Archive for August, 2007

Chenta bukan Cinta

<center><img src=”http://farm2.static.flickr.com/1017/1196392612_d2db4b377f.jpg”></center&gt;
Chenta bukan cinta. Cinta adalah cinta. Kadang-kadang menduga seseorang seperti Chenta bukanlah suatu tabiat normal lelaki budiman seperti aku. Mungkin lelaki budiman yang lain boleh menduga Chenta, tapi tidak pada aku.

Terkadang aku sedikit gusar untuk bersama dengan Chenta yang kadangkala sedikit cuba bermanja dengan aku. Sama sekali tak molek untuk dipandang dek orang. Tapi, hari itu lain sungguh perilaku Chenta. Benar kata Zira, Zira sendiri pesan pada aku agar berhati-hati dengan Chenta. Jangan lebih-lebih. Pesanan Zira tetiba lalu di depan benak fikiran aku bila mana aku melihat Chenta datang.

Aku lihat dia seperti bahagia berada di sisi aku tempohari. Mana tidaknya, sudah lama Chenta tidak bertemu dengan aku. Chenta kali ini cuba memanfaatkan masa bersama dengan aku sebaik mungkin.

Kali ini dengan hatinya yang riang-ria gembira, Chenta ajak aku makan ice cream kon pula perasa entah apa-apa. Huh… Betulkan… Chenta sukar untuk aku duga. Chenta bukan cinta.
p/s: Terima kasih saya ucapkan pada kawan-kawan yang mewish hari kelahiran saya yang ke-17 tahun selain ada juga rakan-rakan yang menghantar kek berbentuk digital malah ada yang berbentuk analog tempohari. Tidak kurangnya, pesanan ringkas pada telefon genggam, friendster, myspace?, e-surat?, e-kad?, apa jua medium. Jutaan terima kasih ya. Saya hargai semuanya. Muahh…
Tags: , , , , , , ,

Mesin Cek

Hikayat Rasso hari ini.

Rasso hari ini belajar benda baru. Rasso belajar macam mana nak depositkan cek. Tapi menggunakan mesin cek deposit dan bukan melalui kaunter yang lazim Rasso buat. Rasso dengan segan silu cuba mencucuk-cucuk slot kad dengan kad ATMnya pada mesin cek deposit itu. Tapi tak masuk-masuk. Alahai.

Dengan mengaru kepala sedikit di depan mesin tersebut. Ada awek cun datang untuk menolong. Begini encik caranya. Awek cun itu. Ooow… Terima kasih cik. Rasso. Awek tu pergi beratur ke belakang aku semula. Alahai.

Sekarang… Rasso sudah tahu. Macam mana nak depositkan cek. Rupanya tak perlu masukkan kad ATM ke dalam mesin tu. Hanya sentuh pada skrin dan masukkan maklumat yang sepatutnya. Alahai.

Harap-harap minggu depan cek itu bisa ditunaikan ke dalam akaun Rasso. Hahahaha.

Tags: , , , , , ,

Chenta Berbicara Penting

Berlari kau datang ke arah ku...

Chenta datang dengan muka orang yang lepas berlari ketika itu aku sedang menikmati hidangan satapan teruna bujang di kafe agung. Mukanya merah kepenatan mungkin. Ingin memberitahu sesuatu yang penting. Tapi aku suruh dia duduk dahulu. Nak minum air? Saya orderkan. Kata aku.
Tak nak. Chenta. Tak pe duduklah dulu. Aku. Chenta duduk sambil melihat aku bersantap.
Begini ceritanya, Chenta pernah bagitahu aku perihal kisah suka dukanya pada aku suatu masa dulu. Kisah tika kami mula kenal-kenal, hanya sebagai kawan saja. Tiada yang lebih.
Sambil duduk, Chenta cuba berbisik-bisik bercerita walaupun aku tahu tidak akan ada orang lain yang mendengar perbualan kami. Tapi aku dengar saja ceritanya dari jauh, apa yang berlaku padanya hari sebelum ini.
Owhhh… jadi itu tidak benar lah. Aku.
Senyap sepi. Aku cuba menikmati teh O yang dah sejuk lantas meninggalkan Chenta.
Selepas episod di tapak kejadian, Chenta hantar mesej ringkas yang aku sendiri tidak tahu nak menjawabnya. Alahai.
Technorati : , , , , , , , ,

Hujan Ingin Membantu

Gadis-gadis Penari Poncho-poncho : Awek ini pandang gwe

Hujan… kali ini aku minta tolong pada dikau. Angin hari itu tersesat. Jejaknya kini pun aku tidak tahu di manakah dia berada kini. Kata kawannya, dia (Angin) masih gagal dikesan. Mungkin dia ditimpa musibah. Tiada siapa yang tahu sekarang.
Pesanan aku mungkin tidak sampai. Aku berharap sangat Hujan, andai kau turun bersama butir-butir jernih itu. Cuba kau sampaikan padanya. Boleh kan Hujan?
Aku berharap kali ini pesanan sampai. Aku minta ini pun kerna satu tika dulu kau sendiri pernah ingatkan aku akan sesuatu. Ya! Sesuatu yang telah bikin aku kembali ingat. Aku amat bersyukur waktu itu.

Aku harap sangat-sangat wahai Hujan, kau bantulah aku kali ini. Terima kasih Hujan.

Tiga hari kebelakangan, aku mengalami saat jatuh minda, motivasi, dan juga kekuatan untuk terus senyum seperti empat hari sebelum itu apatah lagi membuat kerja. Mana tidaknya, aku disyaki demam denggi. Alahai. Mujur, ujian darah yang dilalui semalam menunjukkan hasil ujian yang negatif.

P/s: Hari ini aku bisa senyum walaupun badan aku masih lemah dan sakit. Sambil minum air 100 plus berbotol-botol.

Technorati : , , , , ,

Oh A n g i n

Awek-awek KTF & Teruna kolej 11

Oh Angin… sampaikan padanya bahawa cinta itu adalah love atau mungkin juga rindu. Tidak perlulah aku sampaikan padanya kerna aku takut jika aku sampaikan padanya nanti dia tidak mengerti. Maka dengan itu, Angin… aku berharap sangat kau pergi padanya.

Bicarakan apa jua yang patut padanya.

Katakanlah apa jua yang tersimpan dalam dasar jasad aku. Kau faham kan Angin. Apa yang ada dalam jasad aku itu.

Tolong ya Angin. Terima kasih.

Noktah noktah noktah

Entri ini tiada kaitan dengan Dewi Angin ya. Kekalutan menyiapkan penulisan bab satu untuk projek sarjana muda 1 membuat aku sering duduk termenung sambil memunasabah diri.

Tags: , , , , , , , , , ,

Hilang Fokus Bila Melihat Gadis


Di suatu tempat ada kelibat teruna dan dara berlatih berjalan. Kiri kanan kiri… Dari jauh kedengaran. Aku cuma sempat lalu dan melihat sepintas saja. Tak boleh singgah tengok mereka berlatih berjalan kerana aku anti berjalan begitu sedari aku di sekolah menengah lagi.

Kalau aku berpartisipasi pun persis aku akan ponteng selalu latihan begitu. Pemberontak mana ada berjalan begitu! Hahaha. Dulu.


Di suatu tempat yang lain lagi. Tapi kali ini aku singgah sebentar kerana di sana ada kawanku. Waktu itu, skuad bola baling gadis berlatih di atas gelanggang yang basah sambil di saksikan skuad bola futsal lelaki termasuk aku… Aku cuma sekali-sekala melirik ke dalam gelanggang tu sambil berbual dengan kawanku yang begitu khusyuk melihat para gadis yang bermain.

Hampir semua para teruna di situ pura-pura duduk menanti giliran menggunakan gelanggang untuk berlatih sesambil strecthing itu ini. Aku syak mereka pandang lain.

Oit! kau dengar tak apa aku bagitahu kat kau tadi? Aku. Apa yer? Kawan aku. Hampeh.

Aku sibuk tahap dewata betul minggu ini. Selain masalah itu ini yang melanda. Dengan submisi itu ini. Pendrive hilang, lagi dengan tugasan yang dah siap di dalamnya tanpa backup di tempat lain terpaksa aku buat dari mula. Adui!

p/s Selepas selesai semuanya aku nak pergi tengok wayang. Huh.

Tags: , , , , , ,


August 2007
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

Blog Stats

  • 15,367 hits