Berhenti Mengharaplah

<center><img src=”http://farm2.static.flickr.com/1013/591903042_c850b667b3.jpg”></center&gt;
Petang itu;

Telefon genggam nombor Maxis aku bergetar dalam kocek seluar waktu aku sedang membonceng motor tanpa awek di belakangku. Aku berhenti di tepi jalan berdekatan dengan tasik di Kampus Selatan. Jawabku, Hello uncle. Maaf lambat angkat call sebab atas motor tadi. Owh… tak mengapa. Uncle M ada hal nak bagitau. Malam ni free tak? Kalau free malam ni dinner kat rumah Uncle ok? Pinta Uncle M yang aku kenal semenjak aku datang ke Tanah Selatan ini tiga tahun yang lepas. Ok uncle, lepas isya’ saya sampai.

Malam itu;

Sampai saja di rumah Uncle M, aku sempat menyapa anak gadisnya. Riak wajahnya tampak lain sekali. Kamu sihat Ina? Dia hanya menjawab dengan ukir senyum dengan lesung pipitnya yang manis itu padaku. Aku ngerti sangat, sejak aku kenal akan keluarga ini hubungan aku dan dia seperti adik-beradik. Ina ajak aku ke meja makan, uncle M dan untie S sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur.

Makan malam yang special untuk Lan, kata Uncle M pada aku. Owh… terima kasih. Buat susah-susah pula. Jawab aku di meja makan. Alah… tak pe. Jawab Uncle M dan isteri. Kali ini kami berempat makan seperti satu keluarga. Huh…

Usai makan. Uncle M ada hal nak tanya pada Lan, tanya Uncle M perlahan. Apa uncle? tanyaku. Sebenarnya Uncle dan untie nak jodohkan Lan dengan anak Uncle. Lan terimalah Ina tu jadi isteri. Aku jeda mendengar kata-kata uncle M. Terkejut sebab dia mahu aku dijodohkan dengan anaknya.

Terus jeda memikirkan kebarangkalian yang bertubi-tubi menyerang.

Sebenarnya, ada seseorang yang telah dilamar oleh seorang ibu bagi pihak anaknya. Mungkin, sebabkan tidak suka pada kondisi yang membawa dirinya ke arah dilemma dia sanggup untuk berbohong pada ibu tersebut dan mengatakan dia telahpun bertunang. Sekarang aku percaya, ada juga gadis sanggup berbohong kerna itu.

Dan aku, ucapkan terima kasih kerna dia jujur pada aku. Walaupun anak ibu itu bukan aku. Oh my goat! What am i saying?

Tags: , , , , , , , ,

18 Responses to “Berhenti Mengharaplah”


  1. 1 Adikyah June 26, 2007 at 2:48 pm

    Erk..dah tolak ke? Kenape? kenape? heehhee.. menyebok pulak aku nih😀

  2. 2 chot June 26, 2007 at 3:46 pm

    aku pun nak tahu gak …knapa?

  3. 3 mohdismail @ myframe June 26, 2007 at 4:18 pm

    hahahaha…kan aku dah kata! (^_^) hahaha….

  4. 4 shutterspeaks June 26, 2007 at 6:36 pm

    dude, seriously dude. is this real? dalam ko kata xde yg nak kat ko, melainkan trans gender, belakang, hah! bapaknya sendiri mahu jodohkan ko dengan anaknya.

    oh my goat… :-p

  5. 5 cikgu June 27, 2007 at 12:16 am

    crita awk memeningkan kepala… but i like the photo

  6. 6 nota.kematian June 27, 2007 at 6:53 am

    oh my goat — wahai kambingku
    frasa baru yang kian popular huh…?

  7. 7 rasso June 27, 2007 at 9:23 am

    Adikyah; Uhuhu…tolak andai tak suker…

    mohdismail @ myframe; kata-kata demo beno belako…

    shutterspeaks; ilusimantika dan dekonstruksi cerita-cerita rakan… kalau ada mesti lah nak.. ehehe… sekarang dah pandai melatah panggil kambing ek? Hahahaha

    cikgu; hahaha… the photo tell the story.. cewah…

    nota.kematian; Hahaha… itu frasa lazim.. orang melayu pronaunsasikannya seperti tu… wakakaka

  8. 8 kaSyah June 27, 2007 at 10:56 am

    aku cuba fahamkan betul2 ni..huhu.

    ko tolak ke? siapa ‘seseorang@gadis’ itu?

    -mungkin saja jodoh kau hampir menjelma-

    aku mahu tahu

  9. 9 dinswok June 27, 2007 at 4:34 pm

    Erkk… ko tolak ke? (tanya lagi bertubi-tubi)

  10. 10 minci June 27, 2007 at 9:20 pm

    oh.. aku kena baca 8 kali baru faham perenggan penutup.. eh.. yer ker😛

  11. 11 azrn June 28, 2007 at 12:28 am

    Lan slalu camtu. merekacipta watak2 yang tak dapat dibayangkan utk jalan cerita dia yg sebenar. huh… susah gak story line bengkang-bengkok ni. anyway, there’s always harapan in what ever situation. Gud luck!🙂

  12. 12 WaWa June 28, 2007 at 1:21 am

    eh.. kejap2.. cerita tu real kan? dah tu, terima tak? dan perenggan last tu, apa maksudnya?? asl aku baca 8 kali x paham pon?

  13. 13 shutterspeaks June 28, 2007 at 2:12 am

    wohh,, aku dah faham… WaWa, cuba lagi hehe… yg ini, jauh lebih kompleks dari ROT13

  14. 14 rasso June 28, 2007 at 2:43 am

    kaSyah; kalau ako kene tolok kebarangkalian tue ada lah.. siapalah yang nak kat ako nie :p …. alhamdulillah kalau tak lama lagi… Amin..😀

    dinswok; Aku tak tolak.. .cumer ako jeda jer… ehehehe
    kalau kaulah, sanggup? ehehehe OoopS… aku lupe ko dah buat perjanjian dalam blog ko. Mesti tak sanggup.

    minci; citer itu dekonstruksi dari cerita pada penutup.. kalau benar.. aku amat nak….

    azreen; Hahaha… watak-watak ilusimantiqa… TenQ cik Azreen juita.. Kadang2 maha itu main peranan… ehehe

    WaWa; Real… hahaha… perenggan last adalah sumber citer.. citer ako adalah adaptasi.. uhuhu… (tapi ada benarnya)

    shutterspeaks; Ehehehe…. usaha tingkatan kejayaan cik WaWa.. :d

  15. 15 ainee June 28, 2007 at 5:13 am

    huih, rezeki. sy nk je kawen. mak sy je yg soh abeskan belajar dulu. heheh.

  16. 16 Azhar Ahmad June 28, 2007 at 8:42 am

    Kamu cari jer yang lain…… Eh, “perempuan” yang kamu berkenan di Restoran Mamak BBU tu gimana?

  17. 17 rasso June 28, 2007 at 8:56 am

    ainee; huhuhu… mantap!

    Azhar Ahmad; “Perempuan”? huhuhu… ittew bukan perempuan ORI oke! Tak nak lah yang ittew… I normal uols!

  18. 18 fajar July 2, 2007 at 9:26 pm

    ouch. hehehe.
    sapa tolak sapa ni?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




June 2007
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,621 hits

%d bloggers like this: