Berdebar di Khalayak

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/139/366941811_9f22ec1d74.jpg”></center&gt;
Saya ditujah dengan persoalan bila duduk di kamar seminar di tempat saya melangsungkan pengajian saya dengan kertas kerja itu. Hati saya berdegup kencang bila mana khalayak <s>gadis</s> keliling memandang ke arah saya. Memandang saya pergi mendapatkan microfon.

Dup! Dup! Dup! Dup!…

Encik yang membentang kertas kerja, err………. errr….
Saya sedikit tidak setuju…., err…….. err…..
Encik seperti tidak setuju dengan aliran tersebut…, err…. errr…
Faham saya perihal isme…, err…., err…. begini begitu…

Memandang pembentang sambil rasa gemuruh. Jeda sebentar untuk meneruskan pertanyaan. Nasib soalan draf ada diconteng di belakang kertas kerja.

Saya ada membaca dalam beberapa tulisan di akhbar muktahir ini….
Mereka cuba mengetengahkan semula …, errr… err…
Boleh encik rincikan maksud encik….
Terima kasih.

Terus ke tempat duduk. Dup! Dup!, Dup! Dup! Ianya berdetak dengan lebih pantas. Persoalan saya dijawab seperti saya dihentam semula selepas itu; Terduduk. Alahai!

Intrepetasi setiap orang sangat-sangat berbeza. Mereka punya faham tertentu. Ada kawan saya kata, kau ni liberal la. Seorang yang liberal. Mana ada. Saya. Liberal kah aku?

Tags: , , , , , ,

14 Responses to “Berdebar di Khalayak”


  1. 1 mohdismail March 11, 2007 at 10:21 am

    liberal..itu apa?
    selalu dengar..faham’nya tidak..
    ha ha..
    sebab yang selalu pakai perkataan ni orang orang politik belaka..
    aku tidak suka politik…
    πŸ˜›

  2. 2 Tok Ketua March 11, 2007 at 10:22 am

    Berdebar?? Besalah tu. Kalau tak berdebar bukan manusia namanya. Lagikan pulak ada mata-mata gadis yang memandang erk… Hehehehe

  3. 3 rasso March 11, 2007 at 11:01 am

    mohdismail; liberal utk orang… liberalisme utk faham.. idealogi…
    orang bukan politik pun boleh.. kamu pernah dengar islam liberal? di Mesia ramai…

    Tok Ketam; ia… bila mata memandang…. di khalayak gadis yang lebih 3/4 orang iteww… mesti la berdebar banget…
    mata itu boleh jadi pisau yang tajam… πŸ˜›

  4. 4 ac970818 March 11, 2007 at 11:34 am

    aku pula x faham apa itu isme. Tag kamu pula, ada kaitan dengan PMI dan Akidah ya.

    knp berdebar ya, kamu bukankah pencinta wanita hehehe

  5. 5 azreen March 11, 2007 at 11:58 am

    byk kena lalui utk atasi debaran hati….aiyarkk!

  6. 6 dk March 11, 2007 at 1:36 pm

    tu aa lain kali spot soalan2 akan kuar…
    ready awal sikit.. hehe.. baru jwb dgn lancar hehe..

  7. 7 Azhar Ahmad March 11, 2007 at 1:44 pm

    Apapun, yang penting kamu berusaha….

  8. 8 rasso March 12, 2007 at 7:14 am

    ac970818; isme itu membawa maksud idealogi… sebagai contoh liberalisme, feminisme, patrotisme dll… isme timbul akibat sekularisme ibu kepada segala-gala isme di dunia ini. Dan contoh yang saya sebutkan tadi merupakan salah satu anak-anak kepada sekularisme….

    PMI dan akidah.. erm.. sebenarnya seminar tersebut dianjurkan oleh PMI. πŸ˜€
    Saya jadi berdebar bila wanita memandang saya… kalo saya memandang mereka tidak pulak berdebar… seperti saya diusik halus… hahaha

    azreen; fasa tersebut saya sudah lepas… kamu bila lagi? hahaha

    dk; uhuhu…. ako sebenarnya nak tanya pembentang mengenai kertas kerja dia… ako sedikit tidak setuju dengan beberapa isi penulisan nya… yang penting maksud ako sampai dan dia faham apa yang ako tanya… lagipun kertas kerja perlu dibahaskan…

    Azhar Ahmad; Ya saya telah berusaha… lepas ni gadis-gadis akan lebih kenal akan saya… Tut tut tut!

  9. 9 catz March 13, 2007 at 8:20 am

    berdebar, ?? Takper..control macho. Biasalah, bile susuk tubuh di pandang ribuan mata..hati mana tak runtuh

  10. 10 chot March 13, 2007 at 11:54 am

    byk gak bahasa yg ko gunakan aku kurang faham maknanya…

  11. 11 adikyah March 13, 2007 at 6:16 pm

    Berdebar ya? Itu tandanya kamu benar-benar manusia biasa. Bukan superman, spiderman mahupun kluangman. Saya sering berdarah gemuruh setiap kali nak buat presentation, di mana2 sahaja, bila-bila masa. Huhu

  12. 12 mohdismail March 14, 2007 at 1:22 pm

    [out of topic]
    ermm..plug-in recent comments yang mana ko pakai boleh keluar begitu e.g chot on berdebar di khalayak ramai , mohdismail on bla bla bla ….

    he he

  13. 13 mohdismail March 18, 2007 at 1:58 pm

    tak mengapa…rupanya itu code default dlm WP…
    ha ha..
    terima kaseh ya!

  14. 14 rasso March 18, 2007 at 3:48 pm

    catz – susuk saya kurus cikiding! sape yg sudi? huh 😦

    chot – hahaha… huhuhuhu.. ker bahasa ako silap

    adikyah – ya.. saya jadi gemuruh bile saja mata tajam memandang saya… khususnya para gadisan..lalalala

    mohdismail – ehehehe


Leave a reply to Azhar Ahmad Cancel reply




March 2007
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

Blog Stats

  • 15,362 hits