Archive for March 9th, 2008

Aku Belajar Apa Itu Cinta Pasca Nonton Movie Ayat-Ayat Cinta Dikala Umat Malaysia Sibuk Menanti Detik Kerajaan Baru Terbit Di Malaysia

Picture 4

Dari sebuah karya novel ke karya filem. Ini salah satu karya yang harus kalian tonton. Detik percintaan itu ternyata telah berjaya menyentuh hati aku sendiri tatkala menonton karya filem ini. Walaupun aku sebelum ini pernah memegang karya novel itu tanpa membacanya. Tapi, bila menonton movie ini, ternyata seperti aku seperti kalian yang teleh membaca karya Habiburrahman El Shirazy. Masuk ke alam karya novel dengan hanya nonton filem sutradara Hanung Bramantyo. Mantap.

Untuk kalian yang masih virgin, suci, masih belum pun punya cowok ataupun cewek bagai pacar segala; filem ini mungkin bisa merubah konsepsi cinta itu. Bagi mereka yang agak fikirannya terlalu Islam fundamental, yang begitu berat untuk ke pawagam menonton, aku rasa filem ini sesuai untuk kalian pergi menonton bersama teman sefikrah (sefundamental) masuk ke pawagam. Kisah cinta ini punya mesej dakwah, punya elemen mengajak yang terbit daripada peribadi Fahri yang sungguh lurus yang masih kurang kenal akan perihal gadis. Langsung, percaya pada jodoh.

Sebuah kisah cinta dan bukan sekadar kisah cinta yang biasa. Sebuah kisah tentang cara cinta dan persoalan hidup yang harus ditempuh mengikut norma Islam. Fahri seorang pelajar Indonesia yang berusaha untuk menyelesaikan pengajian sarjananya di al-Azhar yang mana bumi Mesir itu penuh dengan debut pasir – panas sejuk. Fahri seorang yang punya matlamat hidup dan memilih kesederhanaan hidup. Selain, menjadi penterjemah buku-buku agama. Matlamat itu dilakukan oleh Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: berkahwin.

Kenapa? Kerana Fahri merupakan seorang lelaki yang taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak pernah kenal erti couple sebelum bernikah. Kerna kurang bergaul dengan insan bernama perempuan. Hanya perempuan yang dekat dengannya saja didampinginya. Neneknya, ibunya dan saudara perempuannya.

Pun begitu, bila Fahri pindah ke Mesir, segalanya mula berubah. Fahri tinggal di sebuah flat yang mana di situ ada jiran tetangga yang beragama Kristian yang mengagumi al-Quran. Maria Girgis, amat menganggumi Fahri. Kekagummannya itu mula berubah pada bibit cinta. Sayangnya, cinta Maria itu hanya bisa tercurah dalam diarinya saja.

Pada masa yang sama, ada Nurul. Anak seorang kiyai yang terkenal yang juga sedang melanjutkan pengajiannya di al-Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Tapi, atas sebab latarbelakang Fahri itu seorang anak keturunan petani, hasratnya hanya dipendam saja.

Berhampiran dengan flat Fahri menetap itu, ada Noura. Juga merupakan jiran tetangganya yang dijaga oleh ayahnya sendiri. Fahri sangat berasa empati dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayangnya, dia hanya empati saja. Tidak lebih dari itu. Namun, Noura mengharap lebih dari itu, dia ingin Fahri menjadikan dirinya sebagai suri hatinya. Akibat cintanya itu seperti tidak diendah oleh si Fahri, Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Watak Aisha. Punya mata yang indah itu telah berhasil menyihir Fahri. Sejak pertemuan mereka di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan jumud, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Sejak itu, Fahri mula tidak mampu untuk menipu isi hatinya.

Siapa yang akan dipilih oleh Fahri? Maria? Aisha? Noura? Mungkin selepas sesi taaruf itu berhasil? Episod seperti yang berlaku pada nabi Yusuf kerana tampannya Yusuf, lantas Zulaikha sanggup memfitnahnya.Apa Fahri alami yang sama?

Hiwar baina Fahri wa Maria. Hubbun! :

Fahri:Sebelum aku ke sini, cuma ada dua hal yg bikin aku kagum sama Mesir. iaitu al-Azhar dan sungai Nil. kerana tanpa sungai Nil, ngak ada Mesir dan ngak ada al-Azhar.

Maria: Aku juga suka sama sungai Nil,kalau ngak ada sungai Nil pasti ngak ada Mesir ngak ada perabadan dan yang hanya ada gurun pasir. Kau percaya jodoh Fahri? Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh.

Fahri:Ya! Setiap orang punya jodoh masing-masing..

Maria: Itu yang selalu kamu bilang. Aku rasa sungai nil dan mesir itu jodoh. Senang ya, kalau kita bisa bertemu jodoh yang diberikan tuhan dari langit.

Fahri: Bukan dari langit Maria, tapi dari hati. Dekat sekali.(saling bertentang mata)… astagfir!

Itu antara babak-babak dialog yang aku suka bila Fahri dan Maria berada di tebingan sungai Nil. Aduh.

Karakter Movie Ayat-Ayat Cinta:

Fahri bin Abdillah, 28 th (Fedi Nuril)
Mahasiswa bersahaja yang memegang teguh prinsip hidup dan kehormatannya. Cerdas dan simpatik hingga membuat beberapa gadis ‘jatuh hati’. Dihadapkan pada kejutan-kejutan menarik atas pilihan hatinya.

Aisha, 25 th (Rianti Cartwright)
Mahasiswi asing keturunan Jerman dan Turki, cerdas, cantik dan kaya raya. Latar belakang keluarganya yang berliku mempertemukan dirinya dengan Fahri.

Maria Girgis, 26 th (Carissa Putri)
Gadis Kristen Koptik yang jatuh cinta pada Islam. Dia menderita karena cinta yang teramat dalam kepada Fahri.

Noura bin Bahadur, 22 th (Zaskia Adya Mecca)
Siksa telah menjadi bagian dalam hidupnya. Janin yg dikandungnya menjadikannya terobsesi pada Fahri untuk menjadi ayah dari calon bayinya.

Nurul binti Ja’far Abdur Razaq, 26 th (Melanie Putria)
Anak kyai besar di Jawa Timur. Dengan aura yang menenangkan, kecerdasan dan kualitasnya menyatukan segala kelebihannya, dia sangat percaya diri untuk meminang Fahri sebagai suaminya.

Apapun, aku dah nonton movie ni. Kalau masuk pawagam nanti di Malaysia nanti, nak nonton lagi. Siapa mau gi dengan aku. Jom! (gadis yang fundamental pun boleh ikut aku, tapi naik bas la)

Technorati:


March 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Top Clicks

  • None

More Link

Flickr Photos

Blog Stats

  • 15,367 hits