Archive for March 26th, 2007

Malam Minggu yang Mengujakan

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/147/429457327_2acff166b3.jpg”></center&gt;
Malam minggu yang lepas, mulanya saya berjalan-jalan seorang diri di tapak ekspo di sebuah universiti selatan tanah air sesambil melihat panorama manusia di tapak kejadian. Tapi selepas itu saya berjalan bertiga, kemudian saya berjalan berdua. Indahnya malam.

Saya bertemu dengan Tok Teratak Nurani bersama salah seorang gundik setianya. Sememangnya, tatkala saya berada di tapak kejadian, saya sendiri berasa cukup janggal berjalan seorang diri. Sebab itulah saya menghantar pesanan ringkas dari telefon genggam saya bertanyakan di manakah Tok Teratak Nurani berada. Kebetulan dia berada di tapak kejadian di mana saya berada malam itu. Lantas saya mengatur pertemuan untuk bertemu dan berjalan bersama.

Secara kebetulan juga, saat saya kebutuhan teman, Zira dengan manjanya menegur saya semasa saya berada di salah satu kedai makan. Menanti seseorang. Sudah sekian lama saya tidak keluar bersama dengan Zira yang manja itu. Mujurlah malam itu Zira keluar seorang diri dan bolehlah saya beramas-mesra dengannya. Zira duduk di sisi saya sambil menunggu Tok Teratak Nurani pergi mencari ayam madu dengan lada hitam. Hahahaha. Tok Teratak Nurani kelaparan.

Apabila Tok Teratak Nurani selesai menjamah juadah beliannya, saya dan Zira meninggalkan Tok Teratak Nurani dan gundiknya. Hehehe. Kami berdua mahu melihat apa yang ada di pentas, malam itu ada konsert live band dan juga persembahan artis jemputan. Kami berjalan bersama erat gitu! Jangan jealous Tok Teratak!

<center><img src=”http://farm1.static.flickr.com/149/429457546_d618d3a691.jpg”></center&gt;
Seperti yang saya tulis dalam peti maklum balas Tok Teratak Nurani, dalam sebuah entri beliau yang bertajuk Perempuan-perempuan yang Histeria ada sedikit kejadian menimpa kami di sana. Saya cukup teruja pada masa itu. Oleh sebab Zira berada di sisi, kenakalan saya terbatas. Mujur ada Zira. Kalau tidak padahlah menimpa.

Bukan apa, Zira sendiri tidak tahan melihat kelibat gadis-gadis yang munggil menurut pandangan saya kerana terlalu teruja dengan artis yang ada malam itu. Zira kerap sekali mencubit saya, mungkin mata saya terlalu liar malam itu. Maaf ya Zira. Mungkin sebab pandangan terlalu liar, mata ini tak baik-baik lagi. Alahai!

Sebenarnya, tujahan gadis-gadis munggil masih lagi terbayang dalam ingatan. Adakah sebab itu mata hati dan mata hakiki semakin tenat. Kadang-kadang jadi samar. Kadang-kadang tak nampak langsung.

Tags: , , , , ,


March 2007
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

Blog Stats

  • 15,367 hits