Archive for January, 2006

CUTI SEMESTER

Seperti cuti sebelumnya aku hanya akan berada di kolej saja. Itupun kalau berpeluang untuk balik ke rumah halaman bila cuti panjang kunjung. Universiti tak lah sesunyi tika eid fitri tahun lepas langsung tiada barang kelibat kenderaan apatah lagi manusia. Petang tadi lepas selesai solat asar terus pergi kayuh basikal seperti hari-hari biasa pusing UTM then stop kat tasik; sempat juga beli aiskrim roti perasa vanila… makan sorang-sorang. ehehehe

Andai kata biasiswa masuk; rancang nak ke KL. Nak window shoping barang-barang kamera khususnya filter, flash & hub lensa. Rasanya tiap-tiap tahun KPM lah yang paling lewat bagi duit tajaan berbanding penaja-penaja lain. Terpaksa lah kite buat pinjaman daripada along-along yang ada di sekitar…. uhuhuhuhu…

Rasso; jadi along untuk member

TANPA TAJUK

Lagi menulis dan melukis gambar. Berilah aku kekuatan untuk semua itu.

SALAM EID ADHA

Salam eidil adha buat kalian semua. Tahun ini sambutan eid adha sekali lagi di sambut di perantauan. Apa pun seperti yang sering aku ungkapkan menyambut apa-apa jua perayaan di mana jua kita berada adalah sama belaka. Tiada perbezaan pun pada hakikatnya cuma suasana itu saja yang agak berbeda.

Minggu ini agak sibuk sedikit dalam menyiapkan design grafik untuk program kolej Sabtu ni. Selain itu perlu juga menyiapkan grafik untuk majalah 3O7 yang kali ini tugasan grafik itu bertajuk ‘new year resolution’ yang due date nya 26 Januari ni. Nasib lah tugasan yang sepatutnya dihantar hari ini lecturer benarkan untuk menghantar Ahad ni. Bolehlah edit semula mana yang rompang itu. Malam ni dan malam esok kene ambil gambar untuk buat tag nama kelab. Sibuk juga lah…

p.s. Kerol, sorilah aku banyak kerja tika ini… banyak keje kene aku settlekan minggu ni. Nanti lawat-lawatlah fotopages aku sebab aku akan selalu update gambar-gambar terbaru yang aku ambil dalam sana

SELAMAT TAHUN BARU 2006

selamat tahun baru 2006

Selamat Tahun Baru 2006

Maaf kiranya dah lama tak update blog ni memandangkan kesibukkan dengan kuliah dan melaksanakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Moga tahun ini beroleh lebih banyak manfaat dan kejayaan dengan apa yang telah dilakukan.

MY FOTOPAGES PROJECT: Klik Je


January 2006
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

Blog Stats

  • 15,367 hits