Cubaan Bermanja

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/205/485773896_d9a775b9ff.jpg”></center&gt;
Saya acapkali praktis di kamar member di kolej untuk memanggil ganti nama diri bagi ayah dan ibu angkat. Bermonolog sendiri di atas tilam member . Memandangkan penyertaan saya sebagai jurugambar dan juga sebagai peserta Program Khidmat Bakti Perdana Johor yang bakal berlangsung di kampung Serom, Muar pada 10-13 Mei ini.

Emak…
Ayah…

Huh… saya cukup janggal untuk menggungkapkan kata tersebut. Mungkin saya terlalu pragmatik. Oleh sebab itu timbul perasaan keliru. Nak panggil yang mana satu. Maklumlah ini penyertaan julung kalinya.

Saya jadi runsing sejenak. Di kafe agung, masa saya dan Tok Teratak Nurani ada di depan saya yang sedang sibuk bermain “Isteri Terdesak” pada telefon genggamnya. Saya tanyakan padanya, apa panggilan yang sesuai untuk emak angkat. Soalan saya dijawab dengan soalan. Kamu panggil emak kamu apa? Tanyanya. Mak. Saya.

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/227/485806739_b09e735380.jpg”></center&gt;
Kalau begitu, kamu panggil selain itu. Dia. Apa contohnya? Mummy? Makcik? Saya. Ibu ker. Dia. Owh… Kalau begitu saya panggil bunda lah. Macam dalam cerita Mutiara Hati tu. Macam Nabilah panggil bundanya. Saya.

Ha ha ha ha… Tok Teratak terus menyanyi lagu tema cerita tu sambil tangannya dan badannya bergelek ayu di atas kerusi kafe agung. Saya tergelak terkikih-kikih menonton aksi percuma itu.

Sedari awal pagi tadi saya ke UTM, datang jer dah kene bangunkan peserta yang turut serta untuk senaman pagi dari blok ke blok. Yang pergi pun tak sampai 30 orang. Yang lain masih enak dibuai mimpi. Huh. Baik saya tak payah datang tadi.

Tags: , , , , , ,

12 Responses to “Cubaan Bermanja”


  1. 1 Adikyah May 8, 2007 at 5:17 pm

    he he he .. dulu waktu Ko K Pembangunan Daerah. dapat keluarga angkat. Rasa janggal bila keluarga angkat itu membahasakan diri dgn panggilan ayah dan mak. Er.. last-last panggil mak cik dan pak cik saja. Rasa durhaka pula bila panggil mak kat orang lain isk..isk..isk..!

  2. 2 rasso May 8, 2007 at 5:23 pm

    ehehe… tu lah… kecelaruan…

  3. 3 mazudi May 8, 2007 at 6:05 pm

    Pernah satu masa aku dapat abang angkat dari program anak angkat macam korang ni la. Rasa macam lain jugak bila dia panggil mak ngan ayah aku tu “mak dan ayah” jugak.
    Tapi ok apa.

  4. 4 azrn May 8, 2007 at 9:01 pm

    hihihi..lerr dia terlibat juga ngan khidmat bakti?
    huhuhu….ermm, panggil je “puan” @ “encik”… :p

  5. 5 rasso May 9, 2007 at 6:14 pm

    mazudi; Kat mana tu bro? ehehehe

    azreen; Mestilah… seminggu lebih dapat makan free.. siapa tak nak.. ehehehe
    Ermmm… Panggil untie ker.. uncle ker… hahahaha
    Kalo ada anak dara guene tue reen? ehehe :p

  6. 6 Azhar Ahmad May 9, 2007 at 8:40 pm

    Hahhahahah…. Kamu lannnn jaga!!!

    azrn – Giler ka haper nak panggil tuan ngan puan…. Puan saya nak mandi! Mak aihhhhh kem askar ke haperr,,,,

    p.s Alhamdulillah, berkembang sudah ilmu yang saya beri…

  7. 7 cikgu May 9, 2007 at 11:34 pm

    Bebudak dlm gambar tu ingatkan saya pada aksi bdk2 di shoaw tadi. Yg dihukum menyanyi “saya bekuku panjang,…gelek…gelek” . Aksi sebijik sama.
    Nak jadi anak angkat? do your best…, tanyalah dulu, mereka lebih selesa dipanggil apa…..”datuk/ datin? papa/mama? Good luck!

  8. 8 azrn May 10, 2007 at 1:02 am

    kekeke…

    anty and uncle orait gak. tapi kalo pak mak angkat tu dah tua sangat, panggil je pak ngan mak. haaa…senang jea. kalo ade ank dare, biasekan panggil “adik”. hahaha…

    azhar san = alahai~ buat2 laa berdisiplin skit. hehehe…

  9. 9 rasso May 10, 2007 at 2:07 am

    Azhar Ahmad; Tok Teratak, nak jaga aper? hahahaha….

    cikgu; Gambo tu diambil semasa induksi untuk program untuk unit pendidikan… cara untuk pengenalan diri pada slot ice breaking… “mulut, tangan, hidung, mata… lalalala” sambil menyanyi….

    Yup, saya jadi anak angkat dan juga jurugambar nanti… nanti saya tanya yang mana mereka lebih selesa…

    azreen;
    hahaha.. panggil adik dah tak leh nak usha.. lalalala…

  10. 10 CypherHackz May 10, 2007 at 7:44 pm

    kau gi khidmat masyarakat ke? yang tu under sape?

  11. 11 faez May 17, 2007 at 11:38 am

    lawa la gmbr tu spe nama hang huhuhu………

  12. 12 rasso May 17, 2007 at 2:33 pm

    CypherHackz;
    Aku gi under kolej KTDI.. ehehehe..
    yup aku g jd photographer & anak angkat.. ehehe

    faez;
    nama ako?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: