Bukan Semua Boleh Jadi Milik Kita

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/11/12886285_091fd0ca6c.jpg”></center&gt;
Enough
! Teriak aku dalam hati. Mengalah.

Kau jangan cuba ganggu masjid yang ingin aku bina bersama dengannya. Kalau kau dalam situasi seperti aku. Kau juga tidak mahu bakal teman hidup kau diganggu oleh orang lain bukan? Aku cuba amati setiap butir patah kata yang dilontar pada aku itu.

Terpaku aku membaca SMS sebentar, tatkala berada dipersimpangan lampu isyarat itu. Waktu itu aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, otak tidak berhenti berfikir apa yang perlu dibalas. Senyum aku sedikit kelat dari tadi. Tidak seperti sebelum ini.

Sebelum ini aku dah dapat menggagak ada sesuatu yang akan berlaku. Sangkaan aku sebelum ini benar belaka. Walaupun dia tidak berterus terang, sengaja dia menyepi mengatakan dia tengah celaru. Dulu.

Aku singgah di warung lepak sebelum pulang ke rumah. Jam dah menunjukkan satu suku pagi. Penat kerja dan celaru berfikir menjadikan aku serba salah untuk pulang ke rumah awal.

Kemudian, aku buka peti masuk dan membalas pesanan ringkasnya yang panjang itu. Mengetek punat telefon genggam dengan rasa tak seru.

Maaflah saudara, saya tak bermaksud untuk menganggu tunangan saudara. Saya tahu haram menganggu tunangan orang, walaupun kami sudah kenal lama. Apapun, saya berjanji tidak akan berjumpa atau bercakap dengannya lagi waima selisih pun. Moga saudara bahagia. Balasan saya yang panjang. Terkilan.

Kejadian berlalu untuk sekian waktu, pesanan masuk. Assalamualaikum! Pe kabar? Lama tak dengar cerita. Daripada dia. Lantas aku jawab, Sihat seperti biasa. Noktah. Balasan tidak seperti dulu lagi.

Tetiba, deringan telefon genggam darinya. Aku syak, bukan dia. Aku tidak angkat. Kemudian, pesanan ringkas masuk. KUANG AJAR! KAU TAK FAHAM BAHASA KA? Aku terdiam jeda seribu bahasa. Terlupa akan janji sebelum ini.

Dulu. Saat aku tidak boleh tidur itu. Kalian ingat waktu itu?

Enough! Teriak aku dalam hati. Melupakan…

Saya tidak ingin memaksa sesiapa. Maaf kalau selama ini ada yang terasa seperti diganggu. Jauh tapi di sebelah saja. Janji tak ganggu kamu lagi. Terima kasih kerana sudi mendengar. Saya akui saya punya kelemahan. Mungkin sebab itu, mungkin. Selamat tinggal.

Tags: , , , , , ,

23 Responses to “Bukan Semua Boleh Jadi Milik Kita”


  1. 1 heartless April 17, 2007 at 6:09 am

    adeh…
    pening.
    hehe…
    sabar saja laa…

  2. 2 Lan April 17, 2007 at 8:51 am

    i dunno what to say? r u that attached? erm, kalo setakat hantar sms pun jadi isu, i think that fellow got some probs.

  3. 3 teachernunu April 17, 2007 at 8:57 am

    memang Bukan Semua Boleh Jadi Milik Kita …..tapi separuh yang kita ada itu aadalah yang terbaik buat kita…:)

  4. 4 dk April 17, 2007 at 9:08 am

    best man win laaa…
    kalo mamat tu takut suruh duduk
    kat pulau LOST….
    perlu ingat semua bende bukan hak milik kekal..
    fighting….

  5. 5 CypherHackz April 17, 2007 at 9:51 am

    firstly aku tak faham apa yang sebenar2nye yang berlaku. kenapa die tibe2 nak marah kau pulak padahal just berkawan? mungkin ada cerita disebalik ini yang aku tak tahu. walau apepun, semoga kau rileks, tenangkan fikiran, dan biarkan yang dah berlaku, berlalu pergi.

  6. 6 rasso April 17, 2007 at 12:01 pm

    heartless; Iya, saya sudah bersabar… fasa itu telah berlalu sebegitu saja.. sudah hampir setahun berlalu….

    Lan; Bila ada orang kuat cemburu… begitu lah.. segala2nya ada rasa syak yang terlalu. Ekekeke… (pendapat sendiri) – Ini kisah dulu –

    teachernunu; iya setuju… manfaatkan yang ada itu.. itu yang terbaik..😀

    dk; Ada menda boleh fight… ada ada menda tak boleh di fightkan… kalo ko alami… apa yang akan ko buat? fight juga? ehehehe… baek mengalah…. lalalala….

    CypherHackz;
    Huhuuhu… apabila seseorang itew bakal jadi tunangan orang… kata orang tua mereka tu darah manis… kata orang! Sebab itu timbul rasa jeles… seperti awek diganggu oleh orang laen… begitulah action yang lazim dibuat… ako sebenarnya saja tulis klimaks cerita… kalo ako tulis detail nanti ada plak yang perasan…. ekekekeke… biarlah… kisah silam gwe dude…

  7. 7 dk April 17, 2007 at 12:04 pm

    hahahhaa..
    aku best man win..
    kalo ko suka ko teruskan…
    kalo just kwn.. kwn je aa
    xkan kwn xleh..
    boring aa mamat tu…

  8. 8 gie April 17, 2007 at 12:35 pm

    erm…aku belom mengalaminya lagi..susah nak lupekan seseorg yg kita da serasi…

  9. 9 rasso April 17, 2007 at 1:08 pm

    gie; ermm… masa yang berlalu… lama-lama akan lupa juga.

  10. 10 dk April 17, 2007 at 2:23 pm

    hahahaha….
    kalo ko rasa x salah xpe..
    xkan kwn pun slh…
    mamat tu je emo x tentu psl..
    takat tunang je…
    tunang lari kat ko bru tau..
    kecoh je..

  11. 11 rasso April 17, 2007 at 2:30 pm

    dk; ko nie.. buat provokasi jer.. hahahha
    ako pun dah tak nak pikir… lalallala…. itu kisah klasik untuk masa depan ako… wkakakaka…. ya ako sokong ko tu.. kite lelaki tak leh EMO! wkakakaka😀

  12. 12 Azhar Ahmad April 17, 2007 at 3:42 pm

    sabar lannnn… perjalanan kamu masih jauh untuk mengenali cinta manusia, tetapi biarlah cinta pencipta lebih dahulu menerobosi jiwa kamu itu…..

  13. 13 dk April 17, 2007 at 3:58 pm

    hahahaha.. xkan dh ngalah…
    ko cuma nak berkwn je…
    xkan tu xleh…
    xpe xpe slow slow…
    aku rasa tunang dia tu.. tertarik kat ko aa..
    lepas tu berbelah bagi dh..
    tu mamat tu takut tu.. n sound ko..
    yeaa ko kan gentleman.. x mcm mamat tu emo lebih…
    mesti tunang dia bosan dgn sikap mamat tu..
    muahahahaha…
    ada chance.. :p

    ps – provokasi tu apa?? :p

  14. 14 rasso April 17, 2007 at 4:41 pm

    Azhar Ahmad; Ya saya telah bersabar pada tempoh itu. Dulu. Kamu ingat saat kita lepak di kedai mapley dulu.. port lepak kita dulu… jaman saya kerja kilang itu… hahahahaha…

    dk; dude! ako dah janji… tak nak janji tinggal janji… tertarik kat ako mendenye…. ko macam ada pengalaman jer perihal lelaki EMO nie… ako rasa lah…

    provokasi = provocation (ako nak translet bahasa pun macam ko reti dalam bahasa ingeris…) hahaha

  15. 15 SangPelangi (aka irfan) April 17, 2007 at 4:43 pm

    ala lann.. aku tengok yang berbaju merah tu ramai tak hengat.. pilih je diorang tu.. kan? kan? hehe

  16. 16 Lan April 17, 2007 at 4:50 pm

    aku rasa mamat tu biol. mungkin tahap pendidikan dia tak tinggi sgt kot. erm, tapi ramai gak org takder degree bagai, but still dihormati ramai. ok, in short, i think that mamat is just pain cretin🙂

  17. 17 rasso April 17, 2007 at 7:03 pm

    SangPelangi; Yang berbaju merah ngak bisa di pilih… they have taken already… ehehehe… ramai sangat yang nak…

    Lan; Aku sangka baik saja lah… cerita lama… Apapun ako setuju dengan ko.. hehehe

  18. 18 azrn April 18, 2007 at 12:34 am

    huhu…sabar. byk lagi yg belum tunang😀

  19. 19 mohdismail April 18, 2007 at 4:01 am

    mamat tu ada problem… aku pernah berhadapan situasi seperti ini.. tapi aku berada di tempat mamat tu… tapi aku tak berkelakuan seperti mamat tu… mamat tu gila agak’nya… atau cemburu buta…

    cinta itu melepas’kan, jika dia kembali untuk kau, dia untuk kau, jika tidak.. ada yang lebih baik di’aturkan Tuhan.. kau yakin akan Tuhan kan?

    *ini salah satu kisah cinta terlarang’kah?

  20. 20 Azhar Ahmad April 18, 2007 at 4:10 am

    Yeahhhh…. Dengan rasa bangganya, mengikut tilikan zodiak pergerakan matahari, maka hari ini sesuailah kiranya anda di tag oleh saya….. Huhuhuhuhu

    Pastikan anda menjawab soalan tag di http://azharahmad.com/blog/2007/04/17/tag-masa-umur-jumba-jumba/

    Terima kasih wahai penunggu gua!!!

  21. 21 rasso April 18, 2007 at 12:02 pm

    Azrn; Ya.. kamu pun belum.. ekekeke

    mohdismail; kau pernah…? erm…. ako lebih berdiplomatik.. menggalah… itu yang terbaik bagi ako. Kalau paksa pun bukan dapat apa-apa. Dulu…

    cinta itu melepas’kan, jika dia kembali untuk kau, dia untuk kau, jika tidak.. ada yang lebih baik di’aturkan Tuhan.. kau yakin akan Tuhan kan?

    Ya ako yakin… ya.. ini kisah chenta dulu kala…

    Azhar Ahmad; Baek… ehehehe…. kene ketek ajer kerja.. lalala

  22. 22 dk April 18, 2007 at 3:55 pm

    hahahaha..
    sbb aku mmg pantang laki emo2 ni..
    muahahahhaha….
    aiseh mls tul mau tengok kamus…
    haha.. :p

    ala janji yg x elok leh dibatalkan…
    so aku rasa janji ko x elok aa…
    teruskan usaha…
    gogo..

  23. 23 psittacula April 18, 2007 at 4:27 pm

    best man win? ieyr ke? bukan ke jodoh di tangan tuhan? ermmm tension dan geram kan kalau berada dalam situasi begini. jom ikut saya g terengganu 27-30 mei depan …sertai bengkel digital fotografi (teknik dan elemen)…maybe leh release tension dan relax.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: