Kerusi P221-Limbang Bakal Milik Aku : Aku Calon PUNDAK!!!


KERUSI PARLIMEN LIMBANG

Atas premis ingin melihat perubahan, atas sebab permintaan aku sebelum ini sebagai rakyat tidak diperdulikan. Kali ini aku masuk gelanggang. Terima kasih pada Presiden PUNDAK kerana memberi restu pada aku untuk menjadi bakal YB Limbang dan peluang ini tidak akan disia-siakan.

 

Manifesto Aku Andai Aku Menang:-

1. Pasport percuma untuk semua penduduk Limbang. Bagi yang bukan, aku akan minta agar pasport cuma bayar RM10 sahaja untuk 64 mukasurat visa antarabangsa dan hanya pohon dalam talian (online) tanpa perlu mengisi borang secara manual. (sekarang RM601 termasuk borang)

2. Jadikan Limbang bandaraya yang lengkap dengan jalur lebar yang komprehensif.

3. Penduduk Limbang tidak perlu pasport terhad atau antarabangsa untuk masuk ke Brunei.

4. Limbang menjadi salah satu hub pendaratan kapal terbang antarabangsa untuk keluar dari Kepulauan Borneo terbesar.

5. Akan ada lebuhraya bertingkat dari Limbang ke Miri tanpa perlu melintas Brunei.

6. Jalan pintas Limbang ke Sabah, juga tanpa perlu melintas Brunei.

7. Sebuah universiti di Limbang.

8. Minta satu portfolio Menteri Khas Kepulauan Borneo berbidang kuasa seperti Ketua-ketua Menteri Sabah &Sarawak.

9. Haramkan pokok-pokok balak di Limbang ditebang. Tidak ada lagi proksi pemegang konsesi balak di kalangan ahli politik negeri dan parlimen. Polisi: “Jangan Ganggu Balak”.

10. Untuk menjana ekonomi dan penambahan pendapatan; aku yang bakal menjadi YB nanti akan menyediakan tapak perniagaan di sempadan sana, khususnya di sempadan Tedungan dengan kedai-kedai francias seperti KFC, PizzaHut dan juga tempat favret bakal YB iaitu McD. Ini pasti menarik pelancong asing khususnya dari negara jiran Brunei untuk masuk ke Limbang. Mungkin Industri Makanan Segera seperti ini bisa menarik minat mereka.

11. Soal sempadan pula, aku akan jadikan sempadan Sarawak dengan Brunei dibuka 24jam dan pihak imigresen perlu beroperasi di sempadan selama 24jam sehari memandangkan sebelum ini hanya dibuka dari jam 0600 pagi hingga 2200 malam.

12. Sebagai pengguna Apple, setelah saya menang nanti Limbang akan ada satu ibu pejabat dan juga kilang Apple, menghasilkan & memantau produk keluaran Apple dan juga pemasaran bukan hanya MacBook, iPod Nano, iPhone dan sebagainya. Syarikat asing ini akan melabur di Limbang dan akan wujud nanti lembah silicon yang moden dari mana-mana negara di dalam kepulauan Borneo.

13. Satu rumah (satu pintu bagi rumah panjang) satu MacBook Pro akan diberikan percuma pada penduduk Limbang.

(Janji kempen akan ditambah dari semasa ke semasa sehingga tamat tarikh kempen demi menjamin rakyat jelata Limbang merosakkan undi)

UNDILAH RASSO – Pemimpin Pasca Modenis, Pasca Sosialis, Diktaktor Yang Tak Pilih Bulu Lagi Romantik, Seorang yang Idealis, Penchenta Hutan & Ghadis.

Pautan ke Laman Web Parti PUNDAK di SINI

Senarai Calon & Ingin Jadi Calon Parti PUNDAK di SINI

 

Technorati:

37 Responses to “Kerusi P221-Limbang Bakal Milik Aku : Aku Calon PUNDAK!!!”


  1. 1 azrn February 27, 2008 at 3:14 pm

    no. 5 : mcm mustahil jek.. hehehehehe….
     no. 7: hurmm… uishh! ULM😀 ahaks…

    semoga menang. ahahaha…

  2. 2 Azhar Ahmad February 27, 2008 at 4:25 pm

    Huhuhuhu, kamu tertinggal satu benda…

    Menggalakkan pelaburan syarikat dari Malaysia di sempadan Limbang Brunei. Conothnya, KFC berdekatan imegresen…

    Azhar Ahmad’s last blog post..Kita Perlu Menjadi Kejam

  3. 3 azie February 27, 2008 at 5:36 pm

    owh encik rasso..saya akan undi pos ke limbang lah macam ni.kalau boleh nak tukar kerakyatan ke limbang pulak.tawaran anda sangat menggoda.auwww.

  4. 4 Geng Driver Bas Sekolah February 27, 2008 at 5:40 pm

    hidup pak rasso!!!..tapi bila udah jadi wakil jgn pula lupa mau melawat kawasannya pak..

    dan harus ingat pemimpin itu dilantik oleh rakyat..bukan anda yg melantik rakyat..maka jadilah Yang Berkhidmat bukan Yang Berhormat!!! hidup pak rasso!!!…

    hahaahhaha

    Geng Driver Bas Sekolah’s last blog post..you don’t always get what you want

  5. 5 WaWa February 27, 2008 at 7:46 pm

    lan, boleh tak aku apply jawatan penasihat undang-undang tak bertauliah untuk ko? haha. ko ada copyright tak manifesto ni? (mana tahu manifesto ko akan mengundang tabiat ‘kopi n pes’ parti-parti yang bertanding sekarang. tapi (sambil tepuk bahu ko), aku suka lah manifesto ni. 

    cuma kan, nombor tiga tu aku tak yakin boleh! walau macammanapun kena ada juga dokumen pengesahan. Brunei tu dah negara lain wahai encik YB. nak deal dengan Brunei aku rasa makan masa yang lama, tu pun kalau diaorang mahu. (ingat senang ke sesebuah negara nak kasi orang masuk tanpa apa-apa dokumen?) sedangkan isu Johor dan Singapore pun orang bising-bising. susah lah. ini isu antarabangsa.

    dan kalau sebuah lagi universiti dibina di Limbang (Sarawak), Sabah kena juga ada universiti kedua, buat di Long Pa Sia mungkin. kasi maju sikit itu tempat. terlalu pedalaman. (siapalah YB kat sana ek) haha.

    dan, sebagai seorang BAKAL YB untuk next general election (lagi 4 atau 5 tahun) aku sangat MENYOKONG manifesto nombor 8 dan 9. menteri khas tu perlu mengusul dan mempraktikkan dan menjaga polisi "jangan ganggu balak". yeah! Sabah yang jadi bandaraya rimba tropika pun dah nak botak. aih…

    pergh. panjang seh komen aku. haha. ok, tu je lah. hurm…

  6. 6 rasso February 27, 2008 at 10:03 pm

    azreen,
    hahaha.. ULM…
    kamu boleh mohon jadi tenaga pengajar nanti… saya akan minta U tu fikirkan program bagus untuk rakyat Limbang dan Malaysia…

    Azhar Ahmad,
    Saya sudah tambah yang laen…
    cadangan untuk ada McD di Limbang memang logik dan bernas…
    apatah lagi dibuat di sempadan..

    azie,
    kamu tergoda? awwwW!
    saya tau.. hi hi hi….
    saya ahli siasah yang romantik dikalangan ghadis (jangan lupa tu)

    Geng Driver Bas Sekolah,
    Bila wa dah jadi YB… wa akan suruh SU sulit wa pantau tanah jajahan yang wa menang… wa fleksibel… wa akan suruh mata-mata ronda-ronda di seluruh jajahan dan kasi repot sama wa… itu janji wa… jangan wori!

    WaWa,
    Memandangkan kamu adalah calon yang seswai… apatah lagi kamu seorang ghadis… wa setuju… tapi… wa dengar lo pun mau masuk bertanding di Sabah.. Presiden Parti tak lulus lagi la tu… tak pe… sebelum kamu dicalonkan untuk kerusi tu… kamu dengan ini dilantik sebagai penasihat undang-undang saya…

    Soal copirite tu… wa just draf sendiri… Presiden bagi laluan ikut citarasa masing-masing…

    No.3 tu.. ermmm… kene usaha… rakyat limbang seperti rakyat brunei… sempadan negara itu telah bikin macam satu tembok… itu sebab wa nak minta kerajaan nanti tak yah gune pasport KHAS untuk rakyat Limbang… kalo soal ini melibatkan antarabangsa.. kamu sememangnya calon yang seswai nanti…

    Sabah pun ko nak tambah lagi? takpe… kita parti yang dinamik… hahaha… apa rakyat mau kita kasi…

    haaha… ko macam tak puas ati ngan CMs nie… takpe.. itu yang kita harus perjuangankan…. wkakakaka

    HIDUP PUNDAK!!!

  7. 7 azie February 28, 2008 at 2:00 am

    romantik tak pe, jgn wat skandal k..tak mau tonton video2 kamu yg X-rated,auwww..

  8. 8 rasso February 28, 2008 at 2:03 am

    Azie,

    Sebagai YB yang bakal bertanding ini, saya benarkan sesiapa saja mengambil video saya yang cun, ayu, munggil ini… agar.. rakyat jelata kisah dan prihatin… maklumlah… Bakal YB Limbang ni sedikit idealis… dan… dan.. dia tampak hensem dan kacak… masakan boleh jadi calon parti PUNDAK!

    ha ha ha…

  9. 9 WaWa February 28, 2008 at 2:27 am

    saudara separti ku, (bakal) YB Rasso,
    jutaan terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai penasihat undang-undang tak bertauliah ko. tapi memandangkan baru saja presiden parti mengesahkan aku boleh bertanding kerusi P179 Ranau, maka terpaksa ku lepaskan jawatan baru ku itu.
    maksud copyright tu, aku tertanya-tanya kalau kau ada letak copyright ko kat manifesto tu. mana tahu ada calon dari parti lain yang kopi n pes. hehehe.
    walaubagaimanapun, untuk manifesto nombor 3, aku bersedia membantu. yeah! hidup PUNDAK!

  10. 10 azie February 28, 2008 at 2:35 am

    video bersama ghadis chantek kah?

  11. 11 rasso February 28, 2008 at 2:37 am

    YB WaWa (juga bakal),

    Sayugia rasanya peletakan jawatan YB sebagai legal advisor saya… tidak sampai beberapa jam dilantik sudah Presiden luluskan nama YB di Ranau. Marilah berkempen… lancar strategi lebih mantap untuk mengutip undi rosak….

    perihal copyrite tu…. aku tak kisah mereka copi n pes.. sebab rakyat Limbang kenal aku… tahu aku… apa agenda yang bakal aku bawa untuk mereka. kalau ada orang laen yang tiru pun… satu kelebihan untuk aku dalam kerja kempen… ha ha ha…

    azie,

    maafkan saya… masih belum ada ghadis chantek sudi untuk bervideoran dengan saya yang soo sweet nie… euuwwwW!

  12. 12 keraknasi February 28, 2008 at 4:52 am

    bro YB! how u doing? makin mantap nampaknya skg ni! good for u bro. kalau menang nanti, kot2 ada rezeki, bagi la aku kerja dgn ko, ok?

    keraknasi’s last blog post..Terima kasih Tuhan

  13. 13 Tok Rimau February 28, 2008 at 10:56 am

    Sepatutnya adakan Borneo Union macam gabungan European Union. Manusia bebas keluar masuk tanpa sempadan Kaliamntan-Sabah-Sarawak- Brunei.

    Orang semenanjung datang pun nak tunjuk I.C. Apa ke hal?

    Kita sambung Kempen di Good  Hope Hotel lobby.

    YB Datok Harimau

    Tok Rimau’s last blog post..FIGURA AKSI SOLJAH

  14. 14 sangkujiwa February 28, 2008 at 12:41 pm

    satu seru ingin ku tanya?!
    andai ku tahu kamuk layak pimpin tanganku
    "apa sumbangan kamuk sekarang?"
    "apa yang kamuk ada untuk orang menyokong kamu?"
    ……..andai kamuk layak…pimpinlah tangan ku..
    auwwww

    sangkujiwa’s last blog post..Kuah LEBIH

  15. 15 azie February 28, 2008 at 4:42 pm

    tok,
    good hope hotel? bukan dirumah pena kah?
    nampaknya tok sudah memilih melihat gadis2 chantek daripada melihat orang2 seni,muahaha

    rasso,
    gadis chantek ada dimana2.nak yg siam?china?thailand?suma yb bukit bintang boley supply.

  16. 16 WaWa February 28, 2008 at 5:42 pm

    alahai tok rimau, sabahan (dan sarawakian) pun kena tunjuk ic juga masa lalu immigration kat airport tu.😀

    p/s: YB rasso, kenapa sarawakian adalah sarawakian? kenapa bukan sarawakan? hehe.

  17. 17 rasso February 28, 2008 at 8:04 pm

    Keraknasi,

    Ok… sibuk berkempen sekarang… kalau ako menang aku akan bagi kau kerja dengan aku. Yang sulit-sulit pun boleh….

    YB Datok Rimau,

    Usul ini ada dimesyuaratkan dengan jentera kempen di Limbang. Kami berusaha untuk menyakinkan rakyat Limbang akan perkara ini. Isu keluar masuk sempadan ini suatu yang begitu rumit. Nanti saya berbincang dengan Legal Advisor saya…

    Ok… ada jodoh boleh jumpa di sana YB..

    sangkujiwa,

    nak pimpin ke mana ya? hahaha

    azie,

    Owhh… saya lupa itu… YB Bukit Bintang tu belum contek lagi… maklumlah sibuk kempen… err..er… tapi.. saya nakyang Filipinos… Ouchhhh!

    YB Ranau (bakal),

    Nanti saya berbincang dengan pihak dewan bahasa… perihal masalah ini… Sarawakian – Sarawakan… bukan bidang saya..

  18. 18 azie February 28, 2008 at 11:57 pm

    rasso, filipino kah?baek punya taste nih,hehe

  19. 19 rasso February 29, 2008 at 7:07 am

    azie,

    mestilah.. ho ho ho….
    jom belajar bahasa tagalog.. “kumusta”

  20. 20 aTiQah February 29, 2008 at 8:06 am

    wah..meriahnya kempen..
    saya tak boleh masuk campur, belum cukup umur..isk

    aTiQah’s last blog post..MALAM TUJUH LIKUR

  21. 21 Geng Driver Bas Sekolah February 29, 2008 at 9:09 pm

    bila en rasso akan adakan ceramah umum?..nak dtg buat coverage lah..

    Geng Driver Bas Sekolah’s last blog post..you don’t always get what you want

  22. 22 Truckster March 1, 2008 at 1:55 am

    selamt berjuang wahai sahabatku…

    ikhlas dari calon pundak parlimen P074 Lumut…. http://apa-saje.blogspot.com

    Truckster’s last blog post..GUA BERTANDING DI PARLIMEN – P074 LUMUT.

  23. 23 azie March 1, 2008 at 8:55 am

    yb perlukan peraih undi tak?ataupun cukup dgn wajah comel dan mungil ittew??

  24. 24 Truckster March 1, 2008 at 2:04 pm

    gua dengan hormatnya ingin memohon pengundi hantu dari Limbang kalo cukup 3 kapal kira dah ok dah..ntuk merosakkan undi disini…. ok lu boleh bawak skali duit atau apa sahaja benda ntuk rasuah pengundi di P074 Parlimen Lumut….

    Truckster’s last blog post..GUA BERTANDING DI PARLIMEN – P074 LUMUT.

  25. 25 nicknuck March 1, 2008 at 10:38 pm

    selamat berkempen YB (bakal) Rasso di parlimen limbang..go go pundak !! menuju puncak bersama pundak !!

  26. 26 dk March 2, 2008 at 1:39 am

    ada pun amat bagus semua momorendum yg ada…

    tp yg terbaik pic awek itu..hehe..
    kim slm…

  27. 27 pHu YinG March 2, 2008 at 10:20 am

    Puas melilau mencari shooter gadis-gadis chantek di Good Hope, takde pun?! YB balik berkempen di Limbang kers? 

  28. 28 kaSyah March 2, 2008 at 10:49 am

    Sultan Rasso, patik nak jadi bodyguard tuanku leh…

    Undilah Sultan Rasso..ALLAH-HUAkbar

    kaSyah’s last blog post..Lol…..what happened?

  29. 29 rasso March 2, 2008 at 10:54 am

    aTiQah,
    cepat-cepat lah dewasa….
    hi hi…

    Geng Driver Bas Sekolah,
    Sila-sila turun ke Limbang…
    Rabu ni mungkin…. tunggu pengurus kempen bagi latest info…

    Truckster,
    Selamat gak untuk anda YB (bakal)…
    HIDUP PUNDAK!!!

    azie,
    erm… kamu mau turun Limbang silakan….
    sila jumpa pengurus kempen saya untuk dapatkan tiket ke Sarawak dengan kadar segera…. khidmat orang chomel memang diperlukan sangat… khususnya untuk pengundi remaja dan teruna-teruna…

    YB Truckster,
    Wa tak guna kapal lah…
    Boieng wa semua fully booked… YB Lumut lambat sangat tempah… Sabah Sarawak ni perlukan pengundi hantu yang ramai… demi mencapai manifesto wa… lagipun, wa nak pegang itu kabinet nanti nye portfolio…. ha ha ha… tak pa… wa kasi lu gune heli nanti… sebuah atau dua buah? cukup?

    nicknuck,
    Selamat gak YB…
    HIDUP PUNDAK!!!

    dk,
    terima kasih… anda mengundi? atau masih belum mendaftar?
    pic awek mana ni? wa sibuk kempen lah bro…

    pHu YingG,
    Kamu buat konfirmasi lewat sangat…
    sekejap kensel… sekejap jadi… ha ha ha…
    iols dah tak leh tengok ghadis-ghadis chantek sikarang… lost touch! ha ha ha

  30. 30 rasso March 2, 2008 at 10:56 am

    KaSyah,

    Limbang tiada sultan… wa mau pegang menteri kabinet saja… musti menang….
    anarki sultan2 juga harus dimusnahkan…. mereka hidup mewah kerna mereka jadi simbol… wa tak nak limbang ada sistem itu… ha ha ha…

    HIDUP PUNDAK!

  31. 31 dk March 2, 2008 at 11:09 am

    aku leh ngundi..
    ada org daftar kan..
    peliks2… sapa punye keje la tu :p

  32. 32 azie March 2, 2008 at 12:22 pm

    baik yb.nanti saya turun markas mintak tiket.saya akan bawa sekumpulan gadis2 chomel yg laen untuk merayu undi.

  33. 33 PRINCESS LIYANa March 2, 2008 at 3:06 pm

    cik rasso..saya sudah cukup umur untuk mengundi..mesti pulang ke hometown untuk mengundi..tawaran anda sangat menarik..adakah sume janji2 manis anda ini akan direalisasikan?jika btol..semestinya saya mengundi anda..hik3

  34. 34 rasso March 2, 2008 at 3:18 pm

    dk,

    bestnye ko… ha ha ha…
    ako dulu kene daftar sendiri…
    azie,
    pastikan anda mampu meraih undi dengan goda-goda anda nanti… hoyeehhh
  35. 35 rasso March 2, 2008 at 3:22 pm

    Princess Liyana,

    terima kasih….
    sokongan padu tuan putri amatlah patik hargai…
    junjung kasih sayang buat tuan putri…😀

  1. 1 Lapan dan 12 Mac 2008 -- Adib Trackback on March 6, 2008 at 10:38 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

upload

Selfie bersama Gunung Kinabalu yang hampir ditutupi awan.

Taklimat Dasar Pengambilan Murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2017 dan Outreach Promosi SBP di Beaufort, Sabah #outreach #sabah #Beaufort #SKPekanBeaufort

Balik dari program Projek X A-Plus SBP 2016 di Akademi Kenegaraan terus ke KLIA untuk bertemu guru Program BRIDGE Australia - Malaysia yang datang ke Malaysia membawa pelajar mereka dari Comilda College  ke sekolah BRIDGE Project di Labuan. #BRIDGEProject

Roti canai kari ayam di Vietnam. Layankan!

Rombongan Kerja MOE ke Vietnam #vietnam

More Photos

Blog Stats

  • 14,623 hits

%d bloggers like this: