cuma apabila di tanah tinggi sememangnya buah tersebut tidak tidak mengalami perubahan.. saudara sendiri maklum bahawa buah2 dari tanah tinggi kalaulah di bawa ke tanah rendah akan menjadi masam.. sama kesnya pada buah strawberi… dan saya pasti buah yang kita beli adalah sama….

    fysal; memang.. buah-buahan dari tanah tinggi atau sejuk sememangnya tidak sesuai di bawah ke tanah rendah.. cepat berlaku tindakbalas kimia.. gune kamera biasa2 je.. nikon d50..

  15. 16 Baru balik dr cameron February 27, 2007 at 9:34 am

    maklumat ttg kulit tu tlh dibuang tu sebenarnya diberitahu oleh tauke/jurujual itu sendiri, bila adik saya tanya, kulit dia mmg cam ni? dia ckp, tak, kulitnya dah dibuang. so adik saya tanya, kulit dia macamana (rupa)? dia jwb: oo, sypun tak tau sebab dia dtg mmg mcm ni?

    kalau betul nama buah tersebut honey pear, kenapa semua jurujual kt cameron tu sepakat memanggilnya dgn nama baru “jambu epal”? bukankah nama honey pear lg standard?

    cuma persoalannya, kenapa perlu direndam dgn air gula???? setakat ni, mana ada buah fresh (dlm dunis ni) yg kalau semmgnya rasanya sedap, perlu direndam gula ???? soalan kedua, kenapa warna hijau cantik (mcm dlm gambar tu) semakin hari semakin pudar warnanya mjadikan buah tu semakin putih mcm jambu biasa???? mcm strawberri pun kalau dibawa turun, warnanya tak semakin menurunpun… tetap merah, cuma benyek je..

    bagi saya, namanya “jambu epal” sbb ia sebenarnya sememangnya jambu yg hanya dijeruk/rendam dgn perasa epal manis.

  16. 17 Muhandis March 2, 2007 at 11:27 am

    Wat info sume…jambu epal tak wujud…..
    yg beli dah kene jual……kene tipu dlm erti sebenar……
    kahkahkahkahkah……

    Jambu batu di sira dgn air gula perisa dan pewarna cam epal…..sbb tulah manis dan rase epall……
    mana diorang jual dgn kulit buah tu sebenarnya….kalu tanyer pun dorang kata tak tahu……wahwahwah….menipu lagi….

  17. 18 penjual jambu epal March 1, 2010 at 9:17 am

    bebaru ni baru balik dari cameron… mmg betul tu semua tipu… mana ad jambu epal….tengok betul2 la….kang dapat penyakit baru tau sebab berlebihan pewarna tiruan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




February 2007
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: