Makan-makan Anak-beranak

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/222/507611451_fd07457f20.jpg”></center&gt;
Aku teramat penat petang itu. Baru kembali dari Serom 6 mengambil dan menghantar bingkai gambar untuk diserahkan pada keluarga angkat peserta program Khidmat Bakti Perdana Johor di Serom. Sekembali saja di rumah keluarga angkatku. Bonda memanggil untuk makan tengahari. Saya mandi dulu bonda, mahu solat zohor dan jamak sekali. Jawabku pada bonda di dapur.

Usai mandi, saudara seangkatku memberitahu petang nanti abah ajak pergi makan mee bandung Muar. Hati senang mendengar. Lepas makan tengahari sambil menonton perlawanan badminton antara Indonesia dengan Korea, mataku acapkali pejam celik. Mengantuk kekenyangan tatkala berbaring pada bantal empuk. Sampai ke asar.

Aku was-was, jadi ker misi makan mee bandung petang ni. Sebab petang itu aku seorang diri tidur di ruang belakang rumah. Saudara seangkatku entah hilang ke mana. Mungkin mereka dah pergi meninggalkan aku seorang diri. Makan mee bandung tanpa aku. Alahai.

Rupanya, abah juga tertidur petang tu.

Terus petang itu, aku keluar rumah selepas tidur membonceng basikal, pusing-pusing kampung. Tengok sungai, anak-anak dara yang bisa dilirikkan mata sesambil bermain dengan anak-anak kecil kampung. Tapi tiada. Sebenarnya, aku mencari anak-anak mandi sungai sambil lompat terjun dari jambatan.

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/204/507574002_933a69c66b.jpg”></center&gt;
Abah sebenarnya serba-salah, berjanji nak bawa kami jalan-jalan ke bandar Muar dan makan mee bandung sebab bonda dah bising petang tu. Janji dah pada budak-budak. Leter bonda di dapur. Malam tu, abah ajak kami skip majlis sekejap, sebab esoknya kami dah balik.
Tags: , , , ,

1. Tengok gambar misi makan mee bandung Muar klik SINI
2. Tengok gambar sepanjang khidmat bakti klik SINI (akan kemaskini dari semasa ke semasa )

6 Responses to “Makan-makan Anak-beranak”


  1. 1 kasyah May 22, 2007 at 2:11 am

    Wow…dengar2 mee bandung muar memang sedap. Pernah rasa sekali tapi lupa di mana ya..memang sedap pun..

  2. 2 CypherHackz May 22, 2007 at 11:41 am

    erks! memikat jiwa seh bile tengok mee tu. adui…

  3. 3 shutterspeaks May 22, 2007 at 1:22 pm

    “Sebenarnya, aku mencari anak-anak mandi sungai sambil lompat terjun dari jambatan”

    kalau ada, pasti seronok ambil gambar bukan😉

  4. 4 rasso May 22, 2007 at 5:06 pm

    kasyah;
    Memang sedap.. tapi ako makan bihun bandung dia jer… mee kuning ako tak reti sangat nak makan… ehehehe.. ko gi lah kat kedai yang kami pergi tue… meleleh.

    CyperHackz;
    Alahai… ko turun lah ke Muar.. pe lagi. Misi mee bandung Muar….😛

    shutterspeaks;
    tu lah… dah lah sungai dia best… kalo ada mesti macam-macam aksi ako leh shoot… huh😦

  5. 5 WaWa May 22, 2007 at 7:17 pm

    pergh. gambar mee bandung tu macam sedap lah!

  6. 6 ikoko May 22, 2007 at 10:13 pm

    teringat kenangan lalu….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: