Si Petunia Sudah Pandai Panggil-panggil Sayang


Hari ini.

Aku belajar frasa baru yang berani dan meruntun jiwa. Bagai ada aura yang hadir bersama frasa itu yang sebelum ini aku tidak pernah rasa. Mungkin pernah dengar tapi tanpa ada aura. Hahaha.

Sayang…!

Ya… itu dia.

Tekadang, aku sudah jarang untuk membalas mesej ringkas pada telefon genggam aku setelah aku faham isi maksud pesanan yang pernah aku terima beberapa minggu sebelum ini. Itu pun bila aku tanyakan pada Prof aku maksud mesej ringkas itu.

Aku perlu bantuan Prof aku untuk membuat intrepetasi maksud mesej ringkas aka SMS itu. Dia lebih pakar.

Hari itu.

Prof aku sekadar memberi nasihat minta agar aku bersabar setelah dia membuat terjemahan dan tafsiran yang tersirat dan tersurat mengenai isi kandung pesanan ringkas yang aku terima itu. Riak tenangnya memberitahu khabar yang aku kira suatu yang sedih. Ya! Sebelum gadis Petunia itu datang ke hidupku. Hari itu.

Kali ini, Petunia sudah berani panggil-panggil sayang pada aku. Adakah dia tahu?

Kadang-kadang, frasa itu buat aku keliru. Ya, keliru.

Mengapa ada gadis menawan sepertinya yang punya mata berwarna seperti itu; yang seringkali ku lihat dari jauh memakai gaun malam cuba untuk mendampingi aku. Sedangkan ada orang yang lebih baik dari aku.

Kali ini, aku syak yang Petunia ada rancangan sulit yang lebih daripada itu. Mungkin ada pakatan sulit di kalangan gadis sepertinya. Dia dan kawan-kawannya mungkin. Tapi dia mana ada kawan. Kamu tahu kan? Seperti komplot-komplot orang berprofile tinggi itu.

Tapi nak buat apa, andai dia punya rencana tersendiri? Buatlah. Aku rela. Hahahaha.

Semester sudah bermula. Aku mula sibuk dengan isi borang itu dan ini. Tulis surat itu dan ini. Cari kelas itu dan ini. Kenal tok guru itu dan ini. Dan yang pastinya, aku kene belajar untuk tidur awal dan bangun awal lah selepas ini. Aduhai!

Tags: , , , , , , ,

20 Responses to “Si Petunia Sudah Pandai Panggil-panggil Sayang”


  1. 1 shutterspeaks July 10, 2007 at 12:03 am

    kau semakin was-was dengan golongan gadis? kenapa kau berpikiran mereka ada komplot? apa2pun, jgn mudah terjatuh dengan kata2 sayang, mudah benar dia menyatakan sayang….

    yg tgh panjat tangga tuh bro azhar ker? dan di sebelahnya itu?

  2. 2 chot July 10, 2007 at 10:18 am

    meremang aku dengar perkataan sayang….ehhehe

  3. 3 kaSyah July 10, 2007 at 12:44 pm

    sayang…oh …sayang…sukar untuk dimengertikan andai ada gadis bersms begitu padaku. aku curiga samada mereka itu ikhlas atau ada komplot..hehe.

    aku nak tanya sket. adakah petunia itu pernah bercinta?hehe..:D

  4. 4 rasso July 10, 2007 at 8:07 pm

    shutterspeaks; Hahahaha… Persis.. ako semakin was-was (Gunekan dengan was-was)… aku syak mereka / dia punya misi sulit… ke arah yang ‘SULIT’ hahaha….

    Yup… itu dia.. oppsss…. itu kene tanya pada empunya diri yang berada di sebelah gadis itu. (SULIT) hahahahaa…

    chot; Hahahaa…. ada aura tu… pasni senang lah bergurau manje 😛

    kaSyah; Setuju! Aku tak curiga.. tapi seringkali SYAK!

    Ermm…. aku rasa dia mungkin pernah berchenta… ako tak tanya lagi 😀
    hahaha

  5. 5 catz July 10, 2007 at 9:12 pm

    aduh..bisa runtuh hati kau yerk..hehehe..jgn disalah mengertikan kerana “sayang” itu sudah biasa digunakan bukan setakat kemesraan tp bidalan utk hubungan yg lebih intim..hehe

  6. 6 dk July 10, 2007 at 9:18 pm

    hoho nama dh best Petunia.. org manakah itu..
    meh la aku ajar…
    cmne utk ko memahami…
    mendlami…
    n mentafsir…
    letak aa pic dia..
    nnti aku tlg tafsirkan..
    ahahaha..

    tpkan aku rasa.. kot dia btul2 suka ko..
    apalah kiranye ko..
    menerima seadanye..
    jadi ala ala eskandar dlm manjalara… 😛

  7. 7 kaSyah July 11, 2007 at 10:27 am

    kalo penah bercinta, ada sket komplot yg aku syak..haha

  8. 8 Lan de Lamprey July 11, 2007 at 10:57 am

    petuni ni laki ker pompuan?????? Jawab!!! Jawab!!!!!

  9. 9 azrn July 11, 2007 at 12:16 pm

    hahaha… ala-ala eskandar dlm manjalara bak kata cik DK. hehehe…
    perempuan, sentiasa ada muslihat. jadi tak jadi saja. hati2 laa…

  10. 10 -fAiZiQ- July 11, 2007 at 4:11 pm

    Golongan Petunia??? hmmm… org yang mudah mengucapkan kata2 cinta mmg sukar untuk dipercayai. Sepatutnya, kite kenal hati budi seseorang itu. Kenal luar dan dalam.. (oopppsss… yang dalam tu jgn fikir lain tau….huhuhuhu) sebelum mengungkapkan kata2 cinta.

    Apa keistimewaan “Gadis Petunia” ni….??? *blink* *blink* *blink*

  11. 11 Azhar Ahmad July 12, 2007 at 7:37 am

    Huh, buntutku menjadi mangsa!!!!! Ahhhhh ganguan seksual!!!!

    Sayang, terasa seperti diriku!

  12. 12 rasso July 12, 2007 at 7:46 am

    catz; Owhhh… intim.

    dk; profil Petunia adalah SULIT… kali ini ako enggak bisa paparkan untuk mu. Kerna aku takut ada yang cemburu…

    hahahaha… ko layan manjalara? Perghhh…. opsss.. ako luper…kat korea mana ada tv Mesia 😛

    kaSyah; Hihihihi…

    Lan de Lamprey; Kau rasa?

    azreen; Owhhh… ada yang gagal juga le ye? Kalo gitu… ajar daku simptom-simptomnye.

    -fAUZIQ-; Uhuhuhu…. ya.. kenal luar dan dalam… bukan lihat ye? hahahaha…

    Keistemewaan dia: dia hadir bila aku gersang dan nestapa.

    Azhar Ahmad; Hahaha.. u Buntut very seksi… auuwwww!
    kamu kah? 😛

  13. 13 dk July 12, 2007 at 8:35 am

    hahaha… aku dh kat Msia aa..
    apa aa ko ni..
    hahahha.. dgn aku mau sulit2 ke..
    eh jap petunia tu nama org ke…
    atau bangsa?
    musykil aku.. hehe..

  14. 14 rasso July 12, 2007 at 9:24 am

    dk; Uhuhu… ako tahu ko dah ada di Malaysia. Layan jer ko citer chenta-chenta tu ek. Hahahahha…. sejak dua menjak ni ako dah jadi pemalew… Rasso sekarang bukan Rasso yang dulu lagi. Rasso sekarang sudah pandai malew-malew. Petunia tu nama Genus dalam botani. Hahaha… tapi dia seorang gadis yang mengoda 😛

  15. 15 yattie July 12, 2007 at 12:21 pm

    wah.jgn mudah jatuh syg..
    berkawan la dulu..nnt menyesal..hehe.

  16. 17 dk July 12, 2007 at 2:53 pm

    apa ni.. genus tu apa?botani tu apa?
    aiseh lan.. ko ni xde bahasa2 mudah ke..
    ihiks..
    ooo yg mengoda amat best.. ihiks.. :p

    bila nk lepak dgn aku..
    aku naikkan semangat ko balik..
    seru semangat ko ihiks :p

  17. 18 AyAres151 July 12, 2007 at 5:43 pm

    jgn lupa job2 di hujung minggu selain kelas2 di hari2 biasa mu..

  18. 19 rasso July 12, 2007 at 11:48 pm

    yattie; Baek cik yattie.. nasihat itu akan saya turuti sedayanye…

    kaSyah; Jom… belanje 😛

    dk; hahahaha… tu nama saintifik la… nama keluarga tumbuh-tumbuhan…
    hehehe.. memang best! AuuuuWww…!
    Aku macam sibuk jer sem ni… ko lah turun JB…
    tolong naekkan semangat ako 😛
    ko ada ilmu seru2 semangat ker? Perghhhh….

    AyAres151; Baek.. ada dicatatkan di sisi bar blog ni.. uhuhu

  19. 20 dk July 13, 2007 at 12:48 pm

    aku turun jb tu x janji aa
    lg pun.. aku bukan ada kwn2 kt jb..
    nk lepak mana nnti
    huhuh..
    tgk aa cmne ok…
    x janji..
    kalo jadi.. mmg aku seru semangat ko..
    hahaha.. :p


Leave a reply to kaSyah Cancel reply




July 2007
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

Blog Stats

  • 15,360 hits