Hati Mengumam di MASKARA 6 – Dari Selatan dengan BMW, Dari Sentral Malaya dengan BAS Transnasional


Berangkat dari Kota Selatan Jumaat yang lepas. Dari sana, pergi bersama Tok Rimau dan Dean Sham dengan aweknya. Maksud aku, BMWnya.

Kami tiba di Kota Metro itu sekitar jam lima petang. Jalan di sana sungguh macet. Kami berhenti di Subang Parade, duduk di Coffee Bean memandangkan ada janji temu yang lain di sana. Sambil duduk menikmati Mocha blended dan melayari internet, aku dan Nia.

Dean Sham hantar aku dan Tok Rimau ke UTM KL usai saja janji temu itu, kami duduk menyewa di BATC (Business for Advance Technology Centre) untuk dua malam di Kota Metro itu. Mujur kamar yang kami sewa itu punya wifi, tidaklah sunyi malam kami di BATC. Al-maklumat, kamar yang disewa tidak punya peti TV.

Sabtu itu, pagi. Kami di Rumah Pena. Mengemas apa yang patut. Pentas, sapu lantai, angkat meja, pasang backdrop. Sambil makan-makan, cakap-cakap, sapu-sapu, pasang-pasang. Kerja sampai petang.

Petang itu, Kami pergi ke majlis walimah en Attok. Jumpa pengantin, juga ketemu juga Junaidx.net di majlis tu bersama isteri kesayangan beliau. Hahaha. Dunia ini kecil.

Usai di majlis walimah. Kami ke Carefour, shopping mic dan baju dan juga barang-barang kecil. Aku sedikit mabuk ketika itu, mabuk naik kereta. Maklumlah, Kuala Lumpur sangat macet.

Malam di Rumah Pena. Malam itu, titis-titis hujan turun. Walaupun hujan, ramai juga yang hadir.

Sampai di sana, aku segera susun buku, dvd Kiri dan BALO di luar. Maklumlah, malam itu nak jual apa yang patut untuk tampung kos overhed kami yang datang dari Kota Selatan.

Malam itu, jumpa Sufian Abas; aku beli buku baru dia Kasut Biru Rubina. Aku ditegur oleh Jimadie. Aku jumpa cik Bayan, tapi tak sempat snap gambar dia. Alahai. Sebenarnya saya malu dengan dia, dia gadis, saya teruna. Mana mungkin boleh mesra-mesra. Itu pun, tahu-tahu dia dah balik meninggalkan MASKARA. Alahai. Nasib.

Apapun, MASKARA 6 sangat cool! Semua yang hadir memang cool.

p.s. Sebenarnya aku masih mabuk! Mabuk kepayang. Mabuk naik bas. Hahahhaa

Koleksi Gambar di MASKARA 6 ada di SINI

 

Technorati:

6 Responses to “Hati Mengumam di MASKARA 6 – Dari Selatan dengan BMW, Dari Sentral Malaya dengan BAS Transnasional”


  1. 1 bayan February 5, 2008 at 2:06 pm

    ya…saya perasan kamu sedikit mabuk. Mabuk tanpa alkohol.

    bayan’s last blog post..Nilai Kejam Itu Ada Dalam Bas Juga

  2. 2 azrn February 5, 2008 at 3:08 pm

    urmm..kamu mmg cepat maBuk. huh~

  3. 3 WaWa February 5, 2008 at 3:41 pm

    ko mabuk naik bas ke, atau mabuk minum bir yang disediakan masa maskara tu? haaa.. jangan nak tipu. jeng jeng jeng!!

  4. 4 Azhar Ahmad February 6, 2008 at 4:03 am

    Dan saya di JB kesiangan menunggu kamu bersama Difa….

    Azhar Ahmad’s last blog post..Dia Akan Datang Lagi?

  5. 5 Tok Rimau February 6, 2008 at 1:13 pm

    Tok beli spender di Carrefour. Lupa bawa bekalan dari JB.

    Tok Rimau’s last blog post..MASKARA 6 A

  6. 6 rasso February 6, 2008 at 2:33 pm

    bayan,
    hahaha…. mabuk rendhu😛

    azreen,
    naek bas jer…. mungkin faktor tiada gadis..😛

    WaWa,
    hahhaha….. mane de… mane de…
    (mate tengok atas)

    Azhar Ahmad,
    Cis… nak nyakat lah tu uols!

    Tok Rimau,
    hahhaha…
    tu pasal….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,619 hits

%d bloggers like this: