Jangan Ajak Aku Berjalan di Lorong Sempit dan Gelap Itu

Malam minggu. Kami berpegang tangan di bawah lampu jalan yang sinarnya jelas kuning. Dari tangga jejantas dia sudah mula merungut kepenatan. Kita naik teksi saja? Rungut gadis mata bundar.

Aku hanya diam saja, terus berjalan tanpa peduli bebelan gadis yang kepenatan. Aku syak kakinya sudah melecet. Baru belajar pakai kasut tumit tinggi. Selama ini keluar dengan aku bersandel rata. Hari ini format kasut sampai ke pakaian amatlah lain. Warna apatah lagi. Tidak seperti selalu.

Kenapa kita tak lalu sini saja? Kan sini cepat.

Gadis mata bundar terus membebel.

Di lorong sempit jalan pintas ke tempat menunggu teksi tu sebenarnya punya kisah tragik bagi seorang teruna yang sunti. Aku serik nak lalu di situ.

Tak mengapa, kita naik bas saja. Selamat.

Gadis mata bundar tu hanya mampu moncungkan mulutnya sepanjang perjalanan balik. Menahan sakit mungkin – kadangkala mencubit geram pada peha aku.

OUCCHHH ! ! !

 

Technorati:

11 Responses to “Jangan Ajak Aku Berjalan di Lorong Sempit dan Gelap Itu”


  1. 1 azrn February 10, 2008 at 4:26 pm

    lorong sempit itu ada kisah tragik? ewww…laki pon kena ke? bukankah anak dara saja yg fobia tmpt sempit2 ni😛

  2. 2 Azhar Ahmad February 10, 2008 at 11:08 pm

    Adeh, kamu tak melatah pula bila dicubit, atau ada benda lain yang melatah? Hehheheheh

    Azhar Ahmad’s last blog post..Bermulanya Episod Itu

  3. 3 dk February 11, 2008 at 1:19 am

    ko x suka lorong sempit eik?
    napa? hehe :p

  4. 4 rasso February 11, 2008 at 2:52 am

    azreen,
    Hahaha…
    itu kisah syahdu sebenarnya… hahaha.. manis dan enak!

    Azhar Ahmad,
    Hahhaa….
    Benda lain? ermmmm…
    (batuk)

    dk,
    hahaha…
    ko suka lorong sempit?
    lorong mana nie? ermmmm…..
    (noti)

  5. 5 Sang Pelangi February 11, 2008 at 9:16 am

    Isk.. tak faham betul aku kat komen2 atas ni. (buat-buat tak faham).
    Kadang-kadang, entri Rasso ni membuat aku berfikiran <stroke>lucah</stroke> nakal. Bahaya betul la entri Rasso. Hahaha..

    Sang Pelangi’s last blog post..Tuah dan Sial. Memang sial.

  6. 6 ainee February 11, 2008 at 2:46 pm

    pakcik roslan suke bena ambiguity.

  7. 7 ainee February 11, 2008 at 2:47 pm

    pakcik roslan suke bena ambiguity.

    ainee’s last blog post..Membina masjid

  8. 8 ainee February 11, 2008 at 2:51 pm

    argh! maap terhantar komen yg sama 2 kali. (huu masuk yg ni, komen yg ke 3) ampun!!

    ainee’s last blog post..Membina masjid

  9. 9 rasso February 12, 2008 at 1:06 am

    Sang Pelangi,
    hahaha… jangan fikir nakal…
    nuetral bro.. layanzzz…

    ainee,
    hahaha… maaf di terima…
    memang…. sejak dua menjak nie… bila kawan dengan ramai orang…
    setiap orang punya isme masing-masing…..

  10. 10 deennasour February 14, 2008 at 2:22 am

    wah,,chanteq gambar tu,,mcm kat sarawak,,,kuching~

    deennasour’s last blog post..Filem tanah air?.macam?

  11. 11 rasso February 14, 2008 at 11:21 pm

    deennasour,

    Yup… memang di Kuching ya…
    gambo ya gambo tahun bila tah… syahdu ngan gadis baju kuning tu..

    :syahdu:


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: