Aku Belajar Apa Itu Cinta Pasca Nonton Movie Ayat-Ayat Cinta Dikala Umat Malaysia Sibuk Menanti Detik Kerajaan Baru Terbit Di Malaysia

Picture 4

Dari sebuah karya novel ke karya filem. Ini salah satu karya yang harus kalian tonton. Detik percintaan itu ternyata telah berjaya menyentuh hati aku sendiri tatkala menonton karya filem ini. Walaupun aku sebelum ini pernah memegang karya novel itu tanpa membacanya. Tapi, bila menonton movie ini, ternyata seperti aku seperti kalian yang teleh membaca karya Habiburrahman El Shirazy. Masuk ke alam karya novel dengan hanya nonton filem sutradara Hanung Bramantyo. Mantap.

Untuk kalian yang masih virgin, suci, masih belum pun punya cowok ataupun cewek bagai pacar segala; filem ini mungkin bisa merubah konsepsi cinta itu. Bagi mereka yang agak fikirannya terlalu Islam fundamental, yang begitu berat untuk ke pawagam menonton, aku rasa filem ini sesuai untuk kalian pergi menonton bersama teman sefikrah (sefundamental) masuk ke pawagam. Kisah cinta ini punya mesej dakwah, punya elemen mengajak yang terbit daripada peribadi Fahri yang sungguh lurus yang masih kurang kenal akan perihal gadis. Langsung, percaya pada jodoh.

Sebuah kisah cinta dan bukan sekadar kisah cinta yang biasa. Sebuah kisah tentang cara cinta dan persoalan hidup yang harus ditempuh mengikut norma Islam. Fahri seorang pelajar Indonesia yang berusaha untuk menyelesaikan pengajian sarjananya di al-Azhar yang mana bumi Mesir itu penuh dengan debut pasir – panas sejuk. Fahri seorang yang punya matlamat hidup dan memilih kesederhanaan hidup. Selain, menjadi penterjemah buku-buku agama. Matlamat itu dilakukan oleh Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: berkahwin.

Kenapa? Kerana Fahri merupakan seorang lelaki yang taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak pernah kenal erti couple sebelum bernikah. Kerna kurang bergaul dengan insan bernama perempuan. Hanya perempuan yang dekat dengannya saja didampinginya. Neneknya, ibunya dan saudara perempuannya.

Pun begitu, bila Fahri pindah ke Mesir, segalanya mula berubah. Fahri tinggal di sebuah flat yang mana di situ ada jiran tetangga yang beragama Kristian yang mengagumi al-Quran. Maria Girgis, amat menganggumi Fahri. Kekagummannya itu mula berubah pada bibit cinta. Sayangnya, cinta Maria itu hanya bisa tercurah dalam diarinya saja.

Pada masa yang sama, ada Nurul. Anak seorang kiyai yang terkenal yang juga sedang melanjutkan pengajiannya di al-Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Tapi, atas sebab latarbelakang Fahri itu seorang anak keturunan petani, hasratnya hanya dipendam saja.

Berhampiran dengan flat Fahri menetap itu, ada Noura. Juga merupakan jiran tetangganya yang dijaga oleh ayahnya sendiri. Fahri sangat berasa empati dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayangnya, dia hanya empati saja. Tidak lebih dari itu. Namun, Noura mengharap lebih dari itu, dia ingin Fahri menjadikan dirinya sebagai suri hatinya. Akibat cintanya itu seperti tidak diendah oleh si Fahri, Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Watak Aisha. Punya mata yang indah itu telah berhasil menyihir Fahri. Sejak pertemuan mereka di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan jumud, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Sejak itu, Fahri mula tidak mampu untuk menipu isi hatinya.

Siapa yang akan dipilih oleh Fahri? Maria? Aisha? Noura? Mungkin selepas sesi taaruf itu berhasil? Episod seperti yang berlaku pada nabi Yusuf kerana tampannya Yusuf, lantas Zulaikha sanggup memfitnahnya.Apa Fahri alami yang sama?

Hiwar baina Fahri wa Maria. Hubbun! :

Fahri:Sebelum aku ke sini, cuma ada dua hal yg bikin aku kagum sama Mesir. iaitu al-Azhar dan sungai Nil. kerana tanpa sungai Nil, ngak ada Mesir dan ngak ada al-Azhar.

Maria: Aku juga suka sama sungai Nil,kalau ngak ada sungai Nil pasti ngak ada Mesir ngak ada perabadan dan yang hanya ada gurun pasir. Kau percaya jodoh Fahri? Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh.

Fahri:Ya! Setiap orang punya jodoh masing-masing..

Maria: Itu yang selalu kamu bilang. Aku rasa sungai nil dan mesir itu jodoh. Senang ya, kalau kita bisa bertemu jodoh yang diberikan tuhan dari langit.

Fahri: Bukan dari langit Maria, tapi dari hati. Dekat sekali.(saling bertentang mata)… astagfir!

Itu antara babak-babak dialog yang aku suka bila Fahri dan Maria berada di tebingan sungai Nil. Aduh.

Karakter Movie Ayat-Ayat Cinta:

Fahri bin Abdillah, 28 th (Fedi Nuril)
Mahasiswa bersahaja yang memegang teguh prinsip hidup dan kehormatannya. Cerdas dan simpatik hingga membuat beberapa gadis ‘jatuh hati’. Dihadapkan pada kejutan-kejutan menarik atas pilihan hatinya.

Aisha, 25 th (Rianti Cartwright)
Mahasiswi asing keturunan Jerman dan Turki, cerdas, cantik dan kaya raya. Latar belakang keluarganya yang berliku mempertemukan dirinya dengan Fahri.

Maria Girgis, 26 th (Carissa Putri)
Gadis Kristen Koptik yang jatuh cinta pada Islam. Dia menderita karena cinta yang teramat dalam kepada Fahri.

Noura bin Bahadur, 22 th (Zaskia Adya Mecca)
Siksa telah menjadi bagian dalam hidupnya. Janin yg dikandungnya menjadikannya terobsesi pada Fahri untuk menjadi ayah dari calon bayinya.

Nurul binti Ja’far Abdur Razaq, 26 th (Melanie Putria)
Anak kyai besar di Jawa Timur. Dengan aura yang menenangkan, kecerdasan dan kualitasnya menyatukan segala kelebihannya, dia sangat percaya diri untuk meminang Fahri sebagai suaminya.

Apapun, aku dah nonton movie ni. Kalau masuk pawagam nanti di Malaysia nanti, nak nonton lagi. Siapa mau gi dengan aku. Jom! (gadis yang fundamental pun boleh ikut aku, tapi naik bas la)

Technorati:

27 Responses to “Aku Belajar Apa Itu Cinta Pasca Nonton Movie Ayat-Ayat Cinta Dikala Umat Malaysia Sibuk Menanti Detik Kerajaan Baru Terbit Di Malaysia”


  1. 1 azrn March 9, 2008 at 3:25 pm

    uhuhuhu…. g-wang.

  2. 2 aTiQah March 9, 2008 at 6:47 pm

    uhuhuhu..

    aTiQah’s last blog post..HAL KUNCI

  3. 3 aTiQah March 9, 2008 at 6:48 pm

    Ada tak dia tunjuk ‘asyir mangga?
    Dalam novelnya, description tentang ‘asyir mangga buat saya terliur.huhu

  4. 4 WaWa March 9, 2008 at 6:55 pm

    lan sungguh obses dengan filem ini. haha. bisik kat aku, siapa yang fahri pilih???

  5. 5 rasso March 9, 2008 at 6:56 pm

    azreen,
    kamu nie.. hahaha

    aTiQah,
    maujud ya atiqah…
    kalo kamu mau jumpa saya… kasi aja apa2 jus buahan untuk saya minum… hahahha

  6. 6 rasso March 9, 2008 at 6:58 pm

    WaWa,
    Kau mau spoiler? hahahaha
    baek ko tonton.. tak pun ko cari .pdf dia kat memana novel tu…

  7. 7 azie March 9, 2008 at 7:53 pm

    rasso,
    mau ittew cerita!!!

  8. 8 azie March 9, 2008 at 7:58 pm

    rasso, mau ittew cerita!!!

  9. 9 Mira March 9, 2008 at 9:23 pm

    Kat Indon da kluar da cite nie.. tgok ngan kwn after exam. best la gk. suke sgt ngan OST die.. ^^

    Mira’s last blog post..I thought I don’t care

  10. 10 aidil March 9, 2008 at 11:48 pm

    aku pun suka nonton filem indon ni tp aku lebih minat nak tahu cara nak join pundak. Aku

    aidil’s last blog post..Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah

  11. 11 princess liyana March 10, 2008 at 12:16 am

    cik tuan putera katak jadian,
    mau citer itu jgak!i’ve told everyone. cite tu memang mantap!=)

  12. 12 cikpayung March 10, 2008 at 1:17 am

    cerita ini, seorang rakan dari al-azhar yang kirimkan pada sy.. menitis air mata menonton filem ni.. cinta berlandaskan islam, amat indah =)

  13. 13 rasso March 10, 2008 at 9:14 am

    azie,
    dah kasi dah…

    Mira,
    sooo sweet kan? ehehehe

    aidil,
    uhuhu… bisa aja.. tapi kene tunggu 4 tahun lagi… hi hi…

    princess liyana,

    hoho… citer tu dah kasi kat tQah… hoyeehhh!
    selamat nonton ya tuan putri 😀

    cik payung,

    uik… jauh nyer? mesia kan dekat 😀
    hahahhaa
    gwe pun… macam iklan Digi (hampir-hampir… cewah!)

  14. 14 WaWa March 10, 2008 at 9:34 am

    spoiler ke ape ke, bgtau je. aku malas nak tonton apatah lagi nak baca. hahaha.

  15. 15 Geng Driver Bas Sekolah March 10, 2008 at 12:56 pm

    berat nie..tak paham..pasal aku hati kering kot..hahaha

    Geng Driver Bas Sekolah’s last blog post..you don’t always get what you want

  16. 16 aTiQah March 10, 2008 at 1:32 pm

    Mira,
    "Kat Indon da kluar da cite nie.. tgok ngan kwn after exam. best la gk. suke sgt ngan OST die.."

    Puas saya cari lagu "yang kelabu, hening telaga biru, berubah…"
    Tak jumpa la mp3 dia.

    aTiQah’s last blog post..AYAT-AYAT CINTA THE MOVIE

  17. 17 azie March 10, 2008 at 2:54 pm

    thanks incik "fahri"..YaHA!

  18. 18 rasso March 10, 2008 at 6:54 pm

    WaWa,
    plak dah… huhuhu~

    Geng Bas Sekolah,
    ha ha ha…

    aTiQah,
    nanti downloadkan… hi hi….
    layan…

    azie,
    belum lagi… dalam proses 😀

  19. 19 chirpy_chummy March 12, 2008 at 12:16 am

    kwn chummy pn penah suh tgok muvi nih..katanya novel pn sudah mengasyikkan..muvi lg r.. tp chummy try cr kt torrent,xjmp la..ktne nk donlod ek?

  20. 20 Dani March 13, 2008 at 11:46 am

    Setelah nonton film ini aku langsung merasa hidupku ini kok hampa banget, ngga ada cinta di dalam hati ini, tidak seperti dulu ketika masih bersama dia.
    Jadi sedih nih..!!, (ya allah.. adakah cinta sejati untukku?)

  21. 21 rasso March 13, 2008 at 6:23 pm

    chummy,
    kat situs silentblog.net ada entri berkenaan movie tu.. try tengok link situ…

  22. 22 amirahsyuhada March 15, 2008 at 1:31 am

    sampai ke filem ni di malaysia, macam takkan sampai sahaja. Kalau sampai..weiii aku nak tengok gak, jom beramai2

    amirahsyuhada’s last blog post..Gelung..

  23. 23 FAHRI IS INDONESIA March 22, 2008 at 5:45 pm

    BUAT SEMUA MALAYSIANN

    FILM AYAT-AYAT CINTA JANGAN KALIAN PATEN KAN YA..

    KAN MALAYSIA HOBI NYA REBUT KARYA ORANG LAIN…

    KAMI MOHON JGN DI AMBIL HAK CIPTANYA..

    DAMAI DARI INDONESIA..

    KAMI TUNGGU FIL MALAYSIA KE INDONESIA..
    (MUSTAHIL ADA FILM MALAYSIA YA)..HAHAHAHA

  24. 24 anissa March 25, 2008 at 12:43 am

    cite ni best gile!!!walau tak sehebat novel,tp aku rasa pelakon dier memang talented sgt!!!kan bes kalo ada penulis malaysia yg berfikiran mcm habiburrahman ni..tul x?lagi best kalo dapat jumpe org mcm fahri,aisha n maria!!!
    cantik jugak ekk aisha n maria dlm cite ni..kalo x silap rianti n carissa..carissa ni belakon cite hikmah 3 kan?cantik ar..

  25. 25 tarix jabrix bokex April 13, 2008 at 5:39 am

    iya nih orang malaysya suka maen paten aja punya tetangga hehehehe…hahahahaha


  1. 1 Media Districts Entertainment Blog » Aku Belajar Apa Itu Cinta Pasca Nonton Movie Ayat-Ayat Cinta Dikala Umat Malaysia Sibuk Menanti Detik Kerajaan Baru Terbit Di Malaysia Trackback on March 9, 2008 at 2:45 pm

Leave a reply to rasso Cancel reply




March 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

Blog Stats

  • 15,362 hits