Tujuh Puluh Kilogram

<center><img src=”http://farm3.static.flickr.com/2131/1906818969_0577cb6027.jpg”></center&gt;
Aku ada cerita kat korang. Korang nak tau tak? Dulu, berat badan aku 56 kilo. Tapi, bile aku rasa secure dengan dia. Aku makan tak hengat dunia. Hati senang katakan. Orang lain tegur aku pun tak kisah. Mana taknya. Asyik makan jer.

(Naik dan terus naik untuk sekian waktu)

Suatu hari tu, dia tinggalkan aku. Salah satu sebabnya disebabkan berat badan aku 70 kilo. Memang aku sendiri tak perasan. Seluar aku sampai saiz 36. Tak hengat tul. Boleh pulak aku tak perasan perubahan fizikal aku. Tapi dia perasan. Sebab tu dia tinggalkan aku. Aku sedih.

Suatu hari tu, selepas kejadian tu. Waktu cuti semester. Oleh sebab kedudukan kami masih seperti tali gantung. Antara ada dan takde. Aku nekad, dalam durasi tiga bulan tu aku mesti kurus kembali. Sebelum buka awal semester aku punya target mesti kurus dan ayu. Persis. Aku nekad.

Hari pertama. Pagi aku skipping 500 kali. Memang penat pertama kali. Petang aku skipping lagi 500 kali. Memang penat waktu permulaan itu. Lama-lama tak terasa. Sehari aku mesti skipping 1000 kali selama tiga bulan tu untuk mendapat susuk tubuh yang aku hendaki. Dalam tiga bulan tu, sungguh aku tak makan langsung nasi. Korang percaya tak? Ini cerita betul. Aku tak tipu.

Buka saja semester aku dah kembali ke 54 kilo. Itu pasal aku kurus sampai sekarang. Ada yang bilang aku ni keding. Aiman tak kisah. Korang jangan hairan. Kerna ditinggalkan aku sanggup. Tapi bila aku kurus semula, aku tak kembali pada dia lagi. Sebab, aku dah buat backup sebelum ada ribut atau gunung berapi meletup.

Dulu lain, sekarang dah lain. (sambil siul dan nyanyi. Lalalala)

Alahai.

Tags: , , , , , , , , ,

30 Responses to “Tujuh Puluh Kilogram”


  1. 1 azrn November 16, 2007 at 2:55 am

    mcm bisa nampak je muka-muka mereka ni..hehehe…
    ermm… tp mmg betul..berat badan otomatik berubah bila ada enzim2 kebahagiaan dirembeskan. hehehe….

  2. 2 azrn November 16, 2007 at 3:16 am

    eip! anyway…nak offtopik sat. cop! jantan jahanam (jj) tu sangat menyampwah ok! kami x penah ade sebararang affair mahupon pegi ke fak funfair bersama! dia yg menumpang populariti saye! (erk!? fofuler ke?) hekk! menci gak! nyampah! kenapala dunia ni kecik eak? ishk..igtkan nak pupuskan dia je dari utm ni. and awek gebu dia tu, pon salah sekor mangsa si jj. ishkk! and bulan lepas, ade khabar berita (yang tak sepatutnya saye amek tahu) dan berita tu agak jitu dan boleh pakai. masing2 dah tak sehaluan, sekiri mahupun sekanan!
    aargghhh! org camtu mmg patut dijahanamkan sebelum ramai lagi yg jadi mangsa dia. (huh~ sorry ter-emo…maklumlah hormon pelik2 muncul time exam ni) haih~

  3. 3 a.o November 16, 2007 at 3:40 am

    saiz 36? benar? sungguh sukar ku percaya…
    tambah la balik. nak tgh mcm mne rupe. nampak gagah sikit kot 🙂

  4. 4 Azhar Ahmad November 16, 2007 at 8:54 am

    Hehhhh, orang mahu mengelak gunung berapi kena makan banyak2. nanti kebuluran… lalalalalal… Baguslah… Gadis juga macam kamu… hahahahah, nampaknya, pantai dan laut adalah tempat larangan kamu berdua… lalalalalal

  5. 5 pHu YiNG November 16, 2007 at 9:21 am

    Hah? Betul ke. I kenal u dari Tahun 1, masa bila naik sampai 70kg. Boleh masuk ‘Ripley’s Believe It Or Not’ ni..

  6. 6 pHu YiNG November 16, 2007 at 9:23 am

    azrn,

    siapa? siapa? Mari kita mengumpat..

  7. 7 mazudi November 16, 2007 at 10:23 am

    Huk Alloh. Besar nya pengaruh…..

  8. 8 CypherHackz November 16, 2007 at 3:33 pm

    kau rasa2 die ada baca tak entri kau ni? die ada tak terkedu ke, terkesima ke, dsb nya?

  9. 9 astigmatism November 17, 2007 at 12:02 am

    Hohoho.. Tips baru ne.. No nasi ok la…Skipping 1000 kali? 100 kali pun tak tentu..

  10. 10 rasso November 17, 2007 at 2:19 am

    azreen,
    uhuhu… salah seorang tu duduk di Taman kayangan kamu…. mungkin kamu acap temu mereka… gadis memang begitu.. mudah ajer…

    OT jugak; JJ tu ape citer.. nanti kamu stowi kat saya… patutlah saya jarang nampak beliau dengan cewek cun ittew… kalau lah betul perkhabaran itu… bolehlah saya masuk line… ermmm… cewah!

    amna,
    cewah… hahahha.. lebih jelita dan ayu… sungguh…
    :perasaan:

    Azhar Ahmad,
    pantai dan laut? tempat larangan kah itu? kenapa ya?
    ermmm…. (garu-garu kepala)

    Phuying,
    Leh jer…
    hahaha… kamu nampak orang lain kot…. eehehe

    Leh plak nak gossip ngan azreen. Oucch!

    mazudi,
    ermm.. iye lah… paradigma untuk kurus tu ada..
    sampai jadi keding… cewah…

    CypherHackz,
    tak tau lah… ako tak pasti dia rajin buka blog ker tak…
    jiwa lain-lain…

    astigmatism,
    Hahahaha…
    Nak seribu daya… tak nak berjuta dalih…
    tu jer… kalo orang lain boleh asal kite tak leh… cewah!

  11. 12 azrn November 17, 2007 at 5:22 pm

    hehehe…

    OT: mmg perkhabaran ittew benar! sah dah skrang. hehe..kerana si prangai JJ tu jgk lah. tu la..dah cewek cun melecun pon, buat perangai lagi. huh~ padan muka. ermm..ok..nanti kita stori-telling🙂 hahaha..eip! JJ tu mmg ampeh betul la. ermm..dia dok Taman mane ea?

  12. 13 syuxx November 17, 2007 at 7:41 pm

    wahh, aku suka smgt kau tu..
    i hope aku dpt bwat mcm yg kau bwat jugak..

  13. 14 pHu YiNG November 17, 2007 at 8:15 pm

    Azreen tak layan cane nak bergosip. Tadi Phuying ke KFC, beli meal dapat speaker yang bentuk macam bucket. Chumel~

  14. 15 azrn November 17, 2007 at 8:19 pm

    phuyinG — alahai…. ermm…kamu nak mencelah gosip yaa? ehehe…kena tau akar cerita.

  15. 17 fizz November 18, 2007 at 11:51 am

    dasat kamu skipping sampai 1000 kali..sy skipping 200 kali pon sy rs dh penat..rupe2nya ade org lg dasat dr saya..uish lps ni kena up skipping ni..hehe🙂

  16. 18 azrn November 18, 2007 at 12:52 pm

    uik? merjok? alalalala…meh sini..meh sini.. hehe…kami sedang umpat sorang makhluk spesies lelaki yg use-less! harapan-less! perangai-less! hehehe…

  17. 19 musafir November 18, 2007 at 5:11 pm

    hoho..mana seluar-seluar yang besar-besar dulu tu..jangan buang dulu. saya semakin besar….so, dapat elakkan membazir!!

  18. 20 megat November 19, 2007 at 9:21 am

    klu camtu, aku musti guna petua ko nie en lan!
    sejak aku jatuh sakit bebaru nie. aku musti jaga kesihatan. langkah pertama aku inginkan badan aku sasa wakaka

  19. 21 dk November 19, 2007 at 11:46 am

    gile aaa lan…
    ko gain 70kg…
    skrg tinggal 54kg balik….
    kalo aku ada semangat skipping 1000kali sehari..
    dh pasti aku xyah lyn gym..
    gi gym pun lari 2minit aku dh jln..haha :p

    kalo la berat aku 54kg..
    mungkinkah aku akan ada kamera cm ko?

  20. 22 Tok Rimau November 19, 2007 at 11:48 am

    She’s crazy. But I like crazy people.

  21. 23 eMpTycuBe November 19, 2007 at 4:12 pm

    rasso… ko tak tgk aku..dari beratus kg jatuh 65 kg..amacam kagum tak..cerita penuh di sini

    http://emptycube.net/health/how-to-get-ur-ideal-weight-in-3-months%e2%80%a6/

  22. 24 rasso November 20, 2007 at 8:10 am

    yginsaf,
    jangan pandang lelama…

    azreen,
    Ok.. bereh!

    Phuying,
    Jangan lah merajuk pada azreen tue… susah nak pujuk nanti…

    fizz,
    teruskan perjuangan…

    musafir,
    ececee… hehehee.. tak seswai untuk kamu…

    megat,
    iya.. persis.. kene praktis dan praktik…
    maju terus maju pakcik megat…

    dk,
    hahhaha…
    ko main skipping jer..
    tak yah gi gym…
    dapat lompat-lompat pun dah oke…
    kamera takde kene mengena langsung…

    Tok Rimau,
    Hahahhaa… tul..
    saya juga.. tapi bukan dia…

    eMpTycuBe,
    Ako kagum gak kat ko…
    mantap… tapi ako nak gemuk….

  23. 25 pHu YiNG November 20, 2007 at 8:29 am

    azrn,

    Rasso tak bagi merajuk. Phuying tak merajuk pun.Ha ha!

  24. 26 Lord Lan Gigih main pokemon (??) November 20, 2007 at 2:30 pm

    tipulah sampai 70 kg dulu…tiiiiipuuuuuuuu!!!

  25. 27 mangosteenskin November 21, 2007 at 9:59 am

    lepas ni aku nak g beli skipping rope. HAHA!

  26. 28 rasso November 22, 2007 at 7:24 am

    Phuying,
    hahahaha…

    Lan Maharaja,
    Hahahhaa

    mangosteenskin,
    beli jangan tak beli…
    tingkatkan usaha…

  27. 29 neutronics December 1, 2007 at 7:27 pm

    ahaha.. berat dah naik pun dah x perasan.😀


  1. 1 My Personal Blog » Tujuh Puluh Kilogram Trackback on November 16, 2007 at 1:10 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




November 2007
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: