Awek Baju Merah (sebenarnya merah peach) yang Memaksa

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/220/454699835_561d0a6de5.jpg”></center&gt;
Telefon genggam saya kerap bergetar dalam kocek seluar. Terasa geli. Seperti digeletek manja oleh gadis-gadis munggil. Saya suka.

Ada awek yang call, malah ada juga awek yang hantar sms minta untuk dibalas. Akhirnya saya akur dengan godaan tersebut. Mungkin godaan aturan (mode) getar itu membikin hati terus tergoda. Damn lah! Kalau muzik tidak haram nescaya aturan getar bukan jadi pilihan.

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/209/454685816_d335c020bb.jpg”></center&gt;
Awek baju merah memaksa saya untuk pergi ke Dewan Agung di universiti selatan tanah air. Suruh rakan-rakan lelaki yang lain juga untuk turun ke tapak kejadian sesi fotografi, pesanan ringkas dalam peti masuk telefon genggam V3i saya amati. Terasa tidak mahu pergi. Tapi, awek baju merah mendesak juga untuk pergi. Oleh sebab saya lelaki budiman yang terakhir, sekali lagi saya akur dengan godaan itu.

Mana tidaknya, berapa kerat saja jejaka sunti di kuliah kami. Saya, empat orang jejaka sunti dan dua orang yang sudah tidak sunti, maksud saya sudah hilang bujang saja yang wujud dan sebakinya, dalam kiraan lima puluh orang adalah gadis-gadis sunti yang munggil belum ditolak campur status mereka sudah berkahwin, dara atau sudah dan nak bertunang. Saya sendiri tidak pasti. Ha ha ha ha.

Apalah nasib kami ini.

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/252/454700055_7608e72740.jpg”></center&gt;
Di kalangan awek baju merah (hakikatnya merah peach mungkin) pernah saya usha salah seorangnya. Tapi ditolak oleh sebab dia tidak nak akan saya. Saya sendiri agak tidak pasti mengapa. Dulu. Beberapa semester yang lalu.

Sekarang. Awek baju merah tu sudah jadi tunangan orang (Mungkin! Itu pun saya dengar omong-omong dari meja kafe agung).

Demam saya semakin pulih, sakit flu berlendir masih lagi cuba curi-curi keluar dari lubang hidung; itu saja lagi yang belum sihat secara total. Mukus-mukus itu tak nak kering-kering. Ada solusi?

Tags: , , , , , , ,

21 Responses to “Awek Baju Merah (sebenarnya merah peach) yang Memaksa”


  1. 1 dk April 11, 2007 at 10:48 am

    hahahhaa.. ramai tul gadis2 munggil..
    apa kata kenalkn aku sorang dua..
    tu pic last depan ko..
    kim slm kt dia ye..
    gadis munggil yg pegang buku depan ko.. ye..😛

  2. 2 Lan April 11, 2007 at 10:48 am

    eh, sejak biler plak muzik tu haram?

  3. 3 rasso April 11, 2007 at 11:04 am

    dk; hahaha.. boleh2… yang pegang fail ler… nama dia Hidayah.. ehehehe… masih sunti… kau mau sunting? ker saja berkirim salam? hahaha

    Lan; Ako memakai pendapat salah sorang tok guru ako…
    tapi pagi tadi, kawan ako yang baru balik dari perak memberikan naskah kertas kerja mengenai mujik… aku tarik balik kenyataan ako di atas… ako ambil pendapat yang lebih ringan… muzik itu tidak haram tapi dalam kondisi tertentu ia akan tetap haram.

  4. 4 SangPelangi (aka irfan) April 11, 2007 at 3:54 pm

    Wah-wah Rasso..
    ada unsur ke”miang”an dalam pos-pos kau sejak akhir-akhir ni ya?
    Sedang bertandangkah sayup-sayup angin “seru” itu?

    Maksud saya, Angin “seru” penyatu hubungan dua insan di atas permaidani baldu. (tak faham lagi?)haha..

  5. 5 rasso April 11, 2007 at 4:09 pm

    SangPelangi; ahahaha… bukankah sejak dulu lagi entri saya berkonsep begitu… baca saja tagline blog gwe di atas… mana mungkin lari konsep? hahahhaa

    mungkin ada benarnya perihal angin ‘seru’ tu… gwe di ambangwati gitu..😛

  6. 6 Tok Rimau April 11, 2007 at 4:26 pm

    Tok bagi 80% utk gambar ke 3. Utk dapat A+, awek2 tu mesti tengok muka kau dan kau kena pose riak.

  7. 7 LangBuana April 11, 2007 at 4:50 pm

    petah rasso berkarya, bunyinya seolah diulit buai halwa. manakan sama si gadis munggil, usikan sang pendering. jangan lupa temujanji kita 19 april ini… dikala grafik, animasi, audio dan video berantakan di pentas sama…

  8. 8 Lan April 11, 2007 at 4:52 pm

    yes. aku juga amik pendapat ittew. Most of the music now is haram cos mengajak kita buat maksiat . Tapi aku minat klasikal *tetiba…

  9. 9 rasso April 11, 2007 at 4:52 pm

    LangBuana; Usikkan sang pendering sebenarnya adalah penawar rindu nestapa, gadis munggil ilusi santai dan sedikit nakal untuk menghilang rindu.

    Ya.. kita ketemu di pentas kisah klasik bersama awek baju merah… hahaha

    Tok Rimau; Nanti saya praktis pose riak pulak… hahahahaha

    Lan; Erm… so guene sekarang… seperti tidak mahu dilabel sebagai seorang yang liberal.

  10. 10 azreen April 11, 2007 at 5:09 pm

    x bestnya 3 org je laki :p
    huhuhu…

  11. 11 Azhar Ahmad April 11, 2007 at 5:09 pm

    Nampaknya kamu…., um mmm saya seperti tahu sahaja… siapakah awek itu….. Nanti paskan gambarnya ya….

  12. 12 dk April 11, 2007 at 6:46 pm

    hhahahaha…
    hidayah.. sedap namanye..
    kim slm lu…
    kenal2 nnti aa
    ko kenal2kan…
    cm biasa… lalalalala….

  13. 13 rasso April 11, 2007 at 8:06 pm

    azreen; Best jer… jadi teruna rebutan.. walhal tidak.. hahahha

    Azhar Ahmad; Yang pasti pada gambo last dia menanggalkan kaca matanya.. yang kita bicara di kafe agung selalu…

    dk; aku dah sampaikan salam ko padanya…
    dia berkirim salam padamu.. ko mau no telefon genggamnya?
    lalallaa

  14. 14 shutterspeaks April 11, 2007 at 10:27 pm

    “Damn lah! Kalau muzik tidak haram nescaya aturan getar bukan jadi pilihan.”

    Aku kurang faham. Muzik apakah yang haram itu?

  15. 15 dk April 12, 2007 at 12:07 am

    hahahahhaa….
    lan sgt memahami…
    hahahaha.. gile segan terus no. gengam..
    hahahaha… fs dulu aaa bro..

  16. 16 Lan April 12, 2007 at 9:10 am

    shutter, i think what he’s trying to say is, most music now are based on pure hedonistic values. Meaning ajak bercinta, beromen, nari2, bla2….

    i heard somewhere that music bole , tapi kalo tak melalaikan….even nasyid yang terlalu jiwang pun bole melalaikan.

    *my humble opinion.

  17. 17 rasso April 12, 2007 at 4:05 pm

    shutterspeaks; Nanti saya cuba tulis pada satu entri khas untuk mengukai kekeliruan tersebut…

    dk; ko cari dalam list friends ako.. if tak silap dia ada di kalangan mereka… ehehehe… ako kasi no phone tak nak… nak cari slow jugak.. hahahaha

    Lan;
    setuju hujah ko.. ehehe

  18. 18 azreen April 12, 2007 at 8:26 pm

    huhuhu…dk minat yang set-set ustazah rupenya😀

  19. 19 rasso April 13, 2007 at 8:29 am

    azreen; bila plak saya kata tak minat… hahaha

  20. 20 azreen April 14, 2007 at 9:35 pm

    comment tu is for DK not for YOU… fahimtum?

  21. 21 rasso April 15, 2007 at 12:26 am

    opss… tak perasan lah reen… hahahhaa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: