Mukanya Kelat Kala Berhalaqah

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/211/467369956_5d9b02104f.jpg”></center&gt;
Semalam, tiga kertas sudah usai ditempuh selama tiga hari. Baki kertas, lima lagi yang bakal menyusul. Kami bercuti dua hari sebelum kertas seterusnya untuk ditempuhi.

Malam tadi di kamar tok guru. Lazim bagi kami mengadakan halaqah ulangkaji untuk setiap ujian yang akan ditempuh. Kalau subjek itu mengenai bahasa khususnya nahu, tok guru bahasa (yang kami panggil al-Sibaweh) di kalangan kami pasti akan menjadi mentor dan saya sudah pasti sebagai mentee yang nakal. Andai kata; kalau esoknya, ada ujian yang berkaitan komputer atau teknologi, giliran saya pula yang menjadi tok guru. Setiap seorang di kalangan kami punya masteri yang masing-masing hebat. Huhuhuhu.

Malahan, masteri yang pelbagai. Maksud saya masteri di sini expertise. Cuma saya saja yang kurang hebat seperti mereka. (humble)

Di kalangan kami, saya lebih suka mendengar kala orang mengajar. Saya dilabel golongan yang suka mendengar dan bertanya soalan itu dan ini dengan mimik muka blur. Tapi sangat kurang mencatat. Main ingat masa itu juga. Itu pun kalau ingat. Huh.

Rakan seperguruan sering berkata sinikal, nota Lan bersih. Jawabku, memanglah bersih, baru print. Mata penatlah baca nota kat PC, nak tidur jer dibuatnya. Mereka senyum dan tawa sinis. Hahahaha.

Minggu lalu, sehari sebelum peperiksaan akhir, waktu kelas terakhir bersama tok guru berpangkat doktor falsafah; sebelum beliau masuk. Masing-masing di kalangan rakan seperguruan yang lelaki menerima kad walimah. Ada yang buat-buat tersentak di kalangan kami. Mungkin malu. Mungkin dia kecewa. Mungkin dia cuba menerima hakikat bahawa dia sudah jadi tunangan orang dan nak berkahwin. Alahai.

P/s: Sabarlah kawan. Dulu saya pernah mengalami SIKON yang saudara hadapi. Kadang-kadang mimik muka saudara tidak pandai untuk menipu. Waima, senyum kelat saudara punya seribu intrepetasi untuk kami tafsir. Mungkin dia bukan seru saudara.

Tags: , , , , , , , ,

16 Responses to “Mukanya Kelat Kala Berhalaqah”


  1. 1 azrn April 22, 2007 at 4:52 am

    hmmm..lenguh x tangan tu tulis jwpan for 3 papers?? huhuhu…
    lenguh2 pi “Massage” yea..
    ihikks…
    [sudah tak tido 30 jam]

    ngaaaaaaaaaaaaaaaa……………..

  2. 2 rasso April 22, 2007 at 4:56 am

    Uik….
    jari rasa nak patah menulis.. hahaha
    setakat nak menghitamkan tu tak lah sampai perlu pi ‘massage’ :p

    kamu tidak tidur lagi? mengapakah?
    ermmm…..

  3. 3 azrn April 22, 2007 at 5:03 am

    proses pengamiran & pembezaan dalam diri :[

  4. 4 Azhar Ahmad April 22, 2007 at 6:23 am

    Hummm satu sahaja…. Orang kata… Hanya orang yang pernah melalui perasaan tu sahaja, akan turut sama perasaan tu… Bukan kamu seperti dia….. Dahulu….. Hahahhahahahaha

  5. 5 Lan delaville April 22, 2007 at 1:57 pm

    yes!! kechewa? kesal? buat2 macam takder apa2?

    pelik, tapi kurasa ku tahu bagaimana perasannya….

    anyway, 24 ni last paper…so nak beronggeng. Eh, ko ader lagi paper kah? *jahat!🙂

  6. 6 rasso April 22, 2007 at 2:07 pm

    azreen; hahaha… saya tidak suke itu pengamiran dan pembezaan..

    Azhar Ahmad;
    Hahahaha… saya seorang yang pragmatik… pragmatisme kadang-kadang menjadikan kita jadi sedikit matang… tak gitu? Itu saya yang dulu. Sekarang, saya dah lain dari yang dulu. Tak sama. Hahahahaaha….

    Lan delaville;
    Tul tu.. tapi nak sembunyi air muka tu yang susah andai tak punya pengalaman yang lepas… ko tahu bagaimana kan… share lah sikit macam mana ko handle sikon ko kala itu.

    ako ada paper 24, 25, 26, 29 & 30 lagi…. berasap… segalanya aktiviti yang boleh mematahkan jari dengan menulis esei berjela-jela.. bukan seperti menekan punat kekunci… kalo punat kekunci ditekan ako suka lah…..😀

  7. 7 dk April 22, 2007 at 4:35 pm

    mencabar gile bahasa2 n vocab ko..
    aku bagaikan tgh baca buku hikayat.. :p..
    good luck aa exam…
    aku ada 3 exam je..
    tu pun x study2 lg..

  8. 8 rasso April 22, 2007 at 4:55 pm

    dk; uhuhuhu… tang mana yang mencabar tue? ako rasa macam biasa jer bahasa ako tu.. lum sampai tahap hikayat pun.. ekekeke
    gitu2 jer….
    best nya hang…. 3 paper lagi….
    ako 5 paper lagi nie.. alahai….

  9. 9 mohdismail April 23, 2007 at 1:02 pm

    8 paper?
    huuu
    letih tu beb…
    selamat la ye?

  10. 10 chot April 23, 2007 at 3:38 pm

    good luck menjawab ke lapan2 paper itu rasoo..

  11. 11 dk April 23, 2007 at 8:21 pm

    ok tinggal lg 2paper..
    td 1 paper sebelum exam..
    bidadari dh ajar aku..
    terpesona..
    hehehe.. :p
    hasil exam td mcm leh tahan berkat
    ajaran dia.. :p

  12. 12 rasso April 23, 2007 at 8:51 pm

    mohdismail; Yup, lapan paper semuanya untuk sem ini…
    dude, berasap kepala… selamat juga untuk ko…

    chot;
    thank bro…. eehehehe

    dk; bidadari ajar ko? ermmm… terpesona? nie klasifikasi awek cun ker dk? ermmm…… bidadari ittew perempuan yang gadis? uhuhuhu…

  13. 13 dk April 23, 2007 at 11:16 pm

    bidadari itu.. ermm mmg awek cun aaa..
    sbb masuk beauty foriegner in Seoul… hehe..
    :p.. sgt bidadari.. dedekasi.. mengajar.. :p

  14. 14 Mira April 24, 2007 at 11:18 pm

    Waa… ayat2 d ats wat saye ternganga seketika. hehe.. nie BM msti power kan. setelah d bc lagi skali, bru phm.. gud luck yeh! sori, lembab cket nie. =P

  15. 15 mazudi April 25, 2007 at 1:14 am

    Hoh. Selamat ber exam.

  16. 16 rasso April 25, 2007 at 7:28 pm

    dk; Phew…. awek cun yang masuk arena Beauty2 nie mesti cun dan intelegent.. wkakaka…. ako syak ko jatuh sayang!
    Mungkin dia awek …

    Mira; Hahahaha…. tutup mulut.. ekeke
    BM biasa-biasa jer… Thax nwy for the wish…

    mazudi; Thanks bro… lalalala


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




April 2007
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: