Naik Lagi

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/203/508988743_ad5b053456.jpg”></center&gt;
Dalam kereta. Kami bercakap pasal political tactic, bak kata orang massa di kedai warung; nak pancing undi. Kat kedai mapley pulak, tak habis-habis cakap pasal gaji naik. Kat rumah kami sambung bertekak pasal gaji naik lagi sambil tengok ambush pak menteri yang turun padang melihat harga barang naik ke tidak di serata negeri pada peti media.

Orang rumah aku meluat tengok ambush pak menteri ke tempat tu. Aku kata padanya, mujur tadi di kedai mapley harga roti canai tak naik. Kalau tak kene tebar roti sendiri lah.Dah lah duit cukup-cukup aku bawa tadi. Alahai.

Sebenarnya orang rumah aku risau, sempat ker tak sempat nak kumpul duit untuk kahwin. Maklumlah pekerja swasta. Dan aku, tak kumpul-kumpul lagi.
Tags: , , , , ,

7 Responses to “Naik Lagi”


  1. 1 rasso May 23, 2007 at 3:46 am

    INFO

    Kenaikan gaji kakitangan awam

    100 peratus – kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (Cola)
    * Kadar semasa RM100 sebulan; kadar baru RM200 sebulan (luar bandar)
    * Kadar semasa RM150 sebulan; kadar baru RM300 sebulan (bandar)

    35 peratus – Kumpulan Sokongan II
    * Gred 1 hingga 16
    * Contoh: pemandu, tukang masak, buruh dan pembantu pejabat
    * Gaji semasa: RM499.64 (minimum) / RM872.89 (maksimum)
    * Gaji baru: RM674.51 (minimum) / RM1,178.40 (maksimum)

    25 peratus – Kumpulan Sokongan I
    * Gred 17 hingga 40
    * Contoh 1: kerani
    * Gaji semasa: RM656.30 (minimum) / RM1,721.10 (maksimum)
    * Gaji baru: RM820.37 (minimum) / RM2,151.37 (maksimum)
    * Contoh 2: guru lepasan diploma
    * gaji semasa: RM1,124.57 (minimum) / RM2,428.95 (maksimum)
    * Gaji baru: RM1,405.71 (minimum) / RM3,036.18 (maksimum)

    15 peratus – Kumpulan Pengurusan dan Profesional
    * Gred 41 hingga 54
    * Contoh 1: guru lepasan ijazah
    * Gaji semasa: RM1,474.65 (minimum) / RM4,039.85 (maksimum)
    * Gaji baru: RM1,695.84 (minimum) / RM4,645.82 (maksimum)
    * Contoh 2: Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
    * Gaji semasa: RM1,733.59 (minimum) / RM4,102.77 (maksimum)
    * Gaji baru: RM1,993.62 (minimum) / RM4,718.18 (maksimum)

    7.5 peratus – Kumpulan Pengurusan Tertinggi
    * Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)
    * Contoh 1: Ketua Pengarah
    * Gaji semasa: RM6,571.40 (minimum) / RM8,229.10 (maksimum)
    * Gaji baru: RM7.064.25 (minimum) / RM8,846.10 (maksimum)
    * Contoh 2: pengarah jabatan
    * Gaji semasa: RM6,135.80 (minimum) / RM7,672.50 (maksimum)
    * Gaji baru: RM6,595.98 (minimum) / RM8,247.93 (maksimum)

  2. 2 shutterspeaks May 23, 2007 at 10:59 am

    di kalangan sesetengah orang pula, dari manakah datangnya duit itu. kerajaan Malaysia sering dikatakan kehabisan wang, hurmm…

  3. 3 mohdismail May 23, 2007 at 11:11 am

    kerajaan Malaysia tak pernah kehabisan duit.. khazanah negara berbillion2.. kalau kerajaan mahu naikkan gaji pekerja awam sampai 50% pun kerajaan masih mampu🙂

    negara kita kaya sebenarnya.. kerajaan simpan dana untuk keperluan masa hadapan.. takut2 tragedi kejatuhan ekonomi tahun 1997 berulang

    khazanah negara semakin bertambah dengan kurangnya projek mega selepas era Mahathir.

    terima kasih kepada kerajaan!
    🙂

  4. 4 dk May 23, 2007 at 11:22 am

    fuhh main cak lempong… mcm menarik je..

  5. 5 rasso May 23, 2007 at 3:19 pm

    shutterspeaks; Huh… kalau bukan dari syarikat swasta… mana mungkin mereka nikmat itu semua.. betul bukan?

    mohdismail; Kat mesia mana lebih ramai? Penjawat awam atau penjawat syarikat swasta? ermmm…. cukai? Ya, terima kasih pada kerajaan…😀

    dk; ko reti main?

  6. 6 bayan May 23, 2007 at 4:07 pm

    tak kira berapa banyak pun naik, atau keje apa pun kita ataupun belum bekerja…still kena menabung…AMAT PENTING!

    nak menabung kenalah ada duit…mana datangnya duit tu? apa lagi cari la keje part time..bercucuk tanam ker…berniaga burger ke…macam-macam jlan leh buat. antara nak ngan tak jer.

  7. 7 kasyah May 24, 2007 at 1:01 am

    Duit mesiakan banyak .Petronas punya untung tiap2 tahun berpuluh2 bilion..jangan nak cakap takde petroleum…tiap2 tahun mesti jumpa telaga baru…huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,621 hits

%d bloggers like this: