Beristinjak dengan Teh Lemon Ais

Untuk kajian mesin masa yang kami buat semalam telah usai kami laksanakan dengan jayanya. Projek kali ini bukan seperti yang kami buat dalam edisi 360 yang lepas. Tapi, kali ini projek ini memaksa kami untuk melaksanakannya di luar negara. Di tempat kejadian yang sebenar. Saya sempat bertemu dengan GOC Malaya Lt. Gen. AEC Percival di sana dengan mesin masa yang ada.

Ya! Projek merentas masa.

Pun begitu, untuk entri hari ini saya bukan mahu menulis mengenai projek tersebut. Entri mendatang nanti akan saya tuliskan setelah gambar-gambar selesai saya buat seleksi dan editing. Tunggu.

Hari ini sedikit berkisar untuk senarai semak yang perlu ada bagi seorang pengembara jalanan setelah saya laluinya secara pragmatik.

Justeru, untuk panduan pengembara jalanan berbeg ringan. Kadang-kadang kalau berjalan jauh banyak aspek yang seringkali kita abaikan apabila kita dalam situasi untuk berjalan jauh. Tidak kira perjalanan di dalam negara ataupun ke luar negara. Tapi, andai kata anda berkelana jauh ke luar negara pastikan persediaan yang cukup anda lakukan walaupun ianya dalam tempoh yang sekejap.

Pertama, pastikan anda telah tidur dengan secukupnya kerna amatlah penting andai esok anda punya perjalanan yang jauh lagi maha memenatkan. Kalau tidak, akan jadi seperti kami. Persis, sepanjang perjalanan di dalam bas anda akan tertidur tanpa sedar. Anda mungkin terlepas pemandangan di siang hari dan menganggu orang lain dengan bunyi dengkur kepenatan anda.

Kedua, pastikan anda punya bekal makanan di dalam beg sandang anda. Mungkin coklat sudah cukup sebagai alas untuk kunyah-kunyah. Tidak pun anda singgah ke mana-mana kedai 7E andai ketemuan. Pastikan ianya halal. Kalau tak, akan jadi seperti kami. Kelesuan di dalam perjalanan. Otak gagal berfungsi bagai kompas hilang arah, tidak tahu untuk membuat keputusan mahu ke mana seterusnya.

Ketiga, please make sure dalam beg ada air mineral. Kalau haus boleh juga minum-minum ketika berjalan. Tidak lah kering sangat nanti tekak tu. Tapi, semalam. Oleh sebab air mineral tiada di dalam beg, hanya sebotol air Season teh lemon saja sebagai bekal. Lebih baik ada daripada tak ada kan?.

Lain-lain mungkin kalian bisa tambah. Itu cuma sedikit postmortem yang boleh saya ringkaskan berdasarkan perjalanan saya semalam.

Erm… sebenarnya, apabila berada di Kota Singa semalam, masalah utama yang saya alami semalam adalah untuk membuang air kucil semasa berada di tandas-tandas awam di sana. Maklumlah, teruna sunti macam saya ni manalah biasa beristinjak dengan kertas-kertas dan tisu-tisu. Tandas-tandasnya kering. Maksud saya tiada air. Huh!

Maka, oleh sebab di dalam tandas tiada air paip. Saya terpaksa lah mengambil tindakan berdasarkan kaedah darurat, mengunakan air teh lemon yang masih ada di dalam kantung beg itu. Pertama kali seumur hidup. Menyesal tak beli air mineral. Kalaulah saya tahu.

Kalau kalian bagaimana? Pilihan yang ada hanya lah tisu dan air botol berisi teh lemon season jenama F&N.

Juga boleh lanjutkan bacaan kalian mengenai perjalanan saya bersama pakwe sunti yang seringkali nak berpegangan tangan dengan saya. Sila klik di SINI


Technorati : , , , , ,

21 Responses to “Beristinjak dengan Teh Lemon Ais”


  1. 1 Azhar Ahmad July 1, 2007 at 5:21 pm

    “Anda mungkin terlepas pemandangan di siang hari dan menganggu orang lain dengan bunyi dengkur kepenatan anda.”

    Ayat ini sungguh menyentap jiwa! Hahhahahahah….

    Hummm….. Kamu juga boleh gunakan air Cola!!! Hahahhah

  2. 2 Syafrizal July 1, 2007 at 5:36 pm

    Hahah air Coke pun ok gak takut terkena tikaman air gas jer hehe.
    Kat Singapore mmg pakai tisu toilet je. Maklumlah western la katakan heheh.

  3. 3 eyda July 1, 2007 at 6:01 pm

    ustaz..labih baik merasa sekali dari langsung tidak merasa.huhuhu

  4. 4 cik yattie July 1, 2007 at 8:49 pm

    tak bau busuk ke tandas kt spore tu kalau xder air?
    er..kalo sy..guna saja air teh lemon tu..xkisah jenama apa asalkan ianya ber air..huhu..

  5. 5 dinswok July 1, 2007 at 9:43 pm

    hahaha!! Tandas yang takde air tu lar yg paling aku fedap. haha!

  6. 6 azrn July 2, 2007 at 12:05 am

    tak melekit ke bahagian itu? hehehe..

  7. 7 rasso July 2, 2007 at 1:57 am

    Azhar Ahmad; Jangan terasa Oke! ehehe
    air cola tak best.. manis banget! ahahaha

    Syafrizal; Tikaman gas tue yang nak rasa kalau boleh…😀

    eyda; ya! setuju.. ehehehe

    cik yattie; Tandas bersih sekali… untuk flush memang ada.. tapi untuk klien nak beristinjak tu masalah sikit walaupun tandas-tandas mereka free belaka.

    dinswok; Uhuhu… tu pasal… tak pandai gune tisu tandas…

    azreen; huh… kamu nye soalan nie..
    ermm… ehem ehem….

  8. 8 nashrex July 2, 2007 at 9:13 am

    Singapore mmg mengada2… keliling laut, air mesti ada. haha~

    * gambar kalini, pokok2 dia nampak semak laaaa

  9. 9 shutterspeaks July 2, 2007 at 12:50 pm

    erkk… g sana mmg leceh. kat mesia pun sama, kebanyakan hotel telah mula kering….

    pertama kali ke singapura, aku bawak air mineral dan roti yg dibeli di petronas, ke Tuas utk mencari kerja, balik hampa

  10. 10 azrn July 2, 2007 at 12:56 pm

    ahahahha…
    next time, amek tisu byk-byk-byk…and then basahkan kat sinki (kalo tandas tu takde sinki, mmg bukan tandas laa tu) and then lap2 bila dah selesai.

    huh! tandas takde air ibarat “nasik lemak tanpa sambal” .. tak nikmat!

  11. 11 kaSyah July 2, 2007 at 6:01 pm

    haha….bro.singapore kan xcukup air…tapi aku kat mesia penah beberapa kali kena..masuk tandas xde air…haha sib baik aku nak terkucill je..

  12. 12 fajar July 2, 2007 at 9:20 pm

    aduhai, kelakar la plak. tp, betul tu, saya pun ada pengalaman mcm tu. masa nak transit kapalterbang dr bristol ke glasgow, perut pulak memulas. isk, tensen betul. dlm toilet tu mmg xde air langsung. so, apa yg perlu dilakukan adalah guna bekas air mineral dan isi dengan air. dah selesai tunaikan hajat, bersihkan guna tisu, then baru la guna air. nak sempurnakan lg, bg rasa bersih, ambil sabun kat luar, then isi balik dgn air kat pili, kemudian isi balik. tapi, seksaaaaanya rasa. lps ni, nak prepare bawak botol kosong yg besar. emergency nanti, senang!

    yup, satu pengajaran yg baru bila kat negara org.

  13. 13 dk July 3, 2007 at 12:40 am

    ermm pakai je tisu.. settle..
    kalo teringin sgt pakai ice lemon tea gak..
    try aaa…
    aku rasa… mcm mencbr sbb sejuk..
    aku kalo beristinjak xleh air sejuk sgt org pns sgt..
    kena sedang2.. :p
    ni ko nk guna yg bergula n sejuk..
    gile aaaa.. kejang beb..

  14. 14 rasso July 3, 2007 at 1:23 am

    nashrex; uhuhu… gambo tu sengaja ako crop… eceli taman tu tak semak…

    shutterspeaks; owhhh…. tak pe… next time bawalah apa yang patut…

    azreen; owhh… gitew sekali metafora kamu ya reen… ‘nasi lemak tanpa sambal’ ako hampir terfikir laen plak… hahahaha

    kaSyah; uhuhu…

    fajar; owhh… bagus juga cadangan itew.. bawa botol… ehehe

    dk; hahaha… leh plak kejang… ceh.. kene lah kocak2 botol tue..
    kasi tak sejuk… kalo ada gas lagi lah naya! hahaha

  15. 15 Lan July 3, 2007 at 1:02 pm

    pengalaman yang aku rasakan ketika dinner di sebuah hotel yang berdekatan UTM.

  16. 16 amna July 3, 2007 at 5:42 pm

    suka perumpamaan cik azreen berkenaan tandas dan nasi lemak. haha
    kalo saya, saya akan bawa beg plastik kecil ke mana, jika tandas tiada air, saya akan keluarkan beg plastik kecil saya dan isikan air di sink. jika dalam kapal terbang, gunakan saja beg isi muntah. haha

  17. 17 kaSyah July 4, 2007 at 6:29 am

    sape kawan ko yg dah ada awek tu…hehe..nak gak ke…kate offline…kuang2

  18. 18 izie July 4, 2007 at 11:59 am

    huhu…mana sanggup istinjak ngan air teh lemon….kita da biasa guna air bersih…huhu…

  19. 19 cikgu July 4, 2007 at 8:47 pm

    Air teh lemon?? Kertas tandas kan ada…

  20. 20 mohdismail @ myframe July 5, 2007 at 11:18 am

    len kali beli baby wet tissue. tapi berangin la kepala tu lepas sapu! wahahaaha…..cam kena gula2 hack! :-p

  21. 21 rasso July 6, 2007 at 8:10 pm

    Lan; Huhuhuhu…

    amna; naek flight jarang buang air… wkakaka… train KTM maybe kot… tp tak de lah plak..😛

    kaSyah; hahahah… sekali sekala online sekejap-sekejap

    izie; alahai… janji air…

    cikgu; Ada… tak biasa…

    mohdismail @ myframe; Owhhh…. macam ada pengalaman nampak😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




July 2007
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: