Mimpi Indah Malam Minggu Si Lelaki Sunti

Malam minggu, lazimnya sebagai seorang lelaki sunti yang kadang-kadang punya masa lapang dan kadang-kadang sibuk dengan kerja dan kawan-kawan. Kadang-kadang itu juga, keluar dengan kawan-kawan juga perlu. Agaknya aku sudah lama tidak keluar dengan kawan lelaki.

Malam minggu, aku dengan seorang kawan lelaki dan juga kawan lelaki seorang lagi yang mengaku dirinya selebriti. Katanya padaku. Hahaha. Kami berpoya sambil membuat aktiviti riadah mata yang baru pertama aku sertai yang mereka sudah beberapa kali.

Malam minggu itu, kami isi malam minggu itu dengan program marathon wayang. Persis, malam itu malam yang bukan untuk aku sebagai lelaki sunti kerna di awal acara saja aktif. Bila masuk sesi kedua dan ketiga. Aku kecundang dengan bunyi-bunyian. Malunya. Kata kawan aku, ada orang tu tutup mata sambil keluar bunyi lagi tu.

Sebenarnya, aku tidak tahu mengapa aku tertidur di wayang. Penat mungkin? Atau air bandung itu? Aku rasa ini kali kedua aku terlelap di pawagam tatkala menonton wayang. Pertama kali, ketika menonton cerita Replacement Killer dulu. Kali ini peristiwa itu berulang lagi. Aku kecundang dua filem dari tiga filem malam minggu itu. Filem satu, Cloverfiel aku masih dapat tonton hingga habis hingga kepala pening. Filem dua, Meet the Spartans mungkin aku berjaya tonton separuh masa saja. Mungkin, sedar-sedar dah habis. Filem tiga, Gabriel hanya bisa nonton permulaan sekejap dan akhir cerita malaikat yang sedang bertarung, lantas sambung tidur lagi. Sedar-sedar habis. Alahai.

Aku membuat konklusi, pastikan keluar tonton wayang dengan gadis pada malam minggu. Persis tidak mengantuk di malam minggu. Huh.

Technorati:

19 Responses to “Mimpi Indah Malam Minggu Si Lelaki Sunti”


  1. 1 Tok Rimau January 28, 2008 at 8:28 am

    Inbox dilanggar geroda. Kau boleh dengar angin bertiup.

    Tok Rimau’s last blog post..JANGAN RASUAH SAYA

  2. 2 dk January 28, 2008 at 11:52 am

    tu aa aku dh ckp jgn marathon.. ko degil… hehe…
    tgk2 wayang ni aku dh tau sgt…
    ko nk marathon leh.. tp kena waktu cmni..
    11pg sekali…
    5ptg sekali..
    11mlm sekali…
    aku penah buat cmni…
    mmg x ngantuk…
    oo ya plus dgn 3org berlainan ok.. :p

  3. 3 azrn January 28, 2008 at 12:23 pm

    ishk..ishk..ishk…
    tak nikmat tido dlm wayang! huhuhu..rugi~ rugi~

  4. 4 Azhar Ahmad January 28, 2008 at 1:53 pm

    Hahahha, masih terfikir, tatkala panggung wayang sedang gegak gempita, dek kelucuan Meet The Spartans, masih ada insan yang mampu menutup telinganya seperti sang Gajah… hummm… Sound proof kah? Atau Gegendang bermasalah? Ahahahahahhahah

    Azhar Ahmad’s last blog post..Bila Anak Lelaki Mula Berdandan

  5. 5 musafir January 28, 2008 at 5:46 pm

    Kena cari ubat tahan tido..ala..macam ubat tahan sakit tu..

    musafir’s last blog post..SAJAK-SAJAK DUKA LARA

  6. 6 WaWa January 28, 2008 at 9:04 pm

    mana ada orang marathon tengah2 malam. aiyak.. haha.

  7. 7 rasso January 28, 2008 at 9:39 pm

    Tok Rimau,
    Huhu… tau takpe…

    Dk,
    Hohoho… gosh!
    3 orang yang berlainan tu… ko memang praktikal…
    sedikit setuju…

    azreen,
    bila dah ngantuk sesangat…
    mane-mane leh tido…

    Azhar Ahmad,
    hohoho… siapa gerangan orang tersebut uols?
    konfius… hahahaha

    musafir,
    hahaha… tu pasal… ada kondisi gak makan ubat tu leh ngantuk..

    WaWa,
    Ade jer… panggung wayang buka sampai kol 4 pagi…
    alahai~

  8. 8 dk January 28, 2008 at 10:43 pm

    kadang2.. kena teori n praktik kan sekali..

    ok nextime ko lak try…
    confirm x tido..

  9. 9 Rjuna January 29, 2008 at 12:27 am

    Sama la ngan aku bro, cerita Transformers ngan Beowulf lepas aku selamba bantai tido, apa kes? faktor makan juga main peranan penting, kalau boleh jangan makan apa2 sebelu menonton

    Rjuna’s last blog post..Sheila Abdul-Mungkinkah

  10. 10 ahib0205 January 29, 2008 at 7:32 am

    hahah. aku pun pernah lena dlm panggung.. sbb letih sgt n tak feeling kot. wat rugi duit jek😛

    ahib0205’s last blog post..All about MONEY 001

  11. 11 syia January 29, 2008 at 8:09 am

    aduhai tidur kat wayang? huhu.. mesti sejuk sangat sampat terlena

  12. 12 aTiQah January 29, 2008 at 5:51 pm

    sayang duit jek masuk dan tidur…isk3…ke ada orang sponsor?huhu

    aTiQah’s last blog post..REHLAH

  13. 13 megat January 29, 2008 at 6:47 pm

    Huh ruginya tido dlm panggung!? Klu panggung bersila masa kat kampung tu takpe la juga. Ini panggung bayo

    megat’s last blog post..Cuti Rehat

  14. 14 Mr Ah Fa January 30, 2008 at 1:23 am

    Hahaha, aku penah jugak tengok wayang sampai tertido. Sebab masa tu girlfren ku mengajak tengok cerita tempatan yang tak seram padaku. "Pontianak Harum Sundal Malam" lakonan Maya Karin

  15. 15 melayubuntu January 30, 2008 at 2:46 am

    hah? kesuntian itu telah dinodai..waahhaha..

    melayubuntu’s last blog post..Merakam, Mengedit dan Berkongsi video desktop Ubuntu

  16. 16 mazudi January 31, 2008 at 9:18 am

    Lena dalam wayang eek. Aku ada pengalaman tu, biarpun malam minggu dan bersama sang gadis. Dulu dulu.

    mazudi’s last blog post..Tanpa Kertas

  17. 17 Amyz February 1, 2008 at 1:06 am

    tengok wayang lelaki sama lelaki mmg ngantuk! ahaha..

  18. 18 Izie February 1, 2008 at 9:34 am

    lePas neH kiTa saMa-saMa maRathoN kaT paDang pLak..
    kaT paNggUng abeSkan dWit jeRk..
    kaLau tGk aBes xpE..
    niE tDo..
    naSib baIk guNer sTudeNt caRd..
    leH disKaun..heheh..:)

  19. 19 rasso February 5, 2008 at 12:48 pm

    dk,
    ok… ako praktikan🙂

    rjuna,
    faktor makan… setuju, maklumlah.. time nak gi tengok movie tu.. leh plak layan bandung cincau…

    ahib0205,
    hahaha…
    dah tak leh buat pe2… stamina tak kental bro🙂

    syia,
    hahaha…
    bukan sebab sejuk… tapi memang mengantuk sangat time tu..

    aTiqah,
    hahaha… tengok wayang… sendirik2 jer… takde orang sponser kali nie..

    megat,
    huhuhu… dah tertido bro…
    faktor kebarangkalian, sebab takde awek kot? terune jer di sisi😛

    Mr Ah Fa,
    Hahaha… leh lak terlelap ngan gadis?

    melayubuntu,
    Hohoo…
    masih suci lagi…

    mazudi,
    ek?
    hahahahaha…

    Amyz,
    Tul… kalo dengan sang gadis ngak apa kan?

    Izie,
    hahhaa… malam-malam mane de diskaun😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: