Bercanda di Kamar Kotak

Aku dipaksa untuk berlagu pada malam minggu itu. Berlagu di dalam bilik kotak di salah satu tempat glamor yang sering jadi tempat tumpuan penduduk tempatan dan juga luar.

Ya! Aku dipaksa untuk berkaraoke oleh dua orang gadis yang seorang masih lagi sunti dan salah seorang lagi sudah tidak sunti. Walaupun mereka tahu, aku bukanlah punya suara yang enak untuk didengar tapi mereka paksa juga aku untuk turut serta malam itu.

Kami menyanyi riang-ria dengan 15 buah lagu semuanya.

Selama ini, pertama kalilah aku bernyanyi karaoke walaupun di luar kamar kotak itu ada ramai orang untuk menunggu giliran mereka mengunakan kamar kami. Aku tahu, mereka tidak mampu untuk mendengar suara sumbang aku berlagu. Hohoho.

Mulanya, aku begitu segan banget untuk mengeluarkan suara aku pada microfon itu. Dendang lagu pop-indo jadi pilihan mereka, aku turuti saja. Tapi, bila mereka usai menyanyi mereka paksa aku pulak untuk menyanyi. Lan, kami backup kau. Nanyi jer, suara kami bukan enak pun. Kata mereka pada aku. Cuba menggalakkan.

Lalalalalalala…. Aku menyanyi karaoke sambil pegang mic gaya Mas Idayu.

Wewwit! Kuat sikit. Jerit gadis sunti pada aku dengan mic di tangannya. Lantas aku kuat lagi.

La…la… la…. Lagu Dewa aku nyanyi satu. Huhu…

Pertama kali aku menyanyi dengan sungguh-sungguh. Baru aku tau, menyanyi ini bisa menghilangkan tekanan. Tidak perlulah lagi selepas ini aku merempit seperti mat rempit di atas jalanraya memecut laju. Just berlagu di dalam kamar kotak itu dengan bayaran satu lagu RM1 lebih selamat bukan?

La….la..lalalalala…..

Cuti semester dah nak habis. Terasa bosan lah pulak. Dah kene mula masuk kuliah lah minggu depan.Walaupun cuti kali ini aku bercuti sakan di negeri Johor tanpa pulang ke rumah halaman. Mungkin hujung tahun ini baru aku balik ke sana.


Technorati : , , , , , , , ,

11 Responses to “Bercanda di Kamar Kotak”


  1. 1 shutterspeaks July 6, 2007 at 11:47 am

    hahaha… berkaraoklah yang aku paling xkan buat. kalau nak ajak aku, aku boleh jadi tukang pilih lagu di antaramuka paparan itu sahaja, pegang mic dan keluarkan suara? minta maaf… suara aku terlalu enak utk kau dengar ekekek

    gadis sunti dan tidak sunti?πŸ˜›

  2. 2 chot July 6, 2007 at 3:33 pm

    oo aku xpandai menyanyi dan malu utk berdiri di khalayak ramai…

  3. 3 amna July 6, 2007 at 4:46 pm

    haha.. bagaimana agaknya suara kurang enak en rasso. haha. bingit atau sentimental? kena dengan chord x? haha.. komen saya juga merepek. saya juga mahu taw tentang sunti & tidak sunti. haha.

  4. 4 Azhar Ahmad July 6, 2007 at 6:40 pm

    Hahahha, gadis sunti dengan teruna-bukan-sunti… Hahahhaha…. Kamu lan, bukakah lagu dangdut pilihanmu….

  5. 5 nashrex July 6, 2007 at 7:38 pm

    aku pun br je berkaraoke dgn puas ati smlm. slalu follow main jerit jauh2 je.

  6. 6 rasso July 6, 2007 at 8:06 pm

    shutterspeaks; hahaha… kene try sekali skala… walaupun ako tak suke.. tapi semacam sudah mule jatuh chenta.. wkakaka… aku tau suaraku juga sumbang..πŸ˜›

    sunti dan tidak sunti itu rahsia..

    chot; uhuhuhu… same lah kite… dalam bilik kotak nie tak pe lah.. orang luar tak dengar.. hahaha

    amna; mestilah kedua-duanya sekali…. mestilah kene dengan chordnya… kamu mahu tahu? owh tak perlu… hihihi.. belum tiba masanya lagi..πŸ˜€

    Azhar Ahmad; Hahaha… Selain lagu pop indo.. dangdut pop juga jadi pilihan ati.. imejan saja gaya saya memegang mic tue.. ada gaya Mas dong! auuuwwwW!

    nashrex; Uhuhu.. betul tu. Kita bukan penyanyi… main jerit-jerit bisa aja…. andai ada gadis plastik mesti best.. hahahha
    JERIT!!!!

  7. 7 cikgu July 6, 2007 at 8:53 pm

    Kalo org tu semput je menyanyi, ertinya dia x atau blom pande..apatah lagi kalo tejerit2, sakitkan telinga orang je…. Practice make perfect… anyway, it suppose to be fun

  8. 8 azrn July 6, 2007 at 9:47 pm

    amna: tanya saya utk lebih lanjut tentang ton suara encik lan.

    lan: alahai~ riang ria nampak…hahahaha…mesti terkuar suara “ayu”

  9. 9 rasso July 7, 2007 at 12:16 am

    cikgu; hehehe… tapi saya mallew… suara saya enak… macam artis indonesia menyanyi tue… lalallala….

    azreen; AuuuuwWWw!
    ayu lah jugak… hahahhaa

  10. 10 dk July 7, 2007 at 12:22 am

    jom aa join aku karaoke.. hehe…
    lagu2 indon ni..
    mmg lyn..
    tambah2 dangdut.. ihiks…
    iwan ke
    amerlina ke..
    muahahah

  11. 11 Lan July 7, 2007 at 1:32 pm

    bila mahu karaoke dengan ku? takutkah?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




July 2007
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: